N78

1.9K 261 74
                                    

PUAS bermain dalam pool bersama yang lain, Wareesa ambil keputusan untuk menyerah diri lebih awal. Tengok pemuda dan pemudi di pool ini, tak tahu bila nak habis main air. Sekali tengok macam budak-budak aje.

Wareesa terus bangun dari duduk. Kaki yang basah dek kerana direndam dalam pool dilap cermat dengan tuala sebelum dia berlalu tanpa pamit dari situ.

Sebelum naik ke bilik, sempat dia berselisih dengan Sara. Gadis itu senyum sahaja dengan makanan di tangan. Tak sudah-sudah melayan kehendak perut cik muda dan tuan mudanya.

"Apa tu?" Soal Wareesa. Ikut bau, macam sedap aje. Lagi-lagi bila dia lihat ada wap-wap yang timbul. Tanda makanan itu memang baru diangkat keluar dari oven atau dapur gas.

Sara senyum dan dengan bangga, hasil makanannya ditunjukkan. Bersinar terus mata Wareesa lihat roti-roti yang coklat keemasan. Siap berkilat! Memang kepakaran Sara lah!

"Reesa nak? Ada lagi kat dapur tu." Kata Sara. Bibir dah terjuih ke arah dapur.

Mendengar ujar Sara, laju sahaja kepala Wareesa mengangguk. Mahu! Nak! Rugi besar kalau ditolak.

"Banyak lagi?" Soal Wareesa.

"Banyak lagi. Biasa lah kalau dah disuruh jamu, portion kena buat tu banyak mana." Beritahu Sara.

"Faham. Faham." Wareesa setuju. Bukan dia tak pernah buat perkara yang sama seperti Sara dahulu. Baru-baru aje dia tinggalkan pekerjaan itu.

"Reesa nak tak ni?" Soal Sara. Dulang di tangan disuakan kepada Wareesa. Isyarat untuk gadis itu ambil sebiji roti.

Tapi, laju sahaja Wareesa menggeleng. Menolak kerana belum ingin. Memang mengiurkan, tapi bagi dia bersihkan apa yang patut dibersihkan. Hilangkan lelah dulu sekajap.

"Tak nak sekarang lah. Nanti Sara tinggalkan sebiji dua untuk Reesa ya? Reesa nak naik atas dulu." Ujar Wareesa dan Sara hanya angguk sahaja.

Senyum, Wareesa minta pamit terlebih dahulu. Sara berdiri dahulu melihat langkah Wareesa yang makin menjauh. Senyum juga dia lihat Wareesa. Dalam hati diselitkan doa buat si gadis. Nampak Wareesa mula ceria dan dia harap ianya berterusan.

Hilang sahaja Wareesa daripada pandangan, terus Sara atur langkah kembali. Masa untuk sambung kerja. Ada cik muda dan tuan muda yang dia perlu layani.

Sementara Wareesa, dia sudah selamat jejakkan kaki ke dalam bilik. Nafas lega dia lepaskan dan sengih mula terbentuk bila nampak tilam yang besar lagi empuk di tengah bilik.

Terpanggil-panggil pula dia ke situ, buat kaki atur langkah menghampiri benda empuk itu. Dan...

Flop!

Wareesa senyum. Kelembutannya sangat mengasyikkan. Hilang sekejap lelah. Kantuk pun mula lah datang memberatkan kelopak mata.

Kuyu dan layu. Akhirnya, mata terpejam rapat. Sunyi sahaja bilik itu. Hanya kipas sahaja yang kedengaran. Lagi buat  Wareesa dibuai lena.

Klik.

Namun, tercelik mata seketika bila telinga menangkap bunyi pintu yang ditutup perlahan.

Berat mata terkelip-kelip. Mata kuyu pandang pintu. Tiada kelibat sesiapa pun. Mungkin hanya Fara atau Sara yang menjenguk. Atau mungkin nak hantar roti yang dia mahu tadi.

"Sara...?" Nak juga Wareesa menegur. Walhal suara lesu aje. Mata pun dah terkatup. Apa yang penat sangat pun tak tahu. Tapi sumpah. Nampak katil memang kantuk datang tak mahu pergi!

Tiada sahutan. Dahi dah berkerut.

"Takde orang ke?" Tanya Wareesa. Sedikit tinggi suara kantuknya.

Sepi. Sepi. Dan terus sepi. Wareesa makin tenggelam dalam rasa kantuk yang menguasai. Namun, tak lama selepas sepi tadi, telinga menangkap samar-samar satu tawa halus. Lembut menjengah pendengarannnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now