N47

1.9K 299 66
                                    

WAREESA menunggu Yara bersendirian di sebuah meja kosong di penjuru dewan. Rasanya dah hampir sepuluh minit juga gadis itu dan itu buat Wareesa menggeleng perlahan dan tersenyum kecil. Dalam kepala dapat bayangkan bagaimana gembiranya Yara melihat makanan-makanan yang disajikan. Mesti suka sangat! Lagi-lagi di bahagian dessert. Itu yang lama dibuatnya. Dia pun sempatlah tengok tetamu yang sama beberapa kali.

Kepala menunduk lihat dress yang tersarung di tubuhnya. Menatap segala perincian di dress itu, Wareesa tarik senyum. Siapa sangka dia berpeluang pakai dress mewah seperti ini. Tanpa sedar, tangan dah mengusap perlahan setiap perincian mutiara di dress itu. Sambil itu senyum kecil, namun sekejap cuma sebelum telinganya menangkap merdu alunan piano. Terus wajah diangkat.

Mata melilau mencari dari mana datangnya alunan piano itu dan tidak lama kenudian matanya terarah pada satu arah. Di situ ada piano. Dan di situ ada seorang lelaki yang nampak tenang menekan setiap papan piano sehingga terhasil satu alunan yang sangat merdu.

Wareesa sedar, dengan adanya alunan piano itu, dewan yang tadinya agak bising mula hilang bisingnya sedikit demi sedikit. Mungkin mereka juga terkesima sepertimana dia terkesima sekarang. Tapi, mungkin tak tongkat dagu dan tersengih seperti dia lah. Hehehe.

"Hei!"

Tersentak kecil Wareesa bila ditegur tanpa sedar dari arah belakang. Suara Yara mengekek ketawa buat dia menoleh dan menjeling tajam gadis itu. Tapi, Yara menjadi Yara. Mana lah dia nak takut dengan sebuah jelingan sahaja.

"Kau tahu, rambang mata aku nak pilih makanan. Rasa nak makan semua benda!" Cerita Yara sambil meletakkan dua buah pinggan yang penuh dengan makanan di atas meja. Steelah itu, kerusi di sebelah Wareesa ditarik dan didudukinya.

Wareesa menggeleng perlahan.

"Ini makanan aje semua. Mana air kau? Dan aku agak terkejut sebab kau tak ambil dessert." Kata Wareesa. Makanan yang ada di atas pinggan dia pandang. Memang macam semua makanan ada pada pinggan Yara. Bertuah!

Yara sengih.

"Apa kata kau ambilkan? Aku tak cukup tangan dah nak ambil. Penuh tangan." Kata Yara, separuh merayu. Mata dikelip-kelip laju. Ingat comel lah tu?

Sekali lagi Wareesa menggeleng perlahan dengan perangai Yara. Tapi, apa boleh buat. Dah namanya kawan.

"Ramai orang tak?" Tanya Wareesa. Dia mula bangun dari duduknya. Giliran dia pula ambil makanan.

Yara menggeleng perlahan sambil sibuk terjenguk-jenguk seperti sedang mencari sesuatu. Melihatkan tingkah Yara itu, dahi Wareesa berkerut. Pelik. Apa yang Yara cari?

"Kau cari apa?" Tanya Wareesa, tanpa sedar dah ikut terjenguk-jenguk juga.

Yara pandang Wareesa. Wareesa pandang Yara. Kemudian Wareesa jungkitkan kepala tanya apa guna bahasa isyarat.

"Mana datang bunyi piano tiba-tiba ni?" Tanya Yara.

Wareesa julingkan mata. Itu sahaja rupanya. Terjenguk-jenguk macam cari jodoh yang mungkin takkan munculkan diri. Tanpa kata, Wareesa tunjuk satu arah dan Yara ikut pandang. Terus senyum dia. Hah. Senyum tu bukan senyum biasa tau. Macam ada biasan gatal sikit.

"Hensem noh!" Yara memuji. Mata masih memandang tapi tangan dah mula capai garfu dan cucuk makanan, ngap selamat masuk mulut.

"Boleh lah aku bayangkan dia tengah buat persembahan istimewa untuk aku di tengah-tengah dinner date kitorang." Ayat ulat bulu akhirnya muncul setelah sekian lama ia disimpan rapi. Mula dah dia. Mula dah...!

"Berangan lah kau!" Kata Wareesa sambil menolak lembut bahu Yara. Gadis itu tak marah, cuma sengih sahaja.

"Romantik sungguh!" Sambung Yara.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें