N40

2.3K 293 93
                                    

PANGGILAN telefon bersama Madam Atikah dimatikan. Wareesa pandang Waseem dan Khalis Wasim yang sibuk makan di hadapannya.

Tersenyum dia seketika apa yang terpampamg di hadapannya. Berdebar itu semestinya. Duduk sekali dengan Waseem untuk sejam, dia rasa level suka dia kepada lelaki itu makin mencanak naik. Mari dia sebutkan apa yang dia perhatikan pada Waseem Ahda selama sejam tadi.

Waseem Ahda, setiap pertuturannya lembut dan sopan sahaja. Bukan dengan dia, bahkan dengan Khalis Wasim juga.

Sepanjang lelaki itu bermain dengan Khalis Wasim, muka lelaki itu tak pernah lekang daripada senyum manisnya. Walau Khalis Wasim kadang meragam dalam ribaan, Waseem melayan dengan penuh sabar.

Lelaki itu nampak macam tak kekok langsung dengan bayi. Lagi, Waseem pasti nak buat semua benda. Macam lelaki tu pula yang diamanahkan untuk jaga Khalis Waseem. Yang Wareesa buat hanya suap makanan Khalis Wasim sahaja. Itu pun dengan Waseem yang pastikan Khalis Wasim tidak meragam. 

Bukan itu sahaja. Walau Waseem bermain dan melayan Khalis Wasim, tak pun lelaki itu tinggalkannya terpinga-pinga sendirian. Pasti dia diajak bermain sekali dan kadang diajak berbual.

Tapi, tu lah. Masalah pada Wareesa. Pasti Waseem bosan nak bersembang sebab Wareesa malu dan diam aje. Huwaaaa!!!! Tapi, tapi, tapi! Waseem masih sama. Cuba ajak Wareesa berbual.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

Wareesa tersedar. Terus dia kalihkan pandangan ke arah lain. Muka dah hangat. Kantoi tenung anak teruna orang. Alah, nak buat macam mana. Anak teruna orang ni helok sangat!

Menggeleng Wareesa sebagai jawapan. Langsung tak pandang wajah Waseem. Dan kerana itu, dia tak nampak Waseem yang sedang tambah kemanisan dalam senyuman saat mata lelaki itu jatuh pada Wareesa.

"Siapa call?"

Ting!

Sekali lagi Wareesa tersedar. Terus dia pandang telefon di tangan. Lupa pula tentang perbualan pendek bersama Madam Atikah tadi.

Waseem dipandang. Sekilas cuma sebelum mata pandang Khalis Wasim yang seronok bermain sendirian di riba Waseem.

"Err, urusan Madam Atikah dah selesai. Kita..." Uhuk malu pula Wareesa sebut perkataan kita tu.

"Kita?" Suara Waseem buat mata Wareesa beralih arah ke wajah lelaki itu. Wajah Waseem tunjuk lelaki itu memberi sepenuh perhatian kepadanya. Malu lagi Wareesa dibuatnya.

Wareesa berdeham perlahan. Tangan mula lah menyentuh bahagian muka dek kerana malu. Sentuh pipi lah. Garu hidung lah. Tepuk dahi lah. Sampai berkerut Waseem dia lihat. Sudahnya, tangan digenggam erat.

"Kita kena hantar Khalis Wasim." Beritahu Wareesa. Setenang yang dia boleh.

Waseem hanya mengangguk. Khalis Wasim di riba dipandang. Kepala bayi itu diusap perlahan. Wareesa pula, pandang Waseem. Sambil itu tangan sibuk mengemas barang-barang Khalis Wasim. Simpan sebaiknya dan sekemasnya di dalam beg. Bila Waseem pandang, kalut perilaku. Benda nak jadi kemas pun boleh tunggang terbalik.

Waseem diam-diam senyum. Wareesa yang kelihatan kalut itu dia curi-curi lihat. Selepas itu dia senyum lagi. 

"Madam Atikah kat mana?" Soal Waseem. Tangan mula bergerak membantu Wareesa mengemas. Toys milik Khalis Wasim yang bersepah di atas rumput dia ambil, lap sedikit sebelum dia serahkan kepada Wareesa. Satu persatu dia buat begitu.

Wareesa tambah suka dengan apa yang Waseem lakukan. Allah, Allah. Lelaki macam Waseem ini one in a million betul lah. Tak boleh laaahhh! Cair!

"Emmm, madam suruh jumpa kat tempat tadi." Beritahu Wareesa. Toys terakhir Khalis Wasim dimasukkan dalam beg sebelum beg dizip. Waseem dipandang sekilas sebelum dia berdiri dengan beg di tangan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now