N64

1.7K 299 125
                                    

HIDUNG yang tidak gatal digaru perlahan. Rasa kekok dan debaran di dada bergabung menjadi satu. Gemuruh pun ya juga sebenarnya. Mana kan tidak. Tepat lima pasang mata memandangnya tepat tanpa lepas. Pelbagai rasa yang disalurkan setiap pandangan. Yang pasti semuanya berbeza-beza.

Menoleh ke kanan, Cik Zee ukir senyum buat dirinya. Membalas, senyuman kekok diukir sama. Serba salah nak rasa gembira sebab itu bukan perasaannya sekarang.

Pandang hadapan, senyum suka Tuan Fauhad pula yang menyapa pandangan. Sekali lagi dia terus ukir senyum dengan rasa kekok.

Cik Puan Tihani di sebelah Tuan Fauhad dipandang sekilas. Yang itu memang dia tak berani pandang lama-lama. Pandangan mak ciknya itu penuh dengan rasa menyampah. Nanti jadi sedih pula.

Hayyan pun sama. Pandangan lelaki itu seperti sedih dan marah. Buat dia pelik. Rasanya yang paling normal adalah Niliyyah. Memang terpancar aura 'I-don't-care' dia di ruang tamu ini.

Tapi duk berbalas pandangan begini, bila nak sambung bicara ni? Kalau diam begini, baik masing-masing tidur. Dia pun dah penat menahan perasaan gugup. Sampai jadi mengantuk.

"Jadi Reesa dah fikir masak-masak?" Soalan Tuan Fauhad akhirnya terpacul keluar sekali gus memecahkan sepi ruang tamu ini.

Terpinga-pinga Wareesa jadinya. Macam blur seketika walaupun topik perbincangan sekarang dia tahu. Apa lagi jika bukan berkaitan dengan dia dan Waseem.

Lelaki itu tidak bergurau rupanya bila kata mahu ambil dia jadi peneman hidup lelaki itu dalam masa terdekat ini. Gila sungguh.

"Errr..."

"Kalau tak yakin tu, tak payah fikir dua tiga kali. Tak payah kahwin." Hayyan terus potong kata bila telinganya menangkap nada ragu Wareesa.

Terus terarah semua mata kepada Hayyan. Terkejut sekejap dengan nada kasar Hayyan.

"What?" Sedar dirinya menjadi perhatian, Hayyan bertanya selamba. Badan pun dah disandar pada sofa sambil tangan memeluk tubuh sendiri.

Wareesa makin pelik. Dah kenapa pula dengan sepupu dia seorang ini? Bukan ke sepatutnya Hayyan gembira sebab dia mahu keluar dah dari rumah ini? Seperti Cik Puan Tihani. Walau menyampah sahaja riaknya, ada juga bias gembira di situ. Tak perlu lihat dia lagi kan?

"You dah kenapa Yan? Emo semacam." Niliyyah menjadi perantara mereka yang inginkan jawapan.

Hayyan hanya julingkan mata. Jengkel. Wareesa yang tunak memandangnya dijeling tajam. Benci bila Wareesa lembab.

Makin hairan Wareesa dibuatnya. Dah kenapa dengan mamat seorang ini?

"Ehem." Tuan Fauhad berdeham, menarik semula perhatian setiap orang kepadanya.

"Pak cik tak memaksa tapi orang tua-tua berkata, perkara yang baik eloklah dipercepatkan. Lagi-lagi aan sekarang ini. Jarang lelaki inginkan hubungan serius seperti ini. Tambah lagi pasangan Wareesa tu muda. Memang jarang." Ulas Tuan Fauhad.

Cik Zee hanya angguk, bersetuju.

Wareesa garu dahi. Aduh. Payah dah ni.

"Emmm."

"Jadi Reesa nak teruskan? Jika nak, pak cik izinkan."

Wareesa terdiam. Tiba-tiba rasa sebak menyerpa ruang hati. Bayangan dia akab pergi tinggalkan Tuan Fauhad dan Cik Zee berlegar dalam kepala.

Mungkin tahu akan kekhuatirannya, Cik Zee genggam tangan Wareesa untuk salurkan sedikit keyakinan kepada gadis itu.

"Tihani?" Tuan Fauhad bertanya Cik Puan Tihani yang sedari tadi hanya membisukan diri.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now