N97

1.4K 136 22
                                    

CELIK mata, wajah pertama yang Wareesa nampak ialah wajah putih bersih Waseem. Bila perasan dia sudah terjaga, Waseem langsung tarik senyum dan elok duduk dilabuhkan di sisinya. Lembut tangan kasar itu mengusap perlahan kepala Wareesa. Terbitkan rasa segan dalam diri Wareesa.

Perlahan, duvet ditarik sehingga ke hidung. Mata sahaja yang terkelip-kelip memandang dinding di depan sana. Tak mahu pandang Waseem. Malu!

Lihat tingkah comel Wareesa, Waseem gelak kecil dan itu bikin Wareesa cair. Suara pagi Waseem memang sangat menawan. Memang enak buat halwa telinga. Untuk senaman jantung pun boleh juga. Macam Wareesa sekarang, dup-dap jantungnya laju.

"Morning, wife Waseem." Sapa Waseem sambil usap wajah Wareesa sekilas. Menyakat. Suka bila lihat Wareesa berkerut geram. Lucu!

Duduk, Wareesa tarik rapat bantal ke dada. Waseem yang sedang mengelap rambut basahnya dipandang kosong sahaja. Bila Waseem menoleh pandang, satu senyum kecil Wareesa ukir buat lelaki itu.

"Mandi, yang. Kita ada kelas nak kena pergi." Suruh Waseem.

Tak membantah, Wareesa hanya menurut. Cepat dia turun dari katil dan menuju ke almari baju. Baru nak buka almari, Wareesa dapat rasa Waseem dekat dengan belakangnya. Terhenti terus gerak tangan bila nampak tangan Waseem yang lebih dahulu membuka almari baju.

Jatuhkan tangan, elok pinggang Wareesa dipeluk longgar oleh Waseem. Satu tangan lagi bergerak mencari baju-baju di gantungan.

Wareesa tahan debar. Bibir dah senyum dengan tingkah manja Waseem. Melayan sahaja Wareesa tanpa membantah.

"White?" Soal Waseem seraya menarik keluar sehelai blouse labuh berwarna putih. Diletak di hadapan Wareesa sambil wajah mengintai si isteri dari sisi.

Anggukan kecil Wareesa beri sebagai jawapan. Blouse labuh bertukar tangan. Mahu beredar, Waseem peluk erat pinggang Wareesa, menghalang Wareesa untuk pergi. Berkerut dahi Wareesa dan Waseem dipandang.

"Kita ada kelas nak kena pergi, Seem. Remember?" Wareesa ulang semula kata-kata Waseem tadi. Kita mahu cepat, dia pula jadi tukang melengahkan. Bertuah!

Waseem senyum senget. Buat tak endah dengan perlian Wareesa, dagu dilabuhkan atas kepala Wareesa sebelum dia sambung cari kemeja putih miliknya di gantungan. Mahu matchy-matchy dengan Wareesa hari ini.

Wareesa julingkan mata. Pasrah.

Hampir seminit, baru lah kemeja putih Waseem dijumpai. Sebenarnya dari tadi lagi Wareesa nampak kemeja itu. Tapi, tiap kali tangan mahu bergerak ambil, tangan Waseem lebih dahulu menarik dan menggenggam tangannya erat. Wareesa cukup tahu Waseem sengaja.

"Dah Encik Waseem Ahda?" Pusing tubuh, Wareesa bertanya. Senyum senget dia tanda memerli.

Waseem hanya gelak kecil sahaja. Kepala menggeleng sengaja lagi. Bila lihat Wareesa yang julingkan mata siap pakej geleng kepala, tawa besar Waseem terhambur.

"Apa lagi yang takde? Nak pakai apa lagi? Necktie?" Tanya Wareesa. Tangan dah menyelongkar almari.

Waseem hanya memandang sekejap sebelum tangan Wareesa direntap sedikit kuat. Buat badan Wareesa terpusing sedikit menghadap Waseem. Dan saat itu, lembut kucupan Waseem berlabuh di pipi Wareesa.

"Hei!" Terkejut, Wareesa menolak tubuh Waseem. Sedkit ketakutan dia kerana bayangan semalam.

Waseem kaget. Terkelu dia seketika dengan riak Wareesa dan tika itu juda dia sedar. Lebam di tangan Wareesa dipandang sebelum wajah diraup kesal.

Tenangkan diri, Wareesa tarik dan hembuskan nafasnya perlahan. Waseem yang dah serba salah dipandang Wareesa. Dia juga rasa bersalah. Tiba-tiba boleh terjadi kejadian semalam sedangkan terang-terang di hadapannya ini adalah Waseem.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now