N88

1.9K 233 33
                                    

PINTU dibuka dan senyum manis Cik Zee menyambut kepulangan Wareesa dan Waseem di ruah banglo tiga tingkat itu. Tak tunggu lama, nampak sahaja batang tubuh Cik Zee, Wareesa peluk erat tubuh tua yang dirinduinya itu. Seperti Wareesa, Cik Zee juga melakukan yang sama. Cuma tambahnya, ada air mata yang bergayut di tubir mata.

Waseem tersenyum memerhati dua wanita itu melepaskan rindu. Serba salah pula bawa lari anak kesayangan Cik Zee jauh selama seminggu.

"Ya Allah. Rindunya Cik Zee dengan kamu, Reesa." Bisik Cik Zee rapat di telinga Wareesa sebelum pelukan dileraikan.

Tersenyum, Wareesa senyum lebar. Tangan Cik Zee digenggam erat. Dipandang Waseem sekilas sebelum Cik Zee dipandang semula. Cik Zee terlihat jatuhkan pandangan dan senyuman kepada Waseem juga.

"Assalamualaikum, Cik Zee." Ucap Waseem sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam, Waseem." 

"Maaf lah bawa lari Reesa lama-lama." Bahu Wareesa dipeluk dari tepi dan diusap perlahan.  Dan bila Wareesa memandang kepadanya, senyum diukir cantik buat isterinya itu.

Cik Zee mengangguk kecil. "Tak mengapa. Eh, mari masuk. Tuan dan puan mesti suka kamu berdua pulang. Mari."

Tangan Cik Zee dah menggamit untuk Wareesa dan Waseem masuk ke dalam. Pintu dibuka seluasnya untuk pasangan muda itu. Buat kedua-duanya tersenyum manis, tanda suka disambut sebegitu rupa.

Masuk ke dalam rumah, Wareesa dan Waseem masuk ke ruang tamu. Duduk dilabuhkan seketika sementara menunggu Cik Zee memanggil Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani.

Hilang tubuh Cik Zee daripada pandangan, Waseem menoleh memandang Wareesa. Terlihat wanita kesayangannya itu seperti resah sendiri di sofa, menggamit Waseem untuk memeluk longgar bahu Wareesa.

Menoleh Wareesa memandang Waseem. Senyum cuba diukir semanis mungkin namun bila lihat senyum senget Waseem, Wareesa tahu lelaki itu tak termakan dengan senyum palsunya.

"Kenapa yang? Nervous sangat kenapa?" Soal Waseem seraya ulas bibir merah jambu Wareesa diusap perlahan.

Kalut Wareesa dengan perlakuan Waseem. Wajah dah terasa hangat. Nak memujuk tak tengok cara dan tempat sungguh mamat romeo yang seorang ini.

"Malu lah, Seem." Bisik Wareesa. Tangan Waseem dibawa jauh dari terus menerus berada di bibirnya.

Waseem gelak halus.

"Sekurang-kurangnya ayang Seem ni tak nervous dah kan?" Bangga aje suara Waseem. Sebangga dia depakan kedua tangannya di kepala sofa.

Wareesa julingkan mata. Yakin sangat abang kita ni. Tapi, ada benar juga. Rasa gementar untuk bertembung empat mata dengan Cik Puan Tihani sedikit sebanyak telah pun berkurang.

"Tapi..." Kata-kata Waseem mati, buat Wareesa jongketkan kening.

Waseem senyum nakal.

"Ayang nervous sebab Seem kan?" Dan Waseem makin merapatkan wajah mereka. Mata pula dah kuyu menilik seluruh wajah Wareesa. Lebih-lebih lagi ulas bibir Wareesa.

Bulat mata Wareesa dan tindakan spontan, tangan dah naik menahan dada Waseem agar lelaki itu tidak lebih merapat. Wajah pun dah dipalingkan dengan mata yang terpejam rapat. Pipi tak perlu cakap. Memang sudah hangat.

Waseem makin senyum nakal.

"Ehem."

Kaku terus Wareesa dan Waseem bila telinga masing-masing menangkap dehaman garau dari arah sisi mereka. Serentak kepala menoleh ke arah yang sama.

Hayyan Hadiy.

Tegak terus badan masing-masing. Duduk pun dah berjarak sedikit. Malu bila babak mesra mereka tertangkap.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now