N70

1.9K 277 47
                                    

BONET kereta ditutup rapat. Cik Zee yang sedari tadi menunggu di sebelah dipandang sebelum mesra Wareesa rangkul bahu tua itu. Hilang sekejap bebanan di bahu bila sesi mencari hantaran kahwinnya pada hari ini telah sampai ke penghujung. Pejam celik, dah Isyak dah pun. Badan pun dah penat. Lebih-lebih lagi badan tua Cik Zee.

"Terima kasih Cik Zee sebab teman Reesa cari barang hari ini." Ikhlas Wareesa ungkap penghargaan. Kepala dah dilentokkan pada bahu Cik Zee. Bermanja.

Cik Zee hanya lepaskan tawa dan menggeleng kecil.

"Takde apa lah. Cik Zee yang patut berterima kasih kepada Wareesa. Sebab Wareesa Cik Zee rasa juga berjalan sana-sini."

Wareesa hanya senyum. Pelukan dieratkan. Kaki masing-masing sudah sampai ke tempat penumpang belakang. Pak Tam dalam kereta dah menunggu dan tanpa lengah, Wareesa buka kan pintu untuk Cik Zee bolos masuk.

"Apa pulak Cik Zee duduk belakang. Wareesa lah duduk belakang sekali dengan cik muda." Cik Zee menolak. Tak mahu dia dibiarkan duduk di belakang dengan selesa. Dia hanya orang gaji tua.

Menggeleng kecil Wareesa balas kata-kata Cik Zee.

"Takpe. Cik muda seorang tu Cik Zee tak perlu risau. Tengok tu." Lurus jari Wareesa tunjuk ke sebuah kereta yang tidak jauh dari mereka. Kereta Toyota Inova milik Ilman.

"Tu, cik muda Cik Zee tu tak habis dating lagi. Takde makna dia nak ikut kita balik bila teman tapi mesra dia tu ada bersama." Laju sahaja mulut Wareesa bergerak. Sinis pula tu ayat memerli sepupu perempuannya itu.

Dah kalau kenyataan. Niliyyah dan Ilman sedari tadi berdua sahaja. Tak nak berenggang. Berbulu mata ni saksikan momen-momen manis mereka berdua. Bila menyakat suruh kahwin, laju aje kata kawan baik tak boleh berkahwin. Yalah tu kawan baik. Memang semua orang buta pun tak boleh menilai.

Cik Zee hanya tergelak kecil. Ada benar juga kata-kata Wareesa tadi. Tapi, tetap juga. Dia tak layak duduk di tempat duduk belakang ini.

Sedar riak wajah Cik Zee yang masih mahu menolak, Wareesa tanpa kata terus tepuk perlahan bahu Cik Zee. Beri galakan kononnya. Jangan malu-malu, kononnya.

"Jangan lah, Reesa. Kalau Cik Zee duduk belakang, Reesa duduk belakang sekali. Boleh?" Pinta Cik Zee.

Laju Wareesa angguk. Mengalah akhirnya. Kesian Pak Tam yang menunggu sedari tadi.

"Ya. Kita duduk sama-sama di belakang." Setuju Wareesa buat Cik Zee bolos masuk ke dalam kereta.

Cik Zee senyum bila lihat Wareesa juga ikut masuk sama duduk di sebelahnya. Pintu laju nak ditutup namun satu tangan pantas menghalang. Buat semua pandang pintu yang dipegang dua tangan. Tangan Wareesa. Tangan Waseem.

Semestinya. Lupa pula Waseem masih ada bersama. Tapi, rasanya lelaki itu ke kereta Ilman tadi. Bagaimana pula boleh ada di sini?

"Errr..."

Waseem pandang Wareesa. Wareesa pandang Waseem. Terkejut bila kata yang sama keluar dari mulut masing-masing. Serentak pula tu! Nada pun lebih kurang. Berjodoh kuat ni. Hahaha!

Cik Zee dan Pak Tam berpandangan sambil simpan senyum.

"Ya kenapa Waseem?" Cik Zee bertanya, pecahkan malu dua anak muda itu. Dah kalau seorang usap belakang leher, seorang main jari, siapa pula nak becakap. Payah benar anak muda zaman sekarang ini.

Waseem sengih.

"Waseem nak minta izin bawa Wareesa makan malam sikit, boleh? Tadi, Waseem dah telefon Uncle Faufau---"

Lihat mata bulat Wareesa, mati kata Waseem.

"Uncle Fauhad." Wareesa menegur pendek. Selamba badak dia bercakap begitu depan Cik Zee dan Pak Tam. Depan dia tu, tak kesahlah sebab dah biasa. Ini dengan dua warga tua ini?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now