N17

2.1K 315 60
                                    

APLIKASI Grab dibuka. Wareesa ingat dia mahu ambil perkhidmatan Grab sahaja. Balik dengan Hayyan? Dia tak mahu. Dia dah cakap dia akan tidur semalaman di rumah kawan hari ini kepada Tuan Fauhad. Kalau tiba-tiba Tuan Fauhad nampak dia balik bersama Hayyan pula, apa pula yang lelaki tua itu akan fikir nanti. Tambahan pula, dia memang nak elakkan diri daripada Hayyan. Bagi dia tenangkan diri untuk sehari dua lagi berkenaan kejadian dia, beg dan Hayyan. Lepas tu baru dia boleh berhadapan dengan Hayyan. Ini pun dia larikan diri daripada Hayyan. Dan Waseem semestinya.

Okey. Dia dah tempah Grab. Lagi 15 minit akan sampai. Sambil menunggu, Wareesa cari tempat untuk duduk. Mata terpandang satu bangku kosong di sebelah pasu bunga besar yang menjadi perhiasan di halaman masuk shopping complex itu. Tak tunggu lama, Wareesa terus ambil langkah menuju ke situ.

Tiga langkah hadapan, tiba-tiba lengannya direntap dari belakang, buat badannya terpusing ke belakang juga. Menjerit kecil Wareesa dibuatnya dek terkejut dan hampir jatuh. Kalau tidak kerana ada tangan lain yang memegang lengannya yang sebelah lagi, mahu tersungkur dia di situ.

"Reesa."

Hayyan dipandang penuh geram. Jantung yang berdetak dari kelajuan biasa mula kembali normal detaknya apabila melihat Hayyan di hadapan mata. Dia ingatkan siapa lah tadi. Dah lah dia berseorangan diri sahaja di sini. Buatnya yang tarik dia tadi orang jahat macam mana?

"Ish, kau ni!" Marah Wareesa. Lengannya direntap kembali dengan kasar. Terlepas terus pegangan Hayyan dari lengannya. Lelaki yang dah meraup kasar mukanya dipadang tidak puas hati.

Apa masalah lelaki ini? Seharian suntuk buat dia terkejut dan tak selesa dengan perangainya begini. Salah makan ubat ke macam mana?

Tali beg yang dah melurut jatuh dari bahu dibetulkan.

"Macam orang gila aku cari kau!" Tiba-tiba suara Hayyan meninggi. Eksperasi muka lelaki itu pun tunjuk bahawa lelaki itu sedang marah dan sebal dengan dirinya.

Wareesa tiup bucu tudung. Hayyan yang dah bercekak pinggang menghadapnya dipandang.

"Aku tak kau cari pun. Yang kau sibuk nak cari kenapa?" Tanya Wareesa. Dia pusingkan badan mahu ambil langkah pergi ke bangku tadi semula. Kakinya sudah lenguh dek berjalan seharian hari ini. Bagi dia berehat sekejap.

Namun, sekali lagi lengannya direntap oleh Hayyan. Wareesa jadi sebal dan geram. Hayyan yang menjelingnya tajam dipandang dengan jelingan juga. Dia marah sungguh hari ini.

"Kau boleh berhenti tak? Tak puas lagi ke korang satu family bagi aku susah hari ini?" Tanya Wareesa dengan suara yang tertahan-tahan. Dia sedaya upaya untuk tidak menengking mahupun buat drama air mata. Penat. Kalau buat pun, sama juga. Hari-hari seterusnya dia tetap akan hadap benda yang lebih kurang sama dengan hari ini.

Hayyan diam. Genggam tangan yang mmencengkam lengan Wareesa mula longgar. Pandangan tajamnya hilang sedikit demi sedikit. Dan Wareesa yang kelihatan penat itu dipandang tak lepas. Wareesa, bila rasa longgar pegangan Hayyan, terus dia rentap lengannya. Sekali lagi tali beg yang dah melurut jatuh dari bahu dia betulkan.

"Jom balik." Ajak Hayyan. Beg kertas yang dipegang Wareesa diraih namun laju sahaja Wareesa merentapnya. Kaku kejap Hayyan di situ sebelum dia pandang Wareesa.

"Aku tak nak balik. Kau balik aje lah." Kata Wareesa. Waktu di skrin telefon dipandang. Lagi 8 minit sebelum pemandu Grabnya sampai. Tak lama lagi dan kemudian dia boleh berehat di atas katil empuk di mana-mana hotel yang terdekat dan murah.

"Reesa jangan degil  boleh tak? Jom balik." Hayyan cuba bersabar. Langkah Wareesa diekori penuh sabar. Sedaya upaya dia tahan diri daripada merentap tangan Wareesa buat sekian kalinya. Dia takut kalau dia akan terus heret Wareesa ikut dia ke kereta dangan cara kasar.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now