N93

2.1K 213 31
                                    

SELESAI sahaja kelas pada jam 2 petang, Wareesa laju cari perkhidmatan Grab untuk ke pasar raya berhampiran. Hari ini, dia akan buat yang istimewa buat Waseem memandangkan lelaki itu dapat keputusan yang cemerlang untuk projek media lelaki itu baru-baru ini.

Tidak memaklumkan kepada Waseem langsung, sengaja dia cipta alasan akan sibuk bersama Yara sepanjang hari ini. Dan kemungkinan juga dia akan pulang lewat ke rumah. Dengar sahaja kata pulang lewat, gedik Waseem terus hadir.

"Seriously ayang tinggal Seem hari ni?

Wareesa hanya julingkan mata sahaja dengar suara mengada Waseem di talian sana.

"Nak buat macam mana? Seem bercakap macam Seem bukan pelajar pula." Kata Wareesa. Senyum tertempel di bibirnya.

Waseem diam.

"Yalah. Memang lah kita pelajar. Tapi, kita ni pelajar upgrade sikit daripada biasa."

Dahi Wareesa berkerut. Tak mengerti dengan kata-kata Waseem. Tapi, Wareesa yakin pasti akan ada lah ayat luar biasa yang akan terbit nanti. Dan semestinya ayat itu mampu mendebarkan dadanya walau Waseem jauh dari mata.

"Apa yang upgradenya?" Soal Wareesa, melayan.

"Yalah. Kita upgrade sebab kita halal, halal, halal. Kita halal, halal, halal. Mana boleh balik rumah tengok rumah kosong. Tak syok. Nak kena ada halal-halal momen tu bila balik rumah." Panjang ayat Waseem menerangkah istilah 'pelajar upgrade' yang disebutkan tadi. Buat Wareesa urut pelipis sendiri.

"Banyak lah halal. Itu bukan halal. Itu menggedik, Waseem Ahda." Kutuk Wareesa selamba. Pandangan dibuang pandang ke luar tingkap dan tika itu baru dia perasan sesuatu. Ada motor di sebelah Grab ini dan entah kenapa penunggangnya sedari tadi terteleng-teleng ke arah sini.

"Mana ada gedik. Halal." Suara Waseem buat Wareesa menggeleng kecil.

"Apa-apa aje lah. Yang penting Reesa busy hari ini. Seem duduk rumah ibu dulu okey kalau bosan? Nanti dah selesai semua kerja, Reesa call Waseem then kita jumpa kat rumah. Okey?" Lembut tutur kata Wareesa. Nak bagi Waseem setuju punya pasal.

Kalau Waseem tak setuju, terpaksa lah dia komplot dengan Nafis ataupun Ibu Ayunin. Yang penting, Waseem tidak boleh ada di rumah petang ini. Titik!

"Alah..."

Menggeleng kecil Wareesa dengar alah enam harakat Waseem. Tak padan sungguh lah mamat ni punya muka dengan personaliti.

Muka buka main macho. Perangai bila berdua, kalah kucing parsi. Siapa entah lelaki dalam hubungan mereka ini. Terasa terbalik pun ya kadang-kadang. Dia yang perempuan ini pun tak semanja Waseem bila berdua.

"Seem ikut tak boleh ke? Janji tak ganggu korang." Waseem memujuk.

"Tak boleh. Nanti satu kerja tak jalan."

"Kenapa pula?"

Kening Wareesa terangkat. Lupa diri ke mamat ni?

"Perlu buka cerita ke Waseem Ahda?"

Waseem hanya ketawa kecil di talian hujung sana. Tak perlu cerita rasanya. Semua dah maklum dengan perangai menempelnya bila ada Wareesa bersama. Tak pandang kiri kanan dah. Yang dia tahu, Wareesa dia punya. Kesian isterinya itu. Takkan pernah selesai kerja kalau dia ada bersama.

"Yalah. I tell you kan. I'm addicted to you. So, boleh eh sayang? Seem ikut sekali."

Kereta yang sudah mula perlahan melarikan sedikit tumpuan Wareesa daripada panggilan telefon. Mata mula melilau pandang sekeliling dan senyum terus melebar bila bangunan pasar raya sudah masuk ke dalam pandangan mata.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang