N22

1.9K 252 22
                                    

"WAREESA!" Panggilan Yara langsung tidak diendahkan Wareesa. Sebaliknya dia berjalan terus ke muka pintu dewan.

Wareesa tahu benar tujuan Yara memanggilnya. Tak lain tak bukan nak bertanya tentang drama sebabak dia dan Hayyan lah tu. Wareesa tak mahu cerita lagi tentang itu. Tak bersedia lagi sebab malu belum hilang lagi.

Macam mana nak hilang kalau masuk sahaja dewan, semua mata memandangnya. Satu sebab dia lambat. Satu lagi dia dengar bisik-bisik dari rakan-rakannya.

Sebelum ini, kalau yang datang lambat, tiada siapa pula nak bisik-bisik. Sah-sah peristiwa tadi yang dibisikkan mereka. Bukan buruk sangka, tapi memang itu yang dia dengar. Dan yang paling memalukan adalah bila Prof Rose menegur.

"Dah habis dah sweet scene awak?"

Waaa!!! Wareesa nak jadi halimunan masa itu juga. Malu! Malu! Malu!

Keluar sahaja dari dewan, Wareesa helakan nafas lega dengan kuat. Tidak! Hampir semput dia dalam itu tadi. Agak-agaknya kalau dia berlama lagi, mahu betul-betul semput dia jadinya.

Pintu dewan yang tertutup dipandang sebelum kepala ditundukkan. Haih. Hari buruk lagi. Tak sangka pula seawal ini dia akan menghadapinya.

Lambat-lambat Wareesa berjalan pergi dari situ. Namun, bila telinga menangkap bunyi pintu dewan dibuka, terus dia jalan laju beredar dari situ. Huwaaa! Tak bestnya jadi pelarian begini.

Dah rasa jauh sedikit dari dewan kuliah, Wareesa ambil langkah biasa semula. Kepala dia tunduk sahaja. Tak mahu angkat. Entah kenapa dia rasa banyak mata-mata yang memandangnya sekarang. Ish, tak sukanya!

Ting!

Langkahnya terhenti. Telefon yang berdeting dibawa keluar dari tote bagnya. Ada notifikasi WhatsApp yang masuk. Tengok nama, ianya daripada Yara.

Tanpa sedar, nafas berat dilepaskan. Rasa terbeban dengan pesanan yang Yara hantar. Tak tahu kenapa. Pertama kali dia rasa begini terhadap rakan-rakannya.

"Ni semua salah Hayyan!" Bisik Wareesa geram. Telefon digenggam erat melepaskan geram yang masih berbuku terhadap sepupunya itu.

Lima saat kemudian, jari Wareesa menyentuh skrin telefon. Mahu buka WhatsApp. Pesanan Yara dibaca kemudiannya.

Yara
Makan sama jom. McD. Aku belanja. Dah lama tak makan sekali dengan kau.

Wareesa hanya baca kosong mesej itu. Dan pesanan baru daripada Yara masuk lagi.

Yara
No gossip. Just eat dan leparks-leparks.

Wareesa senyum kecil.

Yara
Let's begone bygone.

Senyum kecil Wareesa jadi makin lebar. Terpujuk sedikit dengan pesanan WhatsApp Yara. Kerana itu, laju jarinya menari di papan kekunci membalas pesanan Yara.

You
Thank you :) Tapi, lain kali mungkin. Tunggu malu aku hilang sikit lagi. Hehehe

Dan selepas itu, wajahnya diangkat sambil tutup mata. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus keluar dengan perasaan penuh lega.

"Yes! Let's begone bygone! It's okay! Eventually, people will forget about it." Bisik Wareesa pada diri sendiri.

Mata dibuka dan hampir terlompat dia ke belakang bila lihat ada sepasang mata memandangnya. Mata dia. Hilang terus lega Wareesa dibuatnya.

Cepat-cepat Wareesa ambil lengkah menuju ke mesin minuman yang berada di sebelah kirinya. Tak pandang depan dah.

"Kenapa pula dia ada kat sini?" Tanya Wareesa sendiri sambil pegang pipi. Mak aih! Panasnya. Terus teringat kejadian si hadapan tandas tadi.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now