N69

1.6K 287 107
                                    

BUTIK pengantin yang dimasuki Niliyyah dipandang Wareesa dengan pandangan yang kosong. Mulut ternganga tak percaya. Tangan pula dah mula menampar perlahan pipi sendiri. Nak pastikan semula, ini realiti atau sekadar mimpi. Kalau mimpi, tolong bangunkan dia. Dah jauh sangat perjalanan mimpi ni. Kena bangun dan mulakan hari seperti biasa.

Come on, Wareesa Jameela!

"Reesa?" Panggilan berserta sentuhan lembut di lengannya buat Wareesa tersentak sendiri. Cik Zee yang tersenyum tenang kepadanya dipandang dengan senyuman kekok.

"Ini bukan mimpi, Cik Zee." Ujar Wareesa sendiri. Sekali gus menjawab persoalan yang tersarang di kepala.

Jawapan yang disebut jelas itu mendatangkan debar dalam dada. Tangan dah mula bergerak usap dada sendiri perlahan-lahan. Cik Zee yang dah tergeleng kecil memandangnya hanya dilemparkan senyum kekok sahaja.

"Hello!" Serentak dua pasang mata pandang Niliyyah yang bercekak pinggang di pintu butik pengantin. Masam wajahnya. Kaca mata hitamnya pun dah dilorotkan ke batang hidung. Mata tak payah cakap. Tajam bak mata helang!

Wareesa telan air liur. Cik Zee pula hanya senyum dan menunduk. Faham pandangan tajam itu.

"Sampai bila pula nak tercongok depan tu? Tak reti-reti nak masuk ke?" Nyaring suara Niliyyah bertanya. Emmm, sebenarnya lebih kepada memerli bukan bertanya. Tahu sahaja lah Niliyyah. Kalau perangai menyakitkan hati tu, memang boleh beri kepada dia awal-awal lah.

Wareesa mencebik kecil. Lengan Cik Zee dipaut sebelum kaki mula mengorak langkah kembali.

"Ganggu aje. Orang baru nak ambil moment orang. Kepoh lah dia tu, Cik Zee. Siapa nak kahwin sebenarnya? Dia ke Reesa? Sibuk semedang." Omel Wareesa di sepanjang jalan. Geram.

Omelan itu terbitkan senyum kecil di bibir tua Cik Zee. Tangan Wareesa ditepuk perlahan, tanda memujuk dalam diam. Sensitif pula gadis muda ini. Mentang-mentang nak kahwin dah. Hehehe. Nak menyakat, tapi tajut bibir tu jadi muncung itik, diam adalah lebih baik. Kan?

"Dia tak nak bagi kawan dia menunggu lah tu." Balas Cik Zee sambil jari dah tunjuk ke satu arah.

"Kawan?" Berdegup pantas jantung.

Cuba bagitahu, kawan Niliyyah tu siapa aje? Kawan perempuan dia berapa kerat sangat. Itu pun dia perasan, Niliyyah dah jarang bersama mereka. Kalau kawan lelaki pula, dia tak kenal. Tapi selalunya Ilman lah.

Ya. Ilman Adib anak Ayah Yahya dan Ibu Ayunin tu. Dan bila itu kawan Niliyyah, peratus untuk 'kawan-kawan' yang lain pun tinggi. Macam Bujang Lapok. Macam Tiga Abdul.

"S---siapa?" Gagap kerana berdebar.

Cik Zee hanya senyum dan bibir memuncung tunjuk hadapan. Tanya siapa, tapi tak nak menoleh. Berdebar ke tu?

Lambat-lambat Wareesa tolehkan wajah. Pandang hadapan. Lelaki yang membelakanginya bersama Niliyyah dipandang tanpa lepas. Nafas lega dihela bila lihat sisi wajah lelaki itu. Lega kerana dia bukan orang yang dikhuwatiri ada.

Dada diusap lembut. Neutralkan rasa.

"Ilman." Ucap Wareesa. Lega betul weh. Dia bukan apa. Bukan tak nak jumpa Waseem, tapi memang itu lah. Dia tak nak. Nanti semua benda tak jadi. Malu lah cari barang kahwin sama-sama. Dia dan lelaki itu pun sebenarnya takde lah rapat mana. Macam yang dia selalu kata, hanya tahu nama dan beberapa perkara sahaja.

Ni dah macam kahwin ikut aturan keluarga. Sah lah dia segan dan malu dengan bakal suaminya walau dia sudah bersetuju. Faham tak? Tambah lagi si bakal suami tu, crush dia. Huish! Gila nok!

Kehadiran Wareesa dan Cik Zee disedari Niliyyah dan Ilman. Terus mereka mendekati Wareesa yang sibuk bersembang kecil dengan Cik Zee. Tiada tanda-tanda pun gadis itu nak lihat sekeliling pilih mana yang berkenan. Pelik sungguh. Nak kahwin ke tak sebenarnya ni?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now