N67

1.8K 309 69
                                    

TELEKUNG dibuka dan dilipat kemas. Betulkan letak tudung seketika sebelum Wareesa masukkan semula telekung yang diguna ke dalam almari yang disediakan. Berjalan dengan penuh cermat, Wareesa ambil barang-barangnya dan berpindah duduk. Sudut hujung ruang solat wanita itu menjadi pilihannya.

Pandang sekeliling, Wareesa perasan yang ruang solat ini agak penuh. Suka bila lihat kebanyakan mahasiswi di sini menjaga solat di awal waktu. Takde lah terkejar-kejar sangat untuk lakukan kerja seterusnya. jika tidak, pasti hidup tak rasa senang.

Wareesa cepat-cepat keluarkan cermin kecil dari dalam tote bag. Seperti perempuan lain, Wareesa nak juga touch-up sana sini. Walaupun tanpa sebarang make up, sekurang-kurangnya biar lah bibirnya yang sedikit kering dan pucat ini ada warna.

Terus tangan digagau mengambil lip gloss dalam beg. Jumpa, terus dia oles sedikit lip gloss itu di bibirnya. Kemam bibir dua tiga kali dan dia sudah puas hati. Atau mungkin tidak. Nak bagi nampak seri sedikit, lip glos dicalit pada jari sebelum perlahan-lahan jari itu menyapu pipi. Ha, blusher sikit dan Wareesa is done!

Tersenyum tengok bias wajah sendiri di cermin. Light-light ada seri begitu wajahnya. Tak mahu buang masa sebab perut dah berkeroncong minta diisi, Wareesa terus betulkan awning tudung bawalnya. Begitu juga lipatan tepi biar nampak kemas.

Sekali lagi, Wareesa senyum. Dia dah siap. Laju Wareesa angkat punggung kemudiannya sebelum dia keluar dari ruang solat itu. Sambil itu, berhenti sekejap tepi sliding door sebab nak pakai stocking. Aurat tu, kena tutup walaupun kasutnya sudah sempurna bertutup litup.

"Okey, done! Jom!" Ajak Wareesa sendiri seraya mengambil langkah ringan. Mata pandang telefon sebab nak cari mood makan. Menu-menu di aplikasi Food Panda dipandang tanpa lepas. Dah sampai di rak kasut pun, masih belum habis tenung skrin telefon.

Dan bila sudah jumpa makanan yang membuka seleranya, Wareesaa tak tunggu lama. Terus makanan dia order dan set location. Hari ini tak panas sangat dan tak mendung sangat. Sesuailah dia makan dengan dataran universiti sahaja. Lama pula tu tak hirup udara segar di situ.

Telefon dioff seketika sebelum mata melilau mencari kasut hitamnya. Sudah jumpa, Wareesa terus ambil dan sarungkan ke kaki. Tak tahu lah kenapa terlalu gembira sampai dia boleh bersenandung kecil di situ.

"Happy sangat kau ni, Reesa." Omel Wareesa sendiri. Laju langkah dia keluar dari masjid kemudiannya.

Melepasi pintu masuk masjid, Wareesa berjalan pandang bawah. Terlalu ramai manusia buat dia segan sendiri. Kaki pun tak sedar ambil langkah terlalu laju sampai hampir-hampir dia tersadung. Mujur cepat dia imbangkan diri semula.

"Huf! Itu hampir membawa kepada perkara memalukan. You should be calm, Reesa." Pesan Wareesa pada diri sendiri. Dada diusap perlahan. Tenangkan diri.

Dah tenang, kaki mahu ambil langkah semula namun cepat sahaja langkahnya mati bila dengar ada satau suara garau memanggil namanya dari kejauhan. Terus Wareesa menoleh mencari punca suara itu. Toleh, toleh tak jumpa siapa pun, Buat dia kerutkan dahi sendiri.

"Aik, aku salah dengar ke?" Tanya Wareesa kepada diri sendiri sambil mata masih melilau mencari.

"Wareesa Jameela." Sekali lagi, suara garau yang sama masuk dalam pendengaran. Arah belakang. Wareesa menoleh. Toleh sahaja, sungguh perasaan menyesal itu ada.

Menyesal lah sebab yang panggil tu Emir Irham. Lelaki buaya tu. Kat depan masjid pun jadi ya? Eee, benci betul!

Kalau dia lari, penat sendiri. Baik dia hadap sekejap spesies buaya daratan ini. Sekajap aje kan. Dia boleh tamatkan perbualan mereka sekelip mata dengan izin Tuhan. Ya. Sekarang ni, sementara Emir menapak langkah ke sini, sama-sama kita berdoa.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now