N77

1.6K 231 60
                                    

RIUH buat Hayyan terjaga daripada lenannya. Tercelik-celik mata dengan muka yang sudah berkerut tidak puas hati. Balkoni yang menjadi sumber riuh yang didengar, Hayyan pandang dengan jengkel.

"Pagi-pagi lagi dah bising." Omel Hayyan tidak puas hati. Tangan naik memicit pelipis kepala. Nak kurangkan rasa pening yang mencucuk-cucuk.

Dalam memicit lembut, telinga masih lagi menangkap suara riuh di balkoni. Mata terpejam rapat. Peratus jengkel dan sebal dah makin meninggi. Lagi-lagi bila yang dia dengar itu suara riuh Niliyyah. Buang tebiat apa si kakak itu? Tak pernah-pernah nak jadi morning person. Tiba-tiba riuh begini pula.

Geram, duvet diselak kasar. Dibawa langkah geram menuju ke balkoni yang sedia terbuka. Tak peduli dengan imej messynya sekarang. Tak peduli juga dengan sleeveless t-shirt dan short pants yang dipakai. Yang pasti dia nak menjerit sahaja suruh diam.

"Memekak lah perempuan ni." Sekali lagi Hayyan mengomel kecil.

Sampai di balkoni, dia menjengah ke bawah. Memang sah ada Niliyyah yang duk tergedik-gedik berlari di sekeliling pool. Apa yang seronok sangat entah. Lagi satu, dengan siapa pula si Niliyyah ni nak main lari-lari.

Menjengah ke bawah lagi, mata Hayyan menangkap susuk tubuh Wareesa yang seronok ketawa kecil. Terus hilang rasa jengkelnya tadi. Mata tunak pandang Wareesa yang manis tersenyum melihat Niliyyah yang ralit berlari anak.

"Oh..." Hilang kosa kata. Hilang jengkel. Yang ada hanya pandangan yang dikaburi senyum manis Wareesa.

Tak sedar, Hayyan dah tongkat dagu dan bersandar rapat di grill balkoni. Tunak pada Wareesa. Riuh Niliyyah tak dihiraukan langsug.

Wareesa diperhati. Senyumnya. Tawanya. Riak wajahnya. Semuanya. Dan itu sedikit sebanyak mengembalikan debar di dada Hayyan.

Terlalu fokus sampai bila pandangannya bertemu dengan pandangan mata bundar Wareesa, dia masih belum kalihkan pandangan. Rela dirinya ditangkap jelas sebegitu.

"Hayyan Hadiy!!!" Dan terenjat sedikit badan mendengar laungan garang Niliyyah. Kalut dia kalihkan pandang.

Berdebar dada. Bukan kerana terkejut dengan Niliyyah sahaja, bahkan terkejut juga dengan pandangan Waseem kepadanya.

"Shit." Carut Hayyan perlahan di bawah nafas. Dia lupa. Lupa akan fakta Wareesa yang sudah dimiliki seseorang. Dan seseorang itu bukan dia.

Patut lah pelik kenapa Wareesa bolah bersenang lenang di pool tanpa buat apa-apa kerja. Lupa status Wareesa dah berubah. Bukan jadi 'orang gaji' rumah banglo tiga tingkat ini lagi.

Wajah diraup.

"Hayyan Hadiy!!! Are you listening?!" Suara Niliyyah kedengaran lagi. Jengkel kembali datang.

Geram, dijelingnya Niliyyah di bawah sana.

"What?!" Geram. Buat tak peduli dah dengan Wareesa dan Waseem.

Niliyyah julingkan mata. Jengkel dengan adiknya. Sibuk duk tenung bini orang lain. Kita yang panggil macam nak pecah anak tekak ni, dibiarkan pula. Sebal!

"Come and join us!" Ajak Niliyyah. Bila sebut 'us', luas dia depakan tangan. Tunjuk orang-orang yang dimaksudkan selain dirinya.

Hayyan tebarkan pandangan. Ada Wareesa dan Waseem. Semestinya. Ada juga seorang gadis yang dia tidak kenal, juga dua orang lelaki. Nafis salah seorangnya. Seorangnya lagi, dia tak berapa nak kenal.

"Hi, Hayyan." Dan Nafis ramah menegur sambil lambai tangan. Krik krik sikit. Ramah sangat.

"Korang buat apa ni?" Soal Hayyan. Antara mahu ambik tahu dan tidak peduli.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now