N94

957 129 5
                                    

SEJAK kebelakangan ini, Wareesa terasa dirinya sentiasa diperhati. Ketika dia turun dari kereta Waseem, ketika dia berjalan ke kelas, ketika dia mahu ke kafeteria dan perustakaan, bahkan ketika dia keluar masuk dari tandas sekali pun! Anehnya, bila dia pandang sekeliling, tiada pula seseorang yang memandang.

Lelah Wareesa dengan perasaan sedemikian rupa. Diri jadi tidak selesa. Nak buat satu kerja, rasa cangung dan kekok! Sekejap-sekjap dia akan menoleh ke semua arah.

"Kau kenapa?" Yara menyoal dengan dahi yang berkerut. Seperti Wareesa, dia juga memandang sekeliling tanpa ada pusat pandangan. Hanya tiru-tiru Wareesa untuk tahu apa yang Wareesa sedang cari dan lihat.

Pandang Yara, Wareesa lepaskan helaan berat. Belakang tengkuk diusap perlahan. Makin buat Yara hairan dengan tingkah kawannya itu.

Yara menyiku Wareesa. "Kau kenapa? Aku tanya ni." Soalan diulang lagi.

Wareesa merapat sedikit. Takut pula perbualan mereka didengari.

Lihat Wareesa begitu, Yara ikut sama merapatkan diri.

"Kenapa?" Berbisik, Yara ulang lagi soalan. Versi berhati-hati.

Wareesa tekup sedikit mulutnya untuk berbisik. Orang kata, cakap siang pandang-pandang.

"Aku rasa, ada orang stalk aku lah." Wareesa suarakan kerisauannya. 

Demi mendengarkan itu, Yara langsung tekup mulutnya rapat daripada terlepaskan jeritan kecil. Mata dah membulat. Kemudian laju dia memandang sekeliling seolah-olah mencari susuk tubuh yang mencurigakan.

Wareesa ikut sama melakukan seperti Yara.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Soal Yara.

Wareesa menjauh sedikit. "Kau ingatkan masa kita supermarket minggu lepas tu? Yang aku cakap aku macam dieekori tu,"

Bersungguh Yara mengangguk. Mana mungkin boleh lupa akan riak tidak selesa dan pucat wajah Wareesa. Bila dia teman Wareesa, baru lah nampak Wareesa okey sedikit.

"Aku rasa benda yang sama sejak kebelakangan ni. Aku rasa macam ada orang yang selalu perhatikan gerak-geri aku." Wareesa sambung kata.

"Time aku nak pergi mana-mana, rasa kat belakang aku ada mata lain yang pandang aku tajam. Bila aku pusing, takde siapa pun."

Yara pukul bahu Wareesa. Kemudian, lengannya ditunjuk. Jelas nampak bulu roma gadis itu tegak berdiri. Goosebump!

"Seram lah! Macam hantu aje!" Yara dah ketakutan sendiri, Lengan Wareesa dipaut dan mata melilau pandang sekeliling.

"Ish! Bukan hantu lah!" 

"Mana kau tahu? Kau kata kau toleh, tak nampak sesiapa!" Bidas Yara laju.

Wareesa julingkan mata ke atas. Pautan Yara di tangannya dirungkai sebelum dia tolak Yara sedikit menjauh, Kalau dah masuk mood penakut dia... kerja nak menempel aje.

"Maksud aku, tak nampak sesiapa yang mencurigakan. Semua okey aje. Bukannya takde orang dekat sekeliling aku." Wareesa menjelaskan.

Yara lega sendiri. Mula lah kepala mengangguk perlahan. Namun, Wareesa dipandang tak lepas kemudian itu.

"Kau takde syak sesiapa ke?" Soal Yara.

Wareesa terdiam. Dahi berkerut cuba mengingati sesiapa. Tapi, rasanya macam tiada siapa yang dia mahu syak. Bukannya dia ramai kenalan pun. Musuh juga tiada disebabkan itu.

"Siapa? Nak syak siapa?" Dahi yang tidak gatal digaru perlahan. Runsing sendiri.

Yara pandang kiri kanan sebelum merapat dia sekali lagi kepada Wareesa untuk berbisik.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now