N41

2K 290 55
                                    

HABIS sahaja kelas, Wareesa melencong pergi ke kafeteria. Rindu pula dia dengan Iffah. Lama pula mereka tak bersembang. Tapi, tiba sahaja dia di sana, batang hidung Iffah lagsung dia tak nampak. Bila tanya kepada pekerja lain, jawapan yang dia dapat adalah Iffah sakit. Dia jatuh simpati. Semoga tak teruk lah sakit Iffah.

Dah alang-alang datang ni. Tak salah dia pesan segelas minuman untuk basahkan tekak. Wareesa pesan segelas Iced Lemon Tea. Kegemarannya.

Tunggu pesanannya untuk siap, Wareesa tumpukan mata di skrin telefon. WhatsApp dibuka lalu satu persatu mesej yang masih belum dibaca dia buka. Dan dalam banyak-banyak mesej yang dia terima, mesej dari Tuan Fauhad buat jarinya laju ingin membalas.

Pak Cik Fauhad
Reesa jangan lupa call Yan suruh ambil Reesa. Pak cik dah kosongkan jadual kerja pak cik untuk hari ni. Kita jumpa di mall.

Wareesa gigit kuku sendiri. Dia malas mahu naik bersama dengan Hayyan. Satu, mereka sudah lama tak bertegur sapa. Kali terakhir, panggilan telefon tadi. Kalau di rumah beberapa kali juga Hayyan mencuba tapi dia yang tidak mahu. Bukan kata dia tak maafkan Hayyan lagi sejak kes lelaki itu melutut bagi kasut beberapa minggu lepas. Cuma... entah. Dia tak tahu kenapa tak boleh.

Haih.

Jemari Wareesa mula berlari di atas papan kekunci.

You

Pak cik, Reesa baru habis kelas. Reesa naik teksi aje lah ya? Mall mana kita nak kena jumpa?

Butang send dia tekan. Dan-dan itu juga minuman yang dipesannya sampai. Ucap terima kasih kepada Lukman, Wareesa sedut minumannya perlahan. Mata kadang menjeling skrin telefon, menunggu maklum balas Tuan Fauhad.

Ting!

CP Tihani
Don't you dare joining us today!

Berkerut dahi Wareesa. Lain yang dia tunggu, lain pula yang masuk.

Wareesa tolak air ke tepi. Telefon do atas meja diambil. Dia kena fokus membalas mesej maharani seorang ini.

You
Tuan suruh saya ikut serta

Send! Gugup juga Wareesa nampak tulisan typing... di bawah nama contact Cik Puan Tihani.

Ting!

CP Tihani
Cipta lah apa-apa alasan! Yang aku tahu kau takde sekali! Jangan harap aku biarkan kau kikis harta suami aku!

"Eh, masalah. Siapa pula yang nak kikis harta suami dia?" Omel Wareeda tidak puas hati. Tiba-tiba sangat tuduhan Cik Puan Tihani ini.

Ting!

Mesej daripada Tuan Fauhad pula masuk.

Pak Cik Fauhad
Nope! Pak cik kata pergi dengan Yan, bermakna dengan Yan. Pak cik dan mak cik dah otw. Yan dan Nil juga.

Ting!

Mesej daripada grup yang ahlinya dia, Hayyan dan Niliyyah.

Hayyan
On my way

Niliyyah
Don't be late, ugly.

Hayyan
Kau kat mana Reesa?

Wareesa gerakkan jari. Membalas.

You
Cafeteria

Niliyyah
Orange juice and chocolate bread

Hayyan
Apple juice

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Onde histórias criam vida. Descubra agora