N13

2.1K 272 42
                                    

MAKANAN-MAKANAN Jepun yang sudah siap disusun dan di atur cantik dalam pinggan dan mangkuk, Wareesa pandang bersama senyuman kepuasan terukir di bibir. Fara yang ada di sebelahnya dipandang sebelum tangan diangkat. Minta high five. Dan sebaik sahaja high fivenya dibalas, tanpa malu terus Fara dipeluk erat sebelum mereka terlompat-lompat di situ. Gembira. Struggle hampir enam jam mahu menyiapkan kesemua hidangan ini sudah pun berakhir!

"Nak peluk juga!" Sara yang baru selesai membasuh tangan meminta. Dan tak sempat siapa-siapa memberi izin, dia terus memeluk Wareesa dan Fara. Sekali lagi lompatan kecil terhasil. Cik Zee yang berada di meja pulau hanya menggeleng dan mampu senyum sahaja. Dia pun ikut gembira dalam diam.

"Dah boleh rehat dah semua. Tinggal lagi sejam sebelum kita semua boleh kerja semula!" Kata Wareesa sebaik sahaja pelukan dileraikan. Fara dan Sara dipandang sambil tersenyum.

"Siapa kata kau boleh rehat?" Mati terus senyum bila dengar suara Cik Puan Tihani di muka pintu dapur. Spoil lah.

Cik Puan Tihani memandang satu persatu wajah-wajah pekrjanya. Bila sampai ke wajah Wareesa, dia tersenyum sinis. Tadi, bukan main senyum sampai ke pipi. Jangan harap dia akan bagi senyum itu muncul di depan matanya. Bikin dia sakit hati! 

"Yang lain boleh pergi kecuali..." Kata-kata Cik Puan Tihani terhenti. Senyum sinis sekali sebelum kipas tangannya lurus menunjuk ke arah Wareesa. "Kau."

Wareesa julingkan mata. Tak selindung dah rasa menyampahnya. Dan dia tak selindung langsung jelingan tajamnya daripada Cik Puan Tihani. Mula nak rebel. Tak puas hati dengan sifat tamak Cik Puan Tihani. Tamak apa? Tamak nak buat dia susah. Huh!

"Tak dengar ke? Semua boleh pergi kecuali Wareesa!" Dah naik seoktaf suara Cik Puan Tihani. Sampai terhinjut semua orang. Dan terkocoh-kocoh juga Cik Zee, Fara dan Sara berlalu pergi dari situ. Sebab nak cepat punya pasal, apron pun tak dibukanya.

Hilang sahaja mereka bertiga, Cik Puan Tihani terus memeluk tubuh. Mata lurus pandang Wareesa. Bibir pula dah tarik senyum sinis. Puas hati dapat tengok jelingan tajam Wareesa kepadanya. Gadis itu geram. Gadis itu marah. Kesabaran pun dah nampak macam menipis. Bagus lah. Tak perlu susah-susah dia nak kerah otak bagaimana dia boleh munculkan riak begitu pada seraut wajah tenang Wareesa.

"Kau."

Wareesa urut pelipis kepalanya perlahan. Kemudian tangan dibawa mencekak pinggang.

"Cik puan nak apa lagi? Cepat." Selamba. Wareesa tak peduli apa dah. Dia dah penat sangat.

Mendengar pertanyaan Wareesa, terjungkit keningnya. Wajah bosan Wareesa dipandang sambil hati menahan rasa geram yang nak meletup. Dia benci betul tengok setiap riak wajah Wareesa. Dah terbalik pula keadaannya sekarang. Sepatutnya Wareesa yang geram, bukan dia.

"Kau tak payah nak berlagak dengan aku lah, Reesa! Kau tahu kan padahnya nanti apa?" Ugut Cik Puan Tihani. Terjungkit keningnya bertanya. Senyum sinis terus terukir bila lihat badan kaku Wareesa. Puas. Tahu pun takut semula. Jika tidak... memang kena lah gadis itu.

Tangan di sisi dah menggenggam penumbuk. Geram dan lelah bergabung menjadi satu. Geram kerana Cik Puan Tihani tahu apa kelemahannya dan lelah kerana kelamahannya itu betulang kali dijadikan ugutan supaya dirinya dapat ditundukkan dengan cara mudah. Mudah dan kotor. Sudahnya, Wareesa hembus nafas perlahan. Tangan yang menggenggam erat penumbuk tadi perlahan-lahan diluruskan semula. Dia tak boleh kalah. Kalau kalah, Cik Puan Tihani pasti akan suka. Dan dia tak suka itu. Terlihat kalah di hadapan wanita itu. Cukup lah kekalahannya sebelum-sebelum ini. Cukup.

Cik Puan Tihani tersenyum puas. Kipas tangan dibuka dan dikibas perlahan. Suka.

"Dengar sini baik-baik."

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now