N4

2.8K 337 34
                                    

LANGIT yang masih belum berhenti menurunkan hujan dipandang kosong. Keluhan kecil dilepaskan bila telefon ditarik keluar dari tote bagnya. Dah lima belas minit juga dia menunggu hujan untuk berhenti. Tadi rasa-rasanya macam dah nak reda sikit, ni tiba-tiba lebat macam nak beritahu dia yang untuk lima belas minit akan datang pun, belum tentu hujan mahu berhenti turun. Dan itu buat Wareesa sekali lagi menghela nafas lemah. 

"Dah lah Uncle Xiu tak boleh nak ambil on time hari ni." Omel Wareesa perlahan.

"Confirm aku kena marah balik nanti." Kepala ditundukkan memandang kasut yang dipakainya. Keluhan demi keluhan terlepas dari mulut kecilnya tanpa henti. Teringat terus perbualan ringkasnya dengan Cik Puan Tihani sebelum dia ke universiti pagi tadi.

"Tengah hari, tepat jam 12:30 tengah hari, pastikan kau dah sampai kat rumah ya. Tuan nak makan dengan kau! Pakai yang elok-elok dan kau tahu kan apa dialog yang kau kena karang depan tuan?" Cik Puan Tihani menjelingnya dengan bibir yang tak pernah lekang dari senyum sinisnya. Wareesa tengok pun sakit mata.

"Tahu." Pendek sahaja balasannya. 

Cik Puan Tihani tersenyum puas dan mengangguk kecil. Wareesa yang sedang selamba menyapu chocolate spread pada roti bakar ditilik atas bawah. Nampak memang gadis itu tak perasan dengan tilikan dan bibirnya yang dah menyenget tanda tidak suka. Penampilan Wareesa di matanya sekarang ternampak sangatlah selekeh.

T-shirt lengan panjang kosong tanpa corak berwarna kelabu, dipadankan dengan skirt labuh bewarna hitam. Untuk menutup rambutnya, Wareesa hanya lilitkan tudung bawal kosong warna abu. Tiada sebarang perhiasan yang dikenakan langsung baik di leher mahupun di pergelangan tangan gadis itu. Beg pun tidak berjenama. Hanya tote bag yang tampak lama dan sedikit lusuh. Memang nampak miskin.

Wareesa pandang Cik Puan Tihani bila dia sedar yang wanita itu masih belum pergi dari situ. Sempat dia julingkan mata tanda menyampah bila dia perasan pandangan mata Cik Puan Tihani kepadanya. Nak makan sarapan pun tak lalu seperti tak lalunya Cik Puan Tihani memandangnya sekarang.

"Ada apa-apa lagi ke, cik puan?" Tanya Wareesa. 

Pertanyaan itu terus buat pandangan Cik Puan Tihani melekap di wajah Wareesa. Sekali lagi matanya mula menilik. Tiada sebarang solekan. Hanya dicalit dengan lip balm warna blush. Tiada pemerah pipi apatah lagi pembayang mata. Huh! Selekeh!

"Cik puan?"

"Kau memang suka malukan aku kan?" Soalan yang dibalas dengan soalan itu buat dahi Wareesa berkerut seribu. Tak faham. Tiba-tiba malu ni kenapa? Dia buat apa?

"Hah?"

Cik Puan Tihani buka kipas lipatnya sebelum laju ia dikibas pada wajah. Panas tiba-tiba dengan lintasan hatinya sendiri tadi. Malu apa kalau Wareesa selekeh macam tu, dia tak dapat nak nafi bahawa Wareesa ada serinya sendiri. Huh! Menyampah!

"Selagi kau tak berias, jangan tunjukkan muka kau masa makan tengah hari, ya! 12:30 tepat dan pastikan kau berias! Kau nampak selekeh dan kalau Tuan salahkan aku, memang siap kau! Kau tunggu aje apa yang aku boleh buat kat kau!" Cik Puan Tihani memberi amaran dengan kasar sebelum dia berlalu pergi dari situ, meninggalkan Wareesa yang hanya mampu menggelengkan kepalanya perlahan.

Bibir bawah digigit lembut. Baju yang dipakainya dipegang. Pandang kiri kanan sebelum dia tilik baju yang dipakainya depan belakang. Tudung bawal yang masih kemas di atas kepala juga diusap perlahan. Tak puas hati, cermin kecil yang sentiasa dibawa ke mana-mana dikeluarkan dari tote bag. Mula lah wajah ditilik. Sebelum itu tengok kiri kanan dahulu. Dah lama dia tak buat kerja menilik muka ni di tempat awam.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Donde viven las historias. Descúbrelo ahora