N53

1.8K 328 74
                                    

TANGAN yang sedang menyapu lebam dan luka di lengan terhenti sebaik sahaja terdengar mangga kunci rumahnya dibuka dari luar. Mata terus memandang ke arah pintu ketakutan. Bayang wajah bengis Cik Puan Tihani terus terlintas dalam kepala. Dan bila dengan tombol pintunya dipulas, terus Wareesa pejamkan mata sambil tangan naik menekup telinga sendiri. Seperti terasa kembali setiap kesakitan yang dia rasa semalam dengan jelas.

Wareesa tak berani nak buka mata malah matanya makin terpejam rapat dan badan dah meringkuk sendiri. Dia benar-benar takut. Takut diperlakukan sama seperti semalam. Boleh sahaja Cik Puan Tihani tidak puas lagi membedalnya semalam.

"Maaf... Rees---Reesa minta maaf." Tergetar-getar suara Wareesa megucap maaf. Air mata dah mula merembes jatuh dari tubir mata. Sungguh dia takut sangat-sangat sekarang. Lagi-lagi bila dengar derap kaki yang melangkah makin hampir ke arahnya sekarang.

"Reesa tak bu-buat lagi. Reesa jan-janji." Tergagap-gagap.

"Haih." Satu helaan nafas kedengaran tapi ia bagai angin lalu yang menyapa pendengaran Wareesa. Rasa takut lebih menguasai buat dia tak mahu dengar apa-apa. Buat dia tak mahu lihat apa-apa.

"Cik Zee bawa masuk makanan dengan first-aid kit tu masuk." Suara Niliyyah masuk dalam pendengaran buat bibir Wareesa ternganga sedikit.

"Baik, cik muda." Suara sayu Cik Zee pula buat Wareesa buka mata perlahan-lahan.

Terlihat jelas Niliyyah yang dah duduk memandangnya kosong di tepi katil. Pandang kanan, dia lihat Cik Zee yang dah letak sedulang makanan di meja belajarnya. Lama dia pandang wajah sayu Cik Zee sampai Cik Zee serahkan first-aid kit kepada Niliyyah. Dan mata mereka bertembung, buat air mata Wareesa makin deras mengalir.

"Cik Zee..." Wareesa merengek dan persis seorang anak kecil, tangan didepa meminta peluk.

Cik Zee tidak dapat menahan air mata lagi dan laju dia membawa Wareesa ke dalam pelukannya. Wareesa yang menerima pelukan itu terus merembeskan kesedihannya. Tidak dia peduli rasa pedih yang dia rasa saat tempat lebam dan lukanya bersentuhan kasar dengan Cik Zee.

Dalamannya lagi sakit. Apa yang dia lalui semalam lagi perit dan pedih.

"Cik Zee minta maaf, sayang. Cik Zee minta maaf." Gogoi Cik Zee sedih. Kepala Wareesa diusap penuh kasih sebelum dikucupnya kepala itu bertalu-talu. Kasihan anak ini. Kenapa lah nasibnya begini.

Niliyyah hanya memerhati kosong. Tak nak masuk campur dengan drama Cik Zee dan Wareesa. Telefon dibuka dan ruang Instagram diterokai. Buat bunuh masa sementara tangis dua manusia ini berhenti. Namun, setelah lima minit drama yang sama masih tertayang di hadapannya, Niliyyah dah tak boleh tahan. Terus dia tekan punat off dan memandang Cik Zee dan Wareesa yang masih berpelukan.

"Look." Niliyyah bersuara setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

Cik Zee dan Wareesa terus merungkaikan pelukan. Air mata dilap dan Niliyyah dipandang. Wajah masing-masing dah sembab dek menangis tanpa henti. Ini pun nampak macam nak kembali menangis. Haih. Mengeluh Niliyyah melihatkan itu.

"I bukan nak ganggu atau apa, tapi..." Niliyyah berhentikan kata dan Cik Zee dipandang.

"Kalai mommy tahu, Reesa kena, Cik Zee pun kena. So..." Berhenti lagi dan Wareesa dipandang.

"Sorry, crybaby. Cik Zee need to go." Sambung Niliyyah tanpa riak. Muka stone juga dia tayang. Namun dalam stone itu, ada aura serius yang dia lemparkan, buat Cik Zee dan Wareesa mengangguk faham.

Good.

Cik Zee mengelap air mata yang curi turun di pipi sebelum dia memeluk Wareesa buat sekain kalinya dan dikucup lama dahi bersih Wareesa. Wareesa pula hanya diam dalam pelukan Cik Zee sebelum mereka berpisah sementara waktu. Dia tahu nanti Cik Zee akan datang semula menghantar keperluannya. Dia yakin.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now