N71

1.9K 259 63
                                    

MATA dicelik perlahan seraya tubuh mula menggeliat kecil saat telinganya menangkap bunyi bising jam penggera. Dengan mata yang terkenyit-kenyit, Wareesa capai telefon yang masih bingit berbunyi di meja lampu sebelah katil. Capai sahaja telefon, terus dia tekan punat off. Mati terus bunyi penggera tadi. Dan itu juga buat badan Wareesa kaku sendiri.

Lima minit, berlalu dan Wareesa masih statik di atas katil. Tidak mahu bangun sampai lah telefonnya sekali lagi berdering kuat. Jam penggera seterusnya.

Rasa menyampah menguasai kerana kantuknya diganggu, Wareesa mendengus kecil dan punat off ditekan sekali lagi. Hitam terus skrin telefon. Namun sekejap cuma sebelum ia kembali menyala saat Wareesa tekan punat on.

6:05 pagi.

Campak perlahan telefon di sisi, Wareesa mula bangkit dari pembaringannya. Duduk dan tinggi tangan diangkat melakukan sedikit regangan. Urgh! Sedap sungguh mengeeliat setelah hampir 6 jam tidur.

Tok! Tok!

Pintu yang diketuk perlahan buat tangan Wareesa jatuh. Duvet diselak sebelum dia bergerak merapati pintu bilik. Sempat dia tarik tuala yang tersangkut di belakang pintu. Tutup kepala, dan pintu yang berkunci dibuka.

Cik Zee yang tersenyum menyapa pandangan matanya. Tidak dapat tidak, Wareesa tarik senyum juga, menyapa Cik Zee yang berseri dengan telekung tersarung di tubuh.

"Subuh, Reesa."

Wareesa hanya mengangguk dan angkat ibu jari.

"Terima kasih, Cik Zee kejut Reesa." Ucap Wareesa dengan suara bangun tidurnya. Menggamit senyum lebar di bibir Cik Zee.

Cik Zee hanya mengangguk kecil dan berlalu pergi meninggalkan Wareesa. Wareesa pula masih setia di pintu sampailah batang tubuh Cik Zee hilang dari pandangan matanya. Selepas itu, pintu biliknya ditutup rapat. Bilik kembali menjadi gelap. Dan dalam kegelapan itu, Wareesa atur langkah menuju ke bilik air.

Masa untuk dia tunaikan tanggungjawabnya yang utama.

*💐 ੈ♡

TANGAN yang lincah melilit selendang di kepala terhenti saat telefon di atas katil tidak henti berdeting kuat. Berkerut dahi Wareesa dibuatnya. Siapa pula yang cari pasal spam WhatsApp pagi-pagi begini? Tak tahu kah sekarang waktu orang sedang bersiap nak ke kerja dan kelas? Boleh pula mengada mahu spam.

Biarkan, Wareesa sambung kembali melilit selendang kemas di kepala. Jarum peniti yang terakhir disemat kemas di sisi kepala. Dan senyum terus terbentuk bila lihat pantulan wajahnya sendiri di cermin. Dia nampak cantik dengan selendang chiffon warna green teal ini.

Ting!

Ting!

Ting!

Senyuman yang baru terbentuk mati terus bila detingan kembali kedengaran.

"Siapa pulak pagi-pagi ni?" Omel Wareesa perlahan. Kaki melangkah menuju ke katil dan terus telefon diambil malas.

Berkerut bila lihat satu nombor tidak dikenali muncul di pop-up notification. Tidak henti. Berterusan. Berkerut dahi Wareesa jadinya.

"Siapa ni?" Soal Wareesa perlahan. Tetingkap perbualan dibuka.

Lihat profile picture, ia kosong. Tiada sebarang gambar. Tekan pada nombor yang bawa kepada info ringkas pemilik nombor, about juga kosong.

Terkebil-kebil Wareesa. Tambah lagi mesej yang dihantar makin galak pula dia terima. Berdeting lagi segali telefonnya tanpa henti.

Unknow Number
Hi

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now