N85

2K 241 66
                                    

BREK tangan ditarik setelah kereta diparkir rapi. Menoleh ke sisi, senyum Waseem langsung terukir lihat Wareesa yang elok tidur dengan tenang.

Tak dapat tahan, Waseem terus rehatkan kepala di stereng kereta. Mata sudah pasti tak sudah-sudah menilik setiap inci wajah Warresa. Tenang hati lihat wajah polos itu. Namun ketenangan hatinya sedikit tergugat bila mata tanpa sengaja jatuh di belahan bibir Wareesa.

Malu, wajah diraup. Mula lah kepala mengulang tayang memori manis bersama Wareesa semalam.

"Gila kau ni, Waseem." Waseem berbisik sendiri dengan kepala yang sudah tergeleng perlahan beberapa kali.

Tak mahu lengah masa, terus bahu Wareesa ditepuk perlahan. Mahu kejut cinta hatinya itu. Memang mahu berlama dengan Wareesa, tapi tanggungjawab sebagai seorang pelajar perlu diutamakan juga.

"Reesa." Panggil Waseem bila lihat Wareesa masih lagi diam tidak berkutik. 

Tali pinggang Waseem buka dan badan sudah dibawa menghadap puteri beradunya. Dari memepuk bahu, tangan naik mencubit perlahan pipi mulus Wareesa. Nama manis Wareesa juga dipanggil beberapa kali sebelum perlahan-lahan Wareesa mencelikkan mata.

Senyum Waseem kerana berjaya. 

Wajah Waseem yang agak rapat buat Wareesa menjauh sedikit. Dengan mata yang terpisat-pisat, Wareesa hala pandang ke luar. Nampak bangunan fakultinya, Wareesa sedar yang mereka sudah pun sampai ke destinasi.

"Sorry tertidur." Ucap Wareesa perlahan. Menggeliat kecil, Wareesa senyum kepada Waseem.

"Takpe. Sorry juga sebab bagi Reesa penat." 

Kata-kata Waseem berjaya hangatkan wajah Wareesa. Terus dia buat-buat betulkan tudung sebelum laju dia mengambil barang-barangnya di kaki. Memang niat tak mahu balas langsung kata-kata Waseem tadi. Biar semua berlalu begitu sahaja.

Waseem simpan senyum.

"Okey! Belajar rajin-rajin ya? Nanti habis kelas Reesa call Seem. Seem ambil Reesa."

Wareesa hanya mengangguk tanda mengerti.

Hari ini, dia seorang sahaja punya kelas. Waseem punya kelas batal dan untungnya lelaki itu hanya punya satu kelas sahaja. Dah batal, boleh lah berehat. Dia juga yang punya tiga kelas hari ini hanya mampu pasrah. Nak buat macam mana. Nama pun pelajar kan?

"Reesa pergi dulu." Pandang Waseem sekilas, tangan mahu buka tali pinggang keledar. Namun, gerakan  tangan terhenti bila Waseem terlebih dahulu membukakan untuknya. 

Terkebil-kebil mata pandang Waseem yang tayang senyum kepadanya. Aduh. Nampak ya bahagia di situ. 

"Thank you. Again, Reesa pergi dulu." Angkat tangan dan lambai kecil. Tapi, sekali lagi Wareesa yang mahu keluar dari kereta dihalang oleh Waseem. Tarik nafas dalam-dalam Wareesa dibuatnya.

Kepala menoleh pandang Waseem. Kening dijongketkan sekali, bertanya kenapa dengan isyarat. 

"Laju sangat yayang ni. Sabar lah." Memuncung sedikit bibir Waseem tidak puas hati. Selamba sahaja Wareesa ini. Tak tahu ke hati ini berat mahu berpisah?

Wareesa julingkan mata dengar rungutan Waseem. Mengada pula abang seorang ini. Pagi-pagi juga dia mahu ajak bercinta. Macam tak boleh sabar tengah hari sedikit. Nak juga di masa yang terhad seperti sekarang.

"Ya Waseem Ahda. Kenapa?" Wareesa hanya melayan.

Waseem senyum seraya menghulurkan tangannya kepada Wareesa.

Melihat huluran tangan Waseem, atas bawah Wareesa pandang Waseem. Menghukum dalam diam apa yang dikehendaki lelaki itu. Dan Waseem yang menerima pandangan Wareesa terus julingkan mata. Sebal sedikit dengan Wareesa. Boleh pula terang-terangan pandang dia atas bawah, atas bawah.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now