N35

1.9K 282 35
                                    

WAREESA labuhkan duduk di atas katil. Telekung yang dia guna untuk menunaikan solat Asar tadi diambil dan dilipat rapi. Sambil melipat, mata melilau memandang bilik tetamu yang ditunjukkan Ibu Ayunin kepadanya sepuluh minit yang lalu.

Terangguk-angguk kecil kepalanya kerana suka dengan interior bilik tetamu itu. Sentuhan minimalis ada di mana-mana. Dia suka.

Usai melipat telekung, Wareesa bergerak menuju ke meja solek. Nak betulkan tempat letak selendang di atas kepalanya. Tak perlu lama-lama pun sebab dia hanya buat lilitan mudah sahaja di atas kepala. Hanya guna sebatang jarum peniti dan she's ready to go!

Senyum Wareesa melihat bias wajah sendiri di cermin. Dia dah back to normal sebab tiada lagi make-up yang menghias wajahnya. Yalah. Dah basuh untuk berwudhu tadi. Tapi, dengan make-up atau tanpa make-up, bagi Wareesa, dia tetap cantik. Perasan? Biar lah.

Sedang Wareesa berangan sendiri di depan cermin, tiba-tiba pintu bilik diketuk perlahan. Auto tertoleh wajah Wareesa ke arah pintu. Badan pun kejung sebab loading tak tahu nak buat apa. Bukan ke sepatutnya dia buka pintu? Tapi, entah kenapa dia diam sahaja di duduknya. Menanti wajah siapa yang akan dia nampak sebaik sahaja pintu itu terbuka nanti.

"Reesa?" Seiring dengan pintu dibuka kecil, Wareesa dapat dengar suaranya dipanggil oleh satu suara lembut. Suara Ibu Ayunin.

Terus Wareesa bangun dari duduknya lalu dia mengorak langkah ke arah pintu. Nak sambut Ibu Ayunin yang macam teragak-agak nak masuk. Mungkin sebab wanita itu risau dia dalam keadaan yang tidak sepatutnya kut kalau terus diterjah.

"Ibu Ayu." Sahut Wareesa. Pintu dibuka lebih besar supaya Ibu Ayunin tahu keadaannya selamat sahaja sekarang ni. Hehehe. Memang selamat pun. Takde apa-apa yang membahayakan pun.

Suara dan wajah Wareesa buat senyum di bibir Ibu Ayunin melebar. Tak berhenti dia menilik wajah manis Wareesa yang masih tersenyum kepadanya. Allah, sejuk betul hatinya melihat Wareesa. Memang seperti yang selalu diceritakan kepadanya.

"Reesa dah solat?" Tanya Ibu Ayunin di hadapan pintu.

Wareesa mengangguk seraya menjemput Ibu Ayunin masuk. Segan pula dia bersembang di hadapan pintu begini. Dan Ibu Ayunin hanya menerima dan mula masuk ke dalam bilik tetamu itu. Pintu dibiar terbuka. Senang kalau ada yang mencari. Boleh tahu keberadaannya di mana.

Mereka sama-sama labuhkan duduk di atas katil. Wareesa di sebelah kanan manakala Ibu Ayunin di sebelah kiri. Wareesa diam, manakala Ibu Ayunin tak henti memujinya dengan ayat manis potong kakinya. Cantik lah, manis lah, ayu lah. Allah, malu Wareesa jadinya. Habis pipinya merona merah.

Apa yang dia perasan mengenai Ibu Ayunin sepanjang dia memerhati wanita itu di majlis ini adalah wanita itu tak pernah lekang daripada senyuman dan pujian. Pergi mana-mana, senyum dan pujian pasti dan pasti terpacul keluar dari mulutnya. Senang terus orang yang berbual dengannya.

"Maaf lah sebab suruh Reesa tunggu pula." Ibu Ayunin memohon maaf. Dia memang mahu sangat Wareesa ikut serta dalam Majlis Hari Lahirnya malam ini. Dia mahu berkenalan lebih dengan gadis ini. Kalau lah dia tidak menghalang Wareesa bersungguh seperti tadi, dia tak tahu bila lagi dia dapat berjumpa dengan gadis ini.

Wareesa hanya tunduk tersenyum. Teringat pula bagaimana Ibu Ayunin memujuknya bersungguh untuk tetap di sini sehingga habis majlis malam nanti. Naik segan dia sebab banyak dah mata memandang mereka di muka pintu ketika itu.

Ibu Ayunin dipandang.

"Takde apa, lah. Tapi, Reesa segan pula. Dah lah majlis tunang anak Ibu Ayu ni, Reesa tak bawa apa-apa. Malam ni, Reesa takde juga nak bagi hadiah kat Ibu Ayu. Maaf lah." Kata Wareesa serba salah. Dahi digaru perlahan. Tersengih-sengih Wareesa di hadapan Ibu Ayunin.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now