N73

1.9K 311 167
                                    

LELAH dilepaskan di katil. Lega rasanya bila badannya yang terasa lemau seharian bertemu dengan empuknya tilam. Hilang rasa lemau. Terasa bagai diri diurut pula. Selesa! Dan itu buat Wareesa senyum kecil.

Mata ditutup sejenak. Tak berniat nak tidur sebab dia tak mandi lagi. Badan terasa belengas. Muka pun dah rasa berminyak semacam. Dan kerana itu, Wareesa tak berlama. Langsung dia bangkit dari pembaringan dan meja solek dituju.

"Buka tudung semua ni dan mandi." Omel Wareesa saat punggung bertemu bangku solek.

Pantulan diri dicermin ditilik seraya tangan mula laju mencabut satu persatu jarum peniti yang kemas menyemat selendang yang membalut kepala.

Cermat dan diam Wareesa lakukan kerjanya. Kekadang dia menyanyi kecil. Entah lagu apa tapi yang pasti iramnya berbunyi riang. Seriang hatinya.

Walaupun hari ini hari yang memenatkan, namun ia satu hari yang berjaya buat Wareesa gembira. Sangat. Dan rasanya semua dah tahu kut kerana apa ia lebih gembira.

Yes. Kerana ada Waseem dalam harinya. Hehehe. Mohon jeles, sekalian pembaca.

Wareesa tarik senyum dan kala itu pintu biliknya diketuk perlahan dari luar. Terus tertoleh kepala Wareesa daripada memandang terus pantulan dirinya di cermin. Pintu menjadi pusat pandangan.

Namun, tiada siapa yang masuk. Jadi berkerut dahi Wareesa.

"Aku salah dengar ke?" Omel Wareesa perlahan. Terkebil-kebil Wareesa di tempatnya.

Menunggu lama sedikit dan tiada ketukan yang kedengaran. Jongket bahu dan pusing tubuh menghadap cermin solek semula. Wareesa sambung semula apa yang tergendala tadi.

Perlahan-lahan Wareesa tarik selendang jatuh dari kepala. Sarung tudung yang memerapkan rambut dicabut sama. Jatuh mengurai rambutnya melepasi bahu.

"Beautiful, beautiful Wareesa." Puji diri sendiri memandangkan takde siapa yang nak puji dirinya. Hehehe.

Tok... tok... tok...

Dan jari yang sedang menyikat rambut ikalnya terus terhenti. Kepala terus menoleh ke arah pintu sekali lagi. Dahi dah berkerut habis.

"Siapa ya?" Laung Wareesa sedikit tinggi seraya kaki dah mula menapak menuju ke arah pintu. Sempat dia tarik selendang. Balut kepala sendiri.

Tombol pintu dipulas dan daun pintu terbuka sedikit.

"Ya?" Soal Wareesa. Kepala dah terjengul sedikit ke luar pintu. Nak mengintai gerangan yang nak main knock knock dengannya.

Bila nampak wajah Niliyyah di hadapan pintu, terus Wareesa beriak beku. Sama naik beku dengan Niliyyah.

"Nak apa?" Soal Wareesa. Pintu ditutup sedikit sebagai isyarat tidak mahu Niliyyah masuk ke dalam biliknya. Anti Niliyyah ya biliknya sepertimana bilik gadis itu Anti Wareesa.

Niliyyah julingkan mata seraya memuncung ke satu arah. Seolah-olah isyaratkan sesuatu kepadanya. Terus Wareesa memandang arah yang dijuih bibir Niliyyah.

Dang!

Terus merah pipi bila lihat satu tubuh yang elok membelakangi mereka berdua. Elok bersandar rapat ke dinding sambil telefon melekap kemas di telinga.

Waseem Ahda. Siapa lagi kalau belakang sahaja dah kacak begitu?

Mungkin rasa ada yang memandang, terus Waseen menoleh. Bila bertembung pandangan dengan Wareesa, terus bibir lelaki itu mengoyak senyum nipis. Namun manis.

Wareesa gelabah. Niliyyah dipandang.

"Suami kau tu. Daripada tadi tercongok depan ni. Buat-buat lah ingat suami selalu. Sia-sia aje nikah awal kalau awal-awal dah dilupakan." Selamba Niliyyah mengatur kata sebelum gadis itu berlalu pergi dari situ.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin