N81

1.8K 231 29
                                    

BUNYI nada dering telefon yang tidak berhenti mengejutkan Waseem dari tidur. Terpisat-pisat dia di pembaringan seraya tangan sudah menggagau mengambil telefonnya yang berada di sebelah bantal. Dapat, terus telefon dilekap rapat di telinga. Namun, tiada suara yang keluar bahkan nada dering itu masih belum berhenti.

"Ah." Waseem sedar. Bukan telefonnya yang menerima panggilan masuk. Telefon Wareesa.

Waseem menoleh. Senyum sekilas dia bila lihat Wareesa masih lena di lengannya. Nampak tenang sahaja wajah itu. Sekali pandang, persis bayi.

Tidak mahu bunyi bingit mengganggu lena Wareesa, Waseem terus mecari telefon Wareesa. Tangan kembali menggagau dan sekejap sahaja telefon Wareesa sudah ada dalam genggamannya. Lihat skrin telefon, berkerut sekilas bila lihat nombor yang tidak disimpan yang muncul di situ.

Mungkin kerana bunyi bising betul-betul di tepi telinga, Wareesa bergerak sedikit. Dahi dah berkerut kecil, tanda tidak suka lenanya diganggu begitu. Melihatkan itu, Waseem terus sahaja gesek skrin telefon. Panggilan dijawab walaupun tak tahu siapa pemanggilnya.

"Hello." Dengar terus suara garau serak-serak basahnya. Jelas rasanya tanda dia baru bangun tidur.

"Hello." Sekali lagi Waseem menyapa bila dia tidak mendapat sebarang balasan daripada si pemanggil. Suara dah sedikit kuat dan dia perasan Wareesa makin banyak bergerak. Bukan itu sahaja, matanya juga sudah terpisat-pisat terbuka.

Waseem senyum. Diusap pipi Wareesa perlahan seraya menyerahkan telefon kepada Wareesa.

Bingung, namun Wareesa menyambut jua huluran Waseem. Dari berbaring, Wareesa sudah mula duduk. Lekap telefon di telinga, tangan sebelah lagi dibawa meraup rambutnya yang sedikit tidak terurus.

Waseem hanya memandang sahaja belakang Wareesa.

"Hello." Wareesa pula menyapa. Pelipis kepala diurut perlahan. Pening pula rasanya bila tiba-tiba sahaja kena bangun begini. Lagi-lagi bila terjaga dari tidur petang. Rasa pening itu macam dua kali ganda!

Dahi berkerut bila tiada suara yang menyahut. Terus Wareesa pandang skrin telefonnya. Nombor yang tidak dikenali dan itu cukup buat Wareesa helakan nafas berat.

Sekali lagi ke? Daripada mana entah mereka-mereka yang tak reti nak bersuara bila telefon ini dapat nombornya. Penat kadang nak melayan.

Menoleh, Waseem dipandang. 

"Kenapa?" Soal Waseem perlahan. Badan dah bergerak menghampiri Wareesa sebelum selamba dagu dijatuhkan pada bahu Wareesa. Senyum senget bila rasa tubuh Wareesa yang kaku tiba-tiba.

Wareesa tahan nafas. Ini pun penat nak melayan kadang.

"Lain kali, kalau tak nak cak---"

Prang!

Kejung badan Wareesa bila telinganya menangkap bunyi kaca yang menghempas lantai. Telefon yang melekap di telinga laju dijauhkan. Waseem yang jelas terkjeut sama turut memandang skrin telefon.

Panggilan sudah dimatikan namun masih terngiang-ngiang dalam kepala bunyi kaca terhempas tadi.

"Kenapa tu?" Soal Waseem. Telefon di tangan Wareesa diambil dan log keluar masuk panggilan dilihat. Tak sampai lima minit pun panggilan tadi.

Wareesa jongketkan bahu. Dia sendiri tidak pasti.

"Saya memang selalu dapat call macam ni." Beritahu Wareesa. Telefon yang sudah dihulur Waseem, Wareesa ambil sebelum dia letakkannya di atas meja katil. Getah rambut yang ada di situ diambil kemudiannya. Mahu ikat rambut yang serabai mengurai.

Waseem hanya diam. Wareesa yang sibuk menyikat rambut panjang berombaknya dengan jari dipandang tanpa lepas. Rasa menarik semacam pula isteri dia ini. Buat Waseem telan liur sendiri.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now