N20

2.2K 279 99
                                    

NAFAS lega dihembuskan bila nampak garaj rumah kosong tanpa sebarang kereta. Kereta Tuan Fauhad tiada, begitu juga dengan kereta Hayyan. Tapi, Wareesa masih perlu berhati-hati. Dia kena pastikan betul-betul yang memang satu keluarga itu sedang keluar dan tiada di rumah sekarang. Kemdudian, baru boleh dia lepaskan nafas lega betul-betul kemudian kunci diri dalam rumahnya untuk berehat.

Perlahan-lahan Wareesa ambil langkah ke almari kasut yang ada di sebelah pintu utama rumah. Berhati-hati dia buka pintu almari itu. Tak mahu ada apa-apa bunyi supaya kehadirannya tidak dikesan sesiapa pun.

Pandang kiri kanan, sebelum Wareesa tengok satu persatu kasut-kasut yang ada dalam almari. Dari atas sampai ke bawah dia periksa supaya dia tidak ditipu oleh matanya sendiri.

"Assa! Semua takde kat rumah!" Jerit kecil Wareesa di situ. Berjoget sakan lima saat sebelum dia tutup semula pintu almari itu. Sengih panjang dah tak boleh disembunyikan lagi. Lebar aje di bibir.

"Reesa?" Tegak badan Wareesa. Terhenti terus joget dia tadi. Lambat-lambat dia pusing belakang, mahu pandang si penegur, Cik Zee.

Sengih lagi Wareesa di situ. Dua jari tanda peace dia angkat. Cik Zee yang melihat hanya menggeleng sahaja. Dia ingat siapa lah tadi duk terhendap-hendap masuk macam pencuri. Mujur juga dia tak terburu-buru angkat penyapu di tangan untuk memukul.

"Reesa buat apa ni? Dah macam pencuri Cik Zee tengok." Tanya Cik Zee. Wareesa dihampiri sebelum satu badan Wareesa ditilik ringkas. Lega dia bila lihat Wareesa baik-baik sahaja.

Wareesa tarik Cik Zee rapat kepadanya. Pandangan pelik Cik Zee langsung tak dihiraukan. Malah dia pula yang hairan dah kenapa Cik Zee pandang dia begitu. Takkan lah tak faham kenapa dia begini. Mestilah sebab tuan rumah banglo tiga tingkat ini. Kalau tak, dia dah normal sehabis normal dah.

"Reesa kenapa ni?"

"Cik Zee."

"Ya, Reesa."

Wareesa sengih.

"Semua orang keluar ya?" Tanya Wareesa. Betul-betul inginkan kepastian. Dan bila dia terima anggukan sebagai jawapan daripada soalannya, terus dia menjerit gembira lalu Cik Zee dipeluk erat. Sukanya!

"Ya Allah! Kenapa suka sangat ni?" Tanya Cik Zee pelik. Namun, senyum tak hilang pun dari bibirnya. Lihat Wareesa gembira begitu, dia ikut gembira. Bukan selalu dapat lihat Wareesa begini. Jarang-jarang sekali. Selalunya gembira gadis itu takde lah sampai ke tahap ini.

"Hehehe! Takde apa lah! Maknanya kita semua takde lah banyak kerja sangat yang nak kena buat kan?" Soal Wareesa masih lagi dengan nada gembiranya.

Cik Zee tergelak kecil. Kepala Wareesa diusap perlahan. Kenapa manis sangat Wareesa sekarang?

"Ya. Reesa nak berehat ya?" Soal Cik Zee. "Dah makan?" Sambungnya lagi.

Wareesa hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia kembali ke pintu pagar. Beg-beg kertas yang penuh dengan barang Niliyyah dan Hayyan diambil satu persatu.

Cik Zee yang melihat hampir ternganga melihat bilangan beg-beg kertas itu. Wareesa dihampiri dan dipandang dengan pandangan tidak percaya. Wareesa hanya sengih. Banyak kali dah dia sengih hari ini.

"Reesa belanja banyak ni? Biar betul? Bukan Reesa tak suka ke belanja sakan ni? Nanti duit Reesa tak cukup macam mana? Ni berapa banyak Reesa dah berhabis ni? Ya Allah, Reesa! Kenapa boros macam ni? Semua ni kehendak kan? Cik Zee yakin ni kehendak. Kenapa macam ni Reesa?" Cik Zee mula memebebel. Isi dalam beg-beg kertas itu dilihat satu persatu.

Wareesa hanya gelak kecil. Semua beg-beg kertas dah diangkat dari lantai. Sekarang dia dah mula berjalan ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu. Cik Zee yang tahu Wareesa perlukan pertolongan terus buru-buru bukakan pintu untuk gadis itu. Wareesa hanya ucap terima kasih dan bolos masuk ke dalam rumah.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now