N5

2.8K 327 4
                                    

WAREESA buat tak nampak dengan pandangan tajam Cik Puan Tihani terhadapnya. Makanan yang masih lagi berbaki separuh dalam pinggan dipandang sebelum sesudu makanan disuap masuk ke dalam mulut. Kunyah-kunyah sambil pandang Tuan Fauhad yang dah senyum tengok dia makan. Dengan mulut yang penuh, senyuman Tuan Fauhad dibalas.

"Tambah lagi, Reesa. Pak cik tengok Reesa dah kurus sangat." Tegur Tuan Fauhad. Semerta itu, seketul lagi ayam goreng singgah dalam pinggannya.

Melihatkan itu, mata Wareesa terus pandang Cik Puan Tihani yang dah mencebik tanda menyampah. Niliyyah juga begitu. Hanya Hayyan sahaja yang tak beri riak apa-apa. Hanya tunduk menjamah makanan.

"Makan, Reesa." Kata-kata Tuan Fauhad dibalas dengan anggukan kecil sebelum sesudu lagi nasi dimasukkan lagi ke dalam mulut.

"Terima kasih, pak cik." Balas Wareesa. Senyum sekali sebelum mata pandang Cik Puan Tihani. Sekali lagi dia nampak dia dijeling.

Aish, cik puan seorang ini. Tak sakit ke mata duk jeling-jeling dia dari tadi. Niliyyah pun.

"Pa, Nil tak dapat sembang dengan papa puas-puas semalam. Macam mana dengan trip bisnes papa?" Tanya Niliyyah. Suaranya dimanjakan.

Walaupun Niliyyah tua tiga tahun darinya, sisi manja anak sulung Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani ini tak pernah diselindungi. Hatta di khalayak ramai sekali pun. Kadang, Wareesa juga yang malu melihatkan itu. Bila bayangkan dia yang manja macam tu, auto meremang bulu roma. Eee!

Tuan Fauhad tersenyum. Niliyyah yang memandangnya dipandang dengan senyuman.

"It was great, my daughter. How was your study?" Tanya Tuan Fauhad pula. Perhatian dah diberikan sepenuhnya kepada anak perempuannya. 

Mati senyuman Niliyyah mendengar soalan Tuan Fauhad. Dalam kepala terus terbayang adegan-adegan dia tidur dalam kelas beberapa kali dan boloskan diri dari menghadiri kelas-kelas yang disusun pengajar-pengajarnya. Telan air liur. Dan bila lihat perhatian Tuan Fauhad masih lagi kepadanya, terus dia tarik senyum kekok yang cuba dimaniskan.

"Okey. It was fun studying there. How about you, Wareesa? How was your study?" Soalan dipass kepada Wareesa. Bulat terus mata Wareesa bila dia diserang begitu oleh Niliyyah. Sekarang semua mata memandangnya. Dia pun  bulat mata pandang semua orang.

Err... Dia kena jawab lah kan?

"Seronok. Reesa suka dengan study Reesa sekarang. Banyak benda yang Reesa belajar. Paling best bila Reesa dapat belajar mengenai psikologi kanak-kanak. Best sangat." Wareesa mula menjawab dengan ceria. Bukan selalu orang bertanya mengenai dirinya. Lebih-lebih lagi bila dia tinggal di sini sejak 12 tahun yang lalu.

"Peraturan dalam rumah ni senang aje. Kau tak perlu cerita apa-apa selagi takde siapa tanya. Tak payah nak buka mulut bising-bising. Tak payah. Diam. Kalau kau boleh ikut dan buat, aku boleh bagi kau tinggal sini. Kalau kau tak boleh ikut, aku hantar kau balik ke rumah anak yatim tu. Faham?"

Masih segar kata-kata Cik Puan Tihani dalam kepala walau dia baru sahaja berumur tujuh tahun ketika itu.

Tuan Fauhad senyum. Mengangguk suka dia mendengar cerita ringkas Wareesa mengenai pengajiannya. Wareesa yang kembali tunduk memandang pinggan, dipandang. Tersenyum dia melihat anak buah isterinya ini. Tak sangka masa dah berlalu. Tak sangka yang Wareesa serta anak-anaknya sudah tumbuh dewasa. Kesibukan dia bekerja di dalam dan luar negara buat dia terlepas dengan pembesaran anak-anak.

"Kawan-kawan okey? Semalam yang datang pun takde yang perkenalkan diri sebagai kawan Reesa." Soalan Tuan Fauhad berjaya bulatkan mata Cik Puan Tihani. Nak tergelak juga dengan riaksi mak ciknya itu tapi lebih baik dia tak lepaskan tawanya. Nanti tambah siap 3.0.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now