N89

1.7K 245 50
                                    

SEPERTI biasa, pulang dari kelas Waseem yang akan datang menjemput. Masuk dalam kereta, mata dihalwakan dengan senyum manis Waseem. Bukan itu sahaja, bahkan saat Wareesa tunduk menyalami tangan lelaki itu, Waseem bertingkah manis dengan mengusap kepalanya perlahan. Buat Wareesa tersenyum kecil.

"Let's go?" Soal Waseem memandang Wareesa. Hand break di tangan sudah sedia untuk diturunkan. 

Wareesa senyum dan mengangguk kecil. Mata pun dikerdipkan sekali, memberi jawapan positif kepada soalan Waseem tadi.

"Okey, jom!" Semangat Waseem seraya menukar gear kepada D. Dan tidak lama kemudian, kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan fakultinya.

Diam antara mereka, tangan Waseem bergerak menyentuh punat radio. Mula lah perjalanan mereka ditemani dengan dendangan lagu serta celoteh DJ di radio. Dan kadang-kadang, Waseem ikut sama menyanyi kecil. Gitu-gitu aje lah. Tak dengar betul-betul pun pada pendengaran Wareesa.

"Ayang okey hari ni?" Soal Waseem bila satu lagu selesai didendang perlahan. Dan semestinya bila kereta sudah berhenti kerana lampu isyarat menyalakan lampu merah.

"Alhamdulillah. Kelas semua okey hari ni." Sisi wajah Waseem dipandang Wareesa. Nampak bibir lelaki itu mengukir senyum kecil.

"Waseem?" Soalan diutarakan. Dan sebagai jawapan Waseem mengangguk kecil. Bagi jawapan dengan isyarat sebelum elok tangan lelaki itu menarik tangan Wareesa ke dalam genggaman.

Terkejut pada mulanya, namun Wareesa hanya senyum dan menepuk perlahan tangan Waseem kemudiannya. Selalu sangat tak bagi klu jika mahu bermanja. Tahu-tahu, dia juga yang rama-rama sendiri.

"Reesa penat tak?" Tiba-tiba Waseem menyoal.

Berkerut dahi Wareesa menerima soalan Waseem. Namun, dia jawab juga dengan kata 'tidak'. Bukan mahu ambil hati atau apa, namun memang itu jawapan yang jujur. Pembelajarannya hari ini semua light-light sahaja. Tiada yang memenatkan baik dari segi fizikal mahupun mentalnya.

Senyum Waseem jadi makin lebar. Oh, itu sangat mencurigakan walaupun Waseem memang suka lorek senyum. Sebabnya, senyum yang kali ini luar biasa sedikit. Seperti ada sesuatu yang disorokkan lelaki itu.

"Uh oh. Kenapa senyum macam tu?" Soal Wareesa curiga. Mata dah mengecil dan badan dah senget menghadap Waseem. 

Waseem jadi terhibur. Smirk dia sambil pandang Wareesa atas bawah. Sisi Wareesa yang satu ini belum pernah dia lihat. Dan sungguh, Wareesa sangat comel. Buat dia berdebar sendiri dalam diam. 

"Senyum macam mana?" Sengaja, Waseem buat-buat tidak faham.

Tangan yang menggenggam tangan Wareesa tadi juga dilepaskan. Stereng pula dipegang kejap.

"Uh oh." Badan Wareesa sudah tegak. 

Waseem mengerling dan sungguh, dia tahan tawa bila lihat Wareesa pandang dia ats bawah tanpa henti. Kening isterinya itu juga sudah terjongket sebelah. Dah macam Ziana Zain punya trademark pula. Tapi lucu! Lucu sangat!

Tak dapat tahan, Waseem hamburkan tawa. Tenggelam terus lagu yang sedang dimainkan di radio. Penuh ruang kereta dengan tawa kacak Waseem. 

"Tak kelakar, Waseem Ahda!"

"Oh, I love this side of yours! Yayang nampak extra comel dan little sexy macam ni." Mengerling Wareesa sekilas, bibir Waseem dah menyenget sedikit. 

Ternganga mulut Wareesa dengan nada suara gedik Waseem. Malas mahu melayan, sudanya Wareesa buang pandang ke luar tingkap. Macam takde kerja tengok tayar kereta sebelah berpusing.

Namun tiba-tiba, Wareesa rasa hujung jarinya disentuh. Mula-mula hujung jari. Tapi, selepas itu dia rasa perlahan-lahan jemari Waseem menyelit di antara jemarinya. Dan akhirnya, penuh jemarinya bersulam dengan jemari Waseem.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now