N50

2K 325 85
                                    

WASEEM berjalan di hadapan dan Wareesa mengekori di belakang. Walau dah banyak kali Waseem menyuruh dia untuk jalan saing dengan lelaki itu, Wareesa berkeras menolak. Tak mahu sekali, maknanya tak mahu untuk kali yang seterusnya. Lagipula, atas alasan apa dia kena jalan bersebelahan dengan lelaki itu? Tiba-tiba sahaja suruh dia jalan sebelah. Beria pulak tu.

Dalam berjalan itu, Wareesa memerhati Waseem dalam diam dari belakang. Atas bawah, atas bawah dia memerhati. Makin dia memerhati, makin menarik pula dipandang. Allah! Macam tiada cacat cela.

Dari rambut, dengan undercut hairstyle yang messy, turun sedikit ke t-shirt putih yang tersarung di tubuh, dapat lihat bidang bahu lelaki itu. Molek disangkut jaket hitam di situ. Tak tahu lah kenapa tak boleh nak pakai elok-elok. Kemudian lihat ketinggian lelaki itu, banding dengan dia, mungkin hanya separas bahu. Elok buat penopang dagu. Cuba bayangkan lelaki tu nak tongkat dagu atas kepala dia.

Hah? Tak dapat nak terbayang! Malu nak bayang!

Wareesa menggeleng perlahan dengan pipi yang dah mula menghangat. Ini cari pasal namanya. Elok dah Waseem tak buat dia hangat pipi, diri sendiri pula gatal. Huh!

Wareesa memerhati lagi. Senyum kecil muncul bila lihat langkah tenang lelaki itu. Tak laju sangat dan tak lambat sangat. Sederhana dan tenang. Banding dengan langkah dia, mungkin laju sedikit dari kura-kura sebab dia nak ada jarang sejauh mungkin dengan lelaki itu. Tanpa jarak, siapa lah dia yang ingin mengusyar ini.

Sedang Wareesa memerhati itu, tiba-tiba sahaja Waseem menoleh. Tindakan spontan Wareesa yang terkejut adalah berlari setempat. Sambil tutup mata rapat sebab sedar dengan kelembapan diri sendiri.

'For once, please be normal, Reesa!' Marah Wareesa dalam hati.

Waseem berhenti berjalan. Berekerut dahi melihat Wareesa.

"Awak buat apa?" Soal Waseem, ingin tahu.

Wareesa pula mengerling sekilas sebelum dia ukir senyum. Berhenti lari setempat dan jalan menghampiri Waseem dengan tangan berayun ke depan dan ke belakang tanpa henti. Senyum masih tertempel di bibir. Sambil berjalan menghampiri Waseem, sambil itu juga laju otak merangka ayat.

Dah berdiri di hadapan Waseem, senyum masih terukir. Waseem pula sabar menunggu jawapan.

"Err... Elok bersenam malam-malam macam ni. Buang lemak." Kata Wareesa sambil tersenyum kekok. Berharap untuk Waseem 'membeli' jawapannya. Dan nafas lega bila lihat Waseem menggangguk kecil.

'Lah! Naif juga lelaki ini.'

"Tapi nak buang lemak yang mana? Kita makan pun tak lagi." Kata Waseem selepas itu sambil angkat sedikit dua plastik Family Mart yang penuh dengan makan malam ringkas mereka.

Ops! Wait a minute! Hold on there for a second! Sebelum nak tuduh dia buli Waseem, mari dia terangkan. Dua buah beg plastik yang berat dengan makanan itu, memang Waseem yang nak bawa ya. Dia dah berkali minta dan hampir naik suara sebab geram pun ada, tapi Waseem tetap berkeras mahu bawakan.

Okay? Now we're cleared!

Wareesa pandang Waseem. Terkedip-kedip.

"Kita nak makan kat mana ni?" Macam biasa, bila tak tahu nak cakap apa, kita kena keluar dari topik dan mulakan topik perbualan yang baharu.

Waseem senyum kecil. Terang sangat si gadis mahu tutup topik. Macam lah dia tak tahu yang dia diperhati gadis itu sedari tadi. Dapat rasa tau aura-aura ditilik tu. Tambah lagi bila mereka sahaja yang berjalan di pejalan kaki sekarang ini.

"Awak tahu taman rekreasi dekat kawasan perumahan awak tu?" Soal Waseem, mula berjalan saing langkah dengan Wareesa.

Wareesa mengangguk. Sedikit pelik kerana Waseem tahu taman rekreasi itu. Biasanya malam-malam, taman itu memang ramai pengunjung. Ada yang datang untuk berjogging, ada yang datang untuk melakukan senaman ringan dan ada juga yang datang untuk bermain sukan-sukan kecil seperti badminton dan bola jaring.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now