N43

1.7K 271 22
                                    

HAYYAN dan Niliyyah yang sudah peluk tubuh dan memandangnya lurus di hadapannya sekarang, buat Wareesa jongket tanya bertanya apa kena dengan mereka berdua dengan bahasa isyarat. Ni mesti kes nak buli dia. Bila dah dapat kad Tuan Fauhad, memang auto jadi kuli lah dia. Lagi-lagi bila pemilik kad memang tiada bersama.

"What?" Tanya Wareesa sekali lagi.

Hayyan pandang Niliyyah dan Niliyyah pandang Hayyan. Kemudian, serentak mereka berdua pandang Wareesa. Makin berkerut dahi Wareesa dengan perilaku pelik dua berdaik ini. Malas mahu melayan, Wareesa terus pusing badan mahu beredar dari situ. Tapi, belum sempat dia ambil langkah, lenggannya dipegang Niliyyah sebelum dia ditarik pergi. Terkejut Wareesa dibuatnya.

"Hei, nak pergi mana ni?" Tanya Wareesa. Pegangan tangan Niliyyah di lengannya cuba dilepaskan namun gagal. Kuat tiba-tiba pulak gadis ini. Sudahnya, Wareesa pandang Hayyan, meminta tolong

Hayyan yang hanya berdiri sedari tadi, hanya tersenyum kecil sebelum dia mengekori langkah Niliyyah dan Wareesa. Dah sampai dekat dengan Wareesa, bukan dia nak membantu, malah dia turut sama menarik Wareesa. Bukan di lengan tapi tarik tote bag gadis itu. Tahu Wareesa tak suka disentuh. Faham sangat.

Perlakuan Hayyan yang langsung tidak membantu buat rasa geram Wareesa bertambah. Dia cuba merentap pegangan dua beradik itu, tapi sia-sia sahaja. Allah! Kenapa dia kalah dan lembik semacam hari ni? Sudahnya, Wareesa pasrah sahaja diperlakukan sebegitu.

Langkah diatur patuh. Naik turun escalator pun, masih samar-samar arah tuju mereka. Buat Wareesa makin penat. Baru mulut nak mengomel, Niliyyah dan Hayyan serentak memberhentikan langkah. Buat langlah Wareesa mati juga. Berulang kali dia memandang dua beradik itu.

"Dah sampai?" Soal Wareesa.

Niliyyah hayna menjelingnya kecil sebelum gadis itu sarungkan kaca mata hitamnya dan berjalan masuk ke sebuah butik eksklusif. Membaca signboard butik itu, hampir jatuh rahang Wareesa. Awat ada perkataan bridal di situ?

Tanpa kata, Hayyan dipandang meminta jawapan, tapi lelaki itu hanya tarik senyum sebelum dia kembali tarik tote bag Wareesa, menyuruh Wareesa ikut langkahnya masuk ke dalam butik itu.

"Wait! Sekejap!" Wareesa buat keras, tak mahu ikut.

Hayyan menoleh, pandang Wareesa. 

"Kita buat apa kat sini?" Tanya Wareesa, penuh curiga. Nak cari baju kahwin siapa pula? Siapa yang nak kahwin? Bila? Haaa, semua soalan berlegar dalam kepala. Lagi-lagi soalan: Ada kena mengena dengan dia ke? Dia ke yang kena kahwin tu? Tapi, dengan siapa?

"Cari baju kau lah." Jawab Hayyan seraya menarik kembali tote bag Wareesa. Tapi, sekali lagi Wareesa buat keras badan tak mahu ikut.

"Kat sini?" Tanya Wareesa inginkan kepastian.

Hayyan senyum dan pandang butik pengantin eksklusif di hadapan mereka. Sekajap sebelum dia pandang Wareesa lama. Senyum kecil dan perlahan-lahan dia mengangguk. 

"Nampak kan Nil masuk dalam tu?" Kata Hayyan. 

Wareesa menggeleng tak percaya. Dia faham lah nak cari baju untuknya tapi takkan lah sampai nak masuk butik pengantin macam ni. Tengok sahaja baju-baju di dalam butik itu. Satu, terlalu perempuan untuk seorang Wareesa Jameela. Dua, dia tahu harganya memang akan beratus-ratus lah. Atau mungkin beribu ringgit. Untuk dipakai hanya untuk satu malam, sumpah Wareesa rasa ianya tak berbaloi dan membazir.

"Apa lagi difikirkan tu. Jom lah masuk." Ajak Hayyan.

Wareesa menggeleng. "Nope!" 

Hayyan berdecit perlahan. Wareesa yang memang jelas terang-terang tidak mahu itu dia pandang kosong sebelum tanpa kata dia tarik lengan Wareesa secara paksa. Lantaklah gadis itu nak marah ke, nak apa ke. Yang penting cepat mereka pilih, cepat mereka bayar dan cepat mereka pergi ke Butik Jimmy Choo. Haih!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now