N37

2K 290 87
                                    

MAJLIS Ulang Tahun Kelahiran Ibu Ayunin telah pun bermula hampir lima belas minit yang lalu. Duduk dalam keluarga yang penuh harmoni dan kasih sayang ini, Wareesa jadi segan pula.

Sumpah dia rasa orang asing sekarang ini. Semua orang bersosial dia aje yang elok duduk seorang diri sekarang ini. Tadi ada juga Zara dan Inan menegurnya tapi sekejap sahaja lah sebab mereka perlu teman pasangan mereka. Dan selepas itu, jadi lah dia dalam keadaan ini beberapa ketika. Nafis dan Waseem entah ke mana. Dia tak nampak pula.

Sebiji Bomboloni yang ada di pinggannya dipandang kosong. Alah, sumpah forever alone sungguh. Bukan dia seorang sahaja malah Bomboloni ini juga.

"Kesian kau aku tak ambil pasangan untuk kau. Tapi, takpe. Biar aku jadi pasangan kau. Meh, come to your baby!" Omel Wareesa sendiri dengan suara yang perlahan. Kalau cakap kuat-kuat terkejut orang ramai nanti. Bukan setakat forever alone, malah gila juga.

Bomboloni diambil sebelum dia gigit sedikit. Masuk mulut aje, dah buat dia senyum suka. Tak pernah mengecewakan sungguh!

Sambil menikmati Bomboloninya, Wareesa pandang pentas kecil yang ada di hujung ruang tamu. Di situ ada Ibu Ayunin bersama-sama Ayah Yahya. Manis aje pasangan itu, buat hati Wareesa berbunga kecil.

Tiba-tiba dia teringat arwah kedua-dua orang tuanya. Kalau mereka masih hidup, macam ini juga ke hubungan mereka berdua? Manis walau usia sudah makin meningkat tua.

Dengan fikiran itu, Wareesa tundukkan pandangan. Sedih lah pula tapi cepat dia ceriakan diri dengan menggigit lagi Bomboloni di tangan. Di rumah orang ini, tak elok layan perasaan sedih. Tambah lagi di majlis  yang penuh meriah ini. Balik rumah nanti lah dia meraung di penjuru rumah.

Hilang sedih, Wareesa angkat pandangan semula. Pandangan kini tertumpu kepada anak-anak Ibu Ayunin dan Ayah Yahya. Masing-masing seronok dengan teman masing-masing. Zara dengan suami dan anak lelaki sulungnya. Zahwan dengan teman istimewanya. Anwa dengan Imdad.

Dan bila lihat Imdad, Wareesa teringat Niliyyah. Melihat senyuman Anwa bersama Imdad, Wareesa jadi tertanya-tanya.

Bagaimana dengan Niliyyah sekarang? Masih meraung kah gadis itu? Atau dah move on?

Dan bila teringat Niliyyah, dia teringat Ilman. Terus dia terpusing-pusing mencari Ilman. Baru dia perasan yang Ilman tiada di situ. Dahi terus berkerut.

Takkan masih belum pulang dari petang tadi kut? Dan seingat dia, lelaki itu kata dia bersama Niliyyah. Sampai sekarang ke? Berita tentang Niliyyah pun dia tak dengar. Ada juga dia tanya kepada Cik Zee semasa berbual di telefon tadi, tapi Cik Zee kata cik muda seorang itu masih belum pulang.

"Hmmm, diorang ke mana?" Soal Wareesa perlahan.

Sedang Wareesa tertanya-tanya begitu, suara seorang memberi salam buat kepalanya menoleh ke muka pintu.

Hilang terus pertanyaan dalam kepala bila lihat Ilman di situ. Dan rahang sedikit terjatuh bila bersama Ilman ada Niliyyah. Auto pandang Imdad dia jadinya.

"Ha, Ilman! Sampai pun! Lama betul ambil kawan!" Kata-kata Zahwan buat Wareesa menoleh memandang lelaki yang dah menuju ke arah Ilman.

Wareesa hanya pandang sahaja mereka bersalaman di situ. Dan tika itu dia nampak sorot mata Niliyyah memandang ke arahnya. Terus Waeeesa tayang muka menyampahnya. Siap pakej jeling sekali sebelum dia pandang Bomboloni di tangan. Sakit hati datang kembali bila teringat apa yang Niliyyah dah buat.

"Ilman Adib!" Suara Ibu Ayunin masuk dalam pendengaran. Suara manja marah-marah gitu. Wareesa faham kenapa suara Ibu Ayunin begitu. Ilman kan tiada semasa majlis bermula tadi. Kurang sempurna jadinya pembukaan majlis tadi. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now