N15

2.2K 284 16
                                    

MASUK sahaja ke dalam shopping complex itu, tempat pertama yang Wareesa tuju adalah surau. Dia belum tunaikan solat Isyak lagi. Bagi dia solat dahulu, sekaligus menangis puas-puas mengadu geram dan sedih yang dia alami sekarang kepada Sang Pencipta. Dia harap hilang dengan segera selepas dia mengadu. Mungkin orang akan mempertikaikan sama seperti yang Hayyan lakukan. Hanya sebab tali beg putus dia mahu menangis dan lepaskan penumbuk? Budak-budak sungguh.

Ya, budak-budak. Itu pada pandangan mereka sebab mereka tak tahu betapa berharga dan bernilainya beg yang mereka pandang buruk, murah dan lusuh ini. Untuk mereka yang tak reti menghargai sesuatu, untuk mereka yang tidak tahu nilai sesuatu, memang akan nampak dia seperti budak-budak.

Beg itu terlalu bernilai untuknya. Beg itu adalah hadiah pertama yang dia terima selepas kematian mama dan papanya. Hadiah itu diberi oleh penjaganya di Rumah Permata Umi. Walau dah berbelas tahun, Wareesa masih ingat lagi nama dan rupa si pemberi. Umi Seri. Berbadan gempal dan sedikit rendah. Wajah Umi Seri walau nampak sudah tua, namun serinya tetap ada kerana wajah itu tak pernah lekang dari senyuman. Sentuhan dan pelukan Umi Seri sangat hangat. Setiap tubuh yang merasainya pasti akan rasa selesa kerana tersalur terus kehangatan itu dek sifat kasih sayang yang penuh dalam diri.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Umi Seri sentiasa bersamanya saat dia menjadi ahli baru di Rumah Permata Umi. Tak lekang Umi Seri menemaninya sehinggakan tidur pun bersama. Dan semestinya penghuni lain cemburu dengannya. Tiap kali dia mahu dibuli dek cemburu mereka, Umi Seri pasti menghalang namun tidak pula memarahi mereka. Terserlah kasih sayangnya di situ.

Wareesa mahu rasa lagi kehangatan dan kasih sayang itu namun Umi Seri sudah tiada. Umi Seri sudah pergi untuk selama-lamanya, tinggalkan dia yang sentiasa merindui belaian dan pujukan wanita itu. Dan beg ini, beg yang lusuh ini adalah satu-satunya cara untuk dia ubat kerinudannya kepada Umi Seri.

"Takde hati perut." Itu komen yang Wareesa dapat berikan bila dia teringat kembali kata-kata Hayyan. 

Malas mahu sakitkan hati sendiri, Wareesa segera ke surau. Hampir dua puluh minit di situ, Wareesa rasa lebih tenang. Walau rasa sedih itu masih ada, Wareesa rasa dia masih lagi boleh pusing shopping complex untuk habiskan baki harinya pada hari ini. Dan dengan lafaz bismillah, kaki terus melangkah keluar dari surau.

"Okey. Let's have some fun." Bisik Wareesa pada diri sendiri. Dengan tote bag yang rapat dipeluk ke dada, Wareesa mula berlegar di dalam shopping complex. Tingkat satu dahulu. Tapi, sebelum nak berjalan jauh, dia rasa dia patut keluarkan duit dahulu. Purse dusty pinknya tak berapa nak mengandung hari ini.

Usai keluarkan duit, Wareesa sambung berjalan. Dia pandang tote bag yang erat dipeluk. Dia rasa, dia kena tukar juga beg ini. Dah putus begini, bagaimana dia hendak guna. Tapi, bila fikir beg itu akan diganti, hati jadi sayu. Dah terbiasa dengan beg ini. Kalau tak ada bersama, pasti dia rasa kekok. Tapi nak buat macam mana.

"Takpe Reesa. Walaupun beg ni takde, tak bermakna kasih sayang kau kepada Umi Seri hilang kan?" Wareesa cuba memujuk diri sendiri. Senyum paksa dia ukir di bibir.

Kepala mengangguk kecil. Dia bulatkan tekad. Malam ini, begnya akan bertukar. Dan tote bag ini, dia pasti akan simpan elok-elok dalam satu kotak khas. Itu pun setelah dia minta tolong Cik Zee jahitkan biar bersambung semula. Hehehe. Dia nak menjahit, tak reti. Ummm... bukan tak reti langsung. Tapi, tak kemas. Jadi, sebaiknya serahkan sahaja kepada pakar.

Mata Wareesa mula melilau mencari kedai beg berhampiran. Satu persatu matanya jatuh ke dalam perut deretan kedai. Ada baju, ada kasut, ada peralatan dapur. Berpinar mata Wareesa melihatnya. Rasa ditarik-tarik sahaja kakinya nak masuk ke dalam setiap satu kedai. Tu tak campur lagi dengan kiosk-kiosk makanan yang tak kurang banyak juga. Sampai Wareesa rasa dah berkali-kali dia telan air liur sendiri.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now