N58

1.8K 298 91
                                    

BERANSUR keluar sahaja Miss Najwaa dari dewan, berpusu-pusu pelajar mengikutinya. Kelas sudah habis. Dan lagi sekarang waktu makan tengah hari. Pasti dan pasti perut masing-masing minta diisi. Tengok kepala yang tersengguk-sengguk sepanjang kelas berlangsung tadi pun dah tahu.

Dan pasti tak terkecuali keadaan itu pada Wareesa juga. Untuk bahagian makan itu lah. Tersengguk-sengguk mengantuk itu tidak. Dia fokus menyalin curahan ilmu yang keluar dari mulut Miss Najwaa.

"Bye!" Sempat Wareesa mengucap pamit pada kawan sebelahnya sebelum dia sambung mengemas barang-barangnya masuk ke dalam beg.

Dewan yang tadinya riuh perlahan-lahan bertukar suasana. Dah lengang dan akhirnya hanya tinggal dia sahaja yang tenang mengemas barang seorang diri.

Usai selesai, Wareesa bangun dari duduknya. Baru beberapa langkah berjalan, telefon yang dipegang bergetar. Ada panggilan yang masuk.

+601362775990

Berkerut dahi Wareesa.

"Siapa ni?" Bisik Wareesa kecil. Langkah menjadi perlahan sambil mata tak lepas pandang skrin telefon yang masih memaperkan keadaan yang sama. Incoming call from unknown number.

Jari gesek ikon hijau untuk menjawab.

"Hello?" Soal Wareesa dengan rasa hairan.

Diam. Tiada jawapan, buat Wareesa bertambah hairan.

"Hello? Siapa ni?" Dada dab berdebar.

Waseem? Tak mungkin. Dia dah save nombor lelaki itu tempoh hari.

Tut... tut... tut...

Berkerut dahi Wareesa bila panggilan dimatikan begitu sahaja tanpa sempat dia tahu siapakah pemanggilnya.

"Ish!" Desis Wareesa tak puas hati.

"Siapa yang main-main ni? Lagi satu... mana dia dapat nombor aku?" Soal Wareesa tak puas hati.

Kaki ambil langkah semula. Tak pandang depan sebab sibuk geledah call logs dalam telefon. Entah kenapa dia rasa pernah lihat nombor tadi di skrinnya.

"Dia pernah call kan sebelum ni?" Soal Wareesa. Mata tak pandang depan. Masih sibuk dengan telefon di tangan.

Jari lancar scroll semula dan mata bersinar bila jarinya berhenti bergerak.

"HA!" Dia jumpa dan sangkaannya tepat!

Duk!

"Argh!"

Terhenjut bahu Wareesa bila dengar jeritan garau itu. Buru-buru Wareesa boloskan diri keluar dari dewan hanya untuk melihat apa yang dah jadi sewaktu dia membuka pintu dewan tadi.

"Ya Allah!" Cemas Wareesa dibuatnya apabila melihat seorang lelaki yang terduduk di koridor sambil mengerang kesakitan. Bahagian dahi lelaki itu pula ditekup rapat bagai menahan perit.

Tak tunggu lama, Wareesa terus menghampiri lelaki itu. Rasa serva salah mulai membesar. Padah main telefon masa nak keluar. Kan dah tak perasan siapa di sebalik pintu. Habislah hancur muka anak orang kalau dia berterusan begini.

"Ya Allah. Maaf, maaf! Saya betul-betul tak sengaja." Ucap Wareesa gelabah sendirian di situ. Terjenguk-jenguk dia ingin melihat dahi lelaki itu.

"Tak nampak orang ke?" Soal lelaki iti sambil meringis marah.

Wareesa tak boleh nak buat apa. Memang salah dia. Dia akui.

"Saya minta maaf sangat-sangat." Kata Wareesa betul-betul bersalah.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now