N8

2.6K 296 4
                                    

TOK TOK TOK!

Mata terbuka luas. Mulut ternganga. Terkejut bila mimpinya yang berada di taman bunga berubah ke padang pasir tandus yang tiada sebarang kehidupan. Macam mana boleh sekelip mata sahaja mimpinya berubah? Adakah itu petanda kepada harinya akan jadi buruk pada hari ini? Oh, minta dijauhkan!

Tok! Tok! Tok!

Wareesa memandang pintu yang berterusan diketuk. Tanpa lengah, diselaknya selimut sebelum dia menuju ke arah pintu. Tidak dia lupa untuk sarungkan tuala yang tersangkut di belakang pintu pada kepala. Pegang kuat-kuat bawah dagu sebelum selak pintu dibuka dan tombol pintu dipulas. Bila terbuka sedikit sahaja pintu, dia menjengah sedikit. Nampak wajah Cik Zee yang kerisauan.

"Ya, Cik Zee? Ada apa?" Tanya Wareesa. Pintu dibuka sedikit besar supaya perbualan mereka berdua jadi mudah. Dan lagi supaya angin pagi masuk ke dalam rumahnya. Bagi kepam tu keluar sekejap.

Okey, cakap pasal kepam, dia kena beli air freshener yang baharu. Yang lama dah habis sejak seminggu yang lalu.

Wajah Cik Zee yang meniliknya penuh kerisauan dipandang sambil mata ditenyeh perlahan. Dahi mula berkerut bila menerima pandangan sebegitu rupa. Dia pun ikut tilik dirinya. Ada yang tak kena ke?

"Kenapa Cik Zee pandang Reesa macam tu?" Tanya Wareesa. Tangan Cik Zee diraih masuk ke dalam genggaman.

"Takde lah. Cik Zee pelik sebab Reesa tak pergi sarapan lagi. Pintu rumah pun berkunci ni. Cik Zee risaulah Reesa sakit ke, apa ke." Beritahu Cik Zee.

Riaknya dah berubah lega sedikit. Mungkin sebab tengok dia yang elok sahaja dengan baju tidur tanpa ada kesan calar balar mahupun luka. Lagipula, kenapa pula nak ada?

Alhamdulilah sejak dia tinggal dalam 'rumah' ini, tiada sebarang kejadian buruk yang menimpanya. Rasa makin aman ada lah daripada tinggal di dalam rumah banglo tiga tingkat itu lima tahun yang lalu.

Syukur.

Wareesa menyegih. Jari telunjuk tinggi ditegakkan sebelum digerakkan kiri kanan, kiri kanan. Tanda jangan risau atau takde apa-apa.

"Okey aje Cik Zee. Cuma Reesa lambat bangun aje." Balas Wareesa tenang. Tapi, kenapa dalam dia jawab tenang tu dada ada debaran halus? Dah kenapa?

Cik Zee mengangguk.

"Reesa takde kelas ya hari ni?" Tanya Cik Zee. Wajah baru bangun tidur gadis itu ditatap.

Bangun tidur pun cantik. Macam mana ni? Patut sahaja Niliyyah selalu tak suka dengan wajah pagi Wareesa. Bising kata 'hodoh' berulang kali. Cemburu barangkali. Tapi, wajah Niliyyah juga tiada kurangnya. Cantik sahaja. Entah lah. Apa yang dalam fikiran anak muda zaman sekarang pun dia tak pasti.

"Ada." Pendek sahaja balasan Wareesa.

Mata berkelip laju pandang Cik Zee dengan senyuman di bibir. Makin lama senyum makin hilang, mata pula makin lambat mengerdip laju. Dahi dah berkerut sedikit. Dada dah berdebar laju. Okey. Kenapa dia rasa begini. Rasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Kejap." Tangan Wareesa mengurut lembut dagu sendiri.

"Kenapa Reesa rasa ada sesuatu yang tak kena, eh?" Tanya Wareesa. Cik Zee yang dah berkerut kening mendengar soalannya dipandang.

"Tak kena? Apa yang tak kena?" Soal Cik Zee semula.

Wareesa mula bercekak pinggang.

"Ada tak kena ni, Cik Zee. Sekarang pukul berapa ek?" Soal Wareesa.

"Sekarang 8:35 pagi." Jawab Cik Zee.

"Kenapa, Reesa? Reesa takde kelas kan?" Tanya Cik Zee. Dia rasa, ini lah perkara yang tak kena yang disebutkan gadis itu tadi. Mengenai kelas. Wareesa ada kelas pagi ini, tapi dia dah bangun lambat dan sampai sekarang dia masih belum faham akan situasi yang sedang dihadapinya itu. Masih mamai kah?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now