N32

2K 272 41
                                    

JARUM peniti terakhir disemat kemas pada selendang di atas kepala. Touch-up terakhir sebelum dia sudah siap sepenuhnya. Tersemat sahaja jarum peniti di sebalik selendang, Wareesa senyum manis.

Pantulan penampilannya di cermin diperhatikan dari atas ke bawah. Pusing kanan sikit, pusing kiri sikit, pusing belakang sikit. Done! Dia dah siap cantik!

"Betul lah baju tu memainkan peranan." Omel Wareesa sambil terangguk-angguk kecil.

Jubah berwarna hijau pastel yang tersarung di badan dia tilik. Bila teringat sesuatu, dia terus bergerak ke tepi katil.

Satu paper bag berjenama yang dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyebutnya diambil. Tak tunggu lama, isi di dalam paper bag itu dikeluarkan.

Sebuah beg tangan yang bernada sama dengan warna jubah yang dipakainya.

Dengan beg tangan itu, Wareesa kembali berdiri di hadapan cemin. Posing ala-ala OOTD, dia kemudiannya mengangguk kecil. Bepuas hati sekali lagi dengan penampilannya sekali lagi.

"Pandai juga perempuan tu pilihkan outfit untuk aku." Wareesa berkata perlahan.

Teringat semula bagaimana semalam Niliyyah tiba-tiba sahaja mencampakkan kepadanya empat buah beg kertas apabila dia diarah untuk berjumpa gadis itu di bilik.

Nak mengamuk juga bila diperlakukan begitu tapi bila dengar kata-kata Niliyyah, lidah jadi kelu. Otak kosong. Tak percaya.

"Tu semua outfit untuk esok." Kata Niliyyah tanpa memandang ke arahnya. Gadis itu sibuk dengan telefon di tangan.

Berkerut juga dahi Wareesa bila dengarnya. Dia jadi lupa dengan plan 'esok' yang dikatakan Niliyyah. Tapi bila nampak Niliyyah angkat malas kad undangan yang terletak di atas meja solek, baru dia faham.

"Kau faham tak apa aku cakap ni?" Tanya Niliyyah. Matanya tajam memandang Wareesa yang duk belek beg-beg kertas di tangan.

Wareesa mencebik kecil. Menyampah.

"Faham." Balas Wareesa pendek.

"Jangan nak malukan aku dengan pakaian murah kau." Pedas kata-kata Niliyyah saat kakinya hendak melangkah keluar.

Tak berselindung, terus dia angkat tinggi tangannya dengan gaya hendak menumbuk Niliyyah.

Melihatkan itu, Niliyyah sedikit terloncat dek terkejut. Puas hati! Mulut tu macam tak boleh nak cakap benda baik aje. Semedang nak menyakitkan hati.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu buat kejadian semalam melayang pergi.

Wareesa pandang pintu bilik. Siapa?

Apa-apa pun dia sudah siap. Sekarang tinggal nak sarung kasut yang juga diberi Niliyyah semalam aje. Pakai dan dah! Sempurna penampilannya.

Tok! Tok!

"Kejap!" Jerit Wareesa. Kalut dia mengisi barang-barang penting seperti purse dan telefon dalam beg. Kunci yang tergantung di belakang pintu dia capai, dan laju tombol pintu dipulas.

Buka sahaja pintu, dia disapa dengan Hayyan yang sedang membelakanginya. Jatuh terus bahu.

Nak apa pulak mamat ni?

Buat tidak endah terhadap Hayyan, Wareesa terus kunci pintu. Dah selesai dia menoleh dan pelik dia bila lihat Hayyan yang sudah menghadapnya seperti kaku di situ. Kejung. Dah tu, mata tak lepas pandang dia pula tu. Bukan setakat tak lepas tapi tak berkelip juga.

Kiri dan kanan Wareesa pandang. Takde pun perkara-perkara yang boleh buat orang terkaku. Jadi, kenapa dengan Hayyan?

"Hello!" Tegur Wareesa. Sambil itu, dia petik jari di hadapan Hayyan, nak bagi lelaki itu sedar semula.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now