N96

936 128 13
                                    

WASEEM menolak perlahan pintu bilik. Lihat bilik yang malap buat dia sedikit mengintai ke dalam. Bila lihat Wareesa sudah elok lena di katil, tolakan pintu terus jadi luas dan lebar. Sekali dengan senyuman sebab rasa Wareesa comel.

"Bukan dia kata nak teman makan ke tadi?" Kata Waseem perlahan di bawah nafas sendiri. Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik dan katil dihampiri.

Duduk perlahan-lahan di atas katil, tongkat tubuh dia tilik wajah lena Wareesa. Sesekali, tangan bergerak menguis rambut yang sedikit jatuh di pipi Wareesa. Yang pasti, senyum tak pernah lekang dari bibirnya.

"Comel betul." Spontan pujian itu meluncur keluar daripada Waseem. Bukan setakat itu sahaja, bahkan kucupan ringan elok dilabuhkan di sisi kepala Wareesa. Sambil itu, erat tangan menggenggam tangan Wareesa.

Angkat wajah, kerutan di dahi muncul seiring dengan senyuman yang kian pudar. Semua kerana mata terlihat kerutan di dahi Wareesa. Bukan itu sahaja, bahkan genggaman tangannya juga ditepsis Wareesa sedikit kasar.

Kenap? Wareesa sedar ataupun tidak ni? Mata cantik itu masih lagi rapat tertutup. Wareesa mengigau ke?

Waseem genggam lagi tangan Wareesa, sedikit erat namun perkara sama berlaku. Kuat Wareesa menepis tangannya. Kali ini dengan kepala yang sudah tergeleng-geleng sendiri. Dahi Wareesa juga sudah hebat berkerut. Mata terpejam rapat. Tiada lagi raut lena yang tenang seperti tadi.

"Kenapa pula ni?" Soal Waseem sendiri. Lengan Wareesa disentuh lembut, itu pun Wareesa menepis kuat dalam tidur.

"Apa ni?" Suara keluar perlahan namun sedikit keras daripada Wareesa. Badan dah mula meronta kecil.

Dahi Waseem pula bererut melihat igauan Wareesa Terus dia pegang erat lengan Wareesa, mahu sedarkan isterinya yang berkelakuan pelik ini. Tak pernah begini pun sebelum ini. Apa yang sudah jadi?

"Ish! Apa ni? Lepas lah!" Rontaan Wareesa jadi makin kuat. Tangan Wareesa menolak kuat tangan Waseem, minta dilepaskan. Namun, Waseem yakin Wareesa tak sedar pun. Mata Wareesa masih erat terpejam.

"Hei, hei. Yang, sedar tak ni?" Waseem dihambat risau. Badan Wareesa digoncang perlahan.

"Tak nak! Lepaslah!" Rontaan Wareesa jadi makin kuat. Bukan itu sahaja, bahkan Waseem perasan air mata juga turut mengalir di pipi Wareesa. 

Makin tidak keruan Waseem dibuatnya. Badan Wareesa makin kuat digoncang.

"Sayang! Wareesa Jameela! Sedar tak ni?" Suara Waseem sudah naik seoktaf. Tangan pun dah menggoncang makin hebat.

"Tak nak! Lepas!" Wareesa memang dah betul-betul menangis. Menangis dan meronta kecil.

Waseem tak boleh tahan. "Sorry yang!" Lalu, perlahan pipi Wareesa ditepuk perlahan beberapa kali dengan niat mahu sedarkan isterinya itu. Dah teruk sangat mengigau itu.

Terasa sedikit tepukan di pipi, buat mata Wareesa terbuka langsung. Terkejut riak wajahnya, memag betul-betul baru sedar dari mimpi buruknya. Dada juga naik turun mencari afas yang seakan-akan putus sebentar tadi.

"Yang!" Menoleh, mata Wareesa jatuh pada Waseem yang dah beriak risau di sisinya. 

Wareesa telan liur. Dia mimpi ke?

"Ayang mimpi apa ni? Teruk sangat ni. Habis berpeluh ni." Soal Waseem, masih lagi dihambat rasa risau. Tangan naik meraup rambut Wareesa. Dahi Wareesa yang sedikit berpeluh juga dilap lembut.

Wareesa pejam mata. Dah dapat jawapan. Dia mimpi. Tapi, kenapa macam mimpi tadi seperti benar-benar berlaku. Mimpi yang sama dengan kejadian bersama Emir tengah hari tadi. Bahkan, makin menakutkan! Masih terbayang gerun senyum Emir dalam fikiran.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now