N74

1.9K 288 81
                                    

CIK ZEE yang sudah bangun dari sejadah Wareesa pandang dengan senyuman kecil tertempel di bibir. Fara dan Sara yang dah menggeleng pandang dia pun dihadiahkan senyum kecil yang sama. Tapi bila tengok Cik Zee pula menggeleng kecil, senyum Wareesa dah jadi kekok sedikit.

"Lama pula dia lepak bilik kita malam ni." Dengar tone suara Fara, Wareesa tahu yang gadis itu memerli dirinya.

Sara dah terkekek ketawa kecil. Cik Zee pula hanya geleng kecil sahaja melihat mereka bertiga.

Seorang tukang perli. Seorang tukang gelak. Seorang lagi tukang malu sendiri.

"Reesa ni... tak ada rasa nak balik bilik ke? Kesian singa dalam bilik atas tu tunggu." Fara sambung menyakat lagi. Riak wajahnya dah berubah nakal.

Sara yang mendengar tambah mengekek. Suka dengan apa yang dia dengar. Tambah lagi bila lihat wajah Wareesa yang makin merah padam.

"Hah?" Wajah Wareesa berbahang walau dia samar-samar dengan apa yang Fara ucap tadi.

"Buat-buat tak faham pula. Rawr!" Makin galak, buat makin merah wajah Wareesa.

Pak!

"Aduh! Cik Zee kenapa pukul Fara ni?" Menyeringai sakit Fara dengan tangan yang dah laju mengusap lengan sendiri. Tempat mendarat lima jari Cik Zee tadi.

Wareesa tutup mulut. Nak hambur gelak tapi pandangan tajam Cik Zee kepadanya membantutkan semuanya.

Err... Dia buat salah apa ya?

"Cik Zee salah marah orang ni. Reesa tak buat apa-apa pun." Wareesa membela diri. Laju.

Mata kerling pandang Fara dan Sara yang dah berjimba suka di belakang Cik Zee. Sekali tengok macam monyet dah dua gadis itu. Suka gamaknya dia dimarah begini oleh Cik Zee. Tapi... dia kena marah ke? Atas kesalahan apa?

"Reesa bila nak masuk bilik? Tak elok biarkan suami kamu sorang-sorang." Tegur Cik Zee. Wareesa yang dah terkulat-kulat sendiri itu dipandang.

"Alah Cik Zee. Biar lah dulu. Bukannya dia tak boleh bernafas kalau Reesa takde sama." Beritahu Wareesa. Membela diri.

Cik Zee menggeleng.

"Kalau macam tu, buat apa berkahwin? Sama aje. Dah ada isteri atau belum, seorang diri aje dia." Laju sahaja Cik Zee membalas.

Wareesa sengih. Fara dan Sara yang galak gelak senyap-senyap di belakang Cik Zee dikerling.

"Ala Cik Zee..."

"Takde. Pergi duduk dengan suami kamu. Dia orang baru dalam rumah ni. Kamu lah layan dia. Takkan nak bagi orang lain pula melayan dia?" Cik Zee menghalau. Tangan Wareesa dah dia genggam. Nak bawa gadis itu ke pintu bilik.

Wareesa memuncung. Terasa sedikit. Dia yang tak pernah dihalau Cik Zee sebelum ini, dihalau pula. Semua sebab dia sudah ada suami. Halah. Kalau tahu jadi begini, dia tolak awal-awal rancangan buang tabiat Waseem nikah awal seminggu lalu.

Sabar Cik Zee menarik Wareesa sehingga ke pintu bilik. Bila lihat Wareesa yang masih tak berkutik seperti tiada tangan hendak membuka pintu, pantas sahaja tangan capai tombol pintu dan pulas. Cukup luas dia bukakan pintu buat Wareesa. Makin tarik muncung gadis itu. Sara dan Fara pula seronok terkekek-kekek di atas katil.

"Sekej---"

"Takde. Dah malam ni. Pergi tanya suami kamu nak makan ke tak. Ini Cik Zee nak siapkan meja makan. Tuan dan cik puan sekejap lagi nak turun." Laju Cik Zee memotong percakapan Wareesa. Tak bagi muka dah. Kalau dia lembut hati, kesian ahli baru rumah banglo tiga tingkat ini.

Wareesa nak memujuk lagi tapi bila lihat muka Cik Zee, tambah lagi Cik Zee dah bersuara suruh Sara dan Fara sambung kerja buat lidahnya kelu sendiri. Hampa. Baru ingat nak melepak di sini tapi nampak gaya memang tiada chance.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now