N52

1.7K 315 75
                                    

TURUN dari Vellfire, Wareesa langsung ucap terima kasih sebelum dia segera berjalan ingin menuju ke belakang rumah. Namun, belum sempat kakinya membelok hendak pergi, panggilan Tuan fauhad mengehentikan langkahnya. Lambat-lambat Wareesa pusing badan menghadap pak ciknya itu.

Wajah takutnya cuba disembunyikan dengan senyum manisnya. Tapi, entah kenapa dia sendiri terasa kekok. Semua sebab ada Cik Puan Tihani yang dah peluk tubuh memandang tajam ke arahnya. Mungkin sahaja wanita itu tidak habis lagi puas hati kerana dia naik juga kereta bersama untuk sampai ke rumah.

Tadi, usai sahaja Waseem dengan berani menutur kata itu lurus kepada Cik Puan Tihani, Wareesa dapat rasa ketegangan yang bersangatan daripada Cik Puan Tihani. Oh, jangan lah wanita itu salaha anggap yang dia ceritakan semua benda kepada Waseem.

Waseem pun, entah keanapa tingkah dan kata-katanya selepas itu seperti tahu apa yang berlaku antara dia dan Cik Puan Tihani. Tajam dan kurang senang sahaja tatapan lelaki itu kepada mak ciknya. Risau pula dia.

"Reesa?"

Wareesa tersentak. Tuan Fauhad dipandang sebelum senyum diukir sebaik mungkin.

"Ya?" Balas Wareesa tenang.

"Nak ke mana? Pintu kat sini." Tanya Tuan Fauhad sedikit hairan bila lihat Wareesa seperti buru-buru ingin ke belakang rumah. Ada apa di sana?

Mulut Wareesa terkatup rapat. Allah! Dia lupa yang rahsia dia tinggal d rumah stor belakang masih belum terbongkar. Lambat-lambat kemudiannya Wareesa tarik senyum. Kekok terasa, seperti langkah kekoknya yang diambil menuju ke pintu utama.

Cik Puan Tihani menjeling Wareesa geram. Tambah geram bila lihat si suami tersenyum dan menggeleng kecil dengan tingkah anak gadis itu. Membuak-buak rasanya perasaan geram dan benci kepada Wareesa.

'Memang siap kau. Kau ingat aku diam selama ni, kau boleh buat sesuka hati lah? Jangan harap!' Ikrar Cik Puan Tihani dalam hati. Tajam pandangannya mengikuti sorot langkah Wareesa yang dah bolos masuk ke dalam rumah melalui pintu utama.

"Tihani?" Panggilan si suami menyentakkan diri.

Terus senyum diukir dan lengan Tuan Fauhad dipaut manja.

"Yang awak pandang Reesa tajam macam tu kenapa?" soal Tuan Fauhad hairan. Pelik dia rasa melihat pandangan kurang senang si isteri kepada anak buah mereka itu. Macam ada salah sahaja yang dilakukan Wareesa.

Cik Puan Tihani ukir senyum manisnya, memujuk suami dengan senyuman itu sebelum dia bersuara riang. "Takde apa-apa lah. Jom masuk.aya buatkan abang air. Mesti abang penat kan?"

Langkah diatur bersama masuk ke dalam rumah, namun perasaan hairan Ruan Fauhad kepada si siteri masih belum hilang. Tambah lagi bila dengar ayat yang diungakp tadi.

"Aik, awak ni biar betul? Tak pernah-pernah nak buatkan air untuk saya. Malam ni nak buatkan pula?" Soal Tuan Fauhad kehairanan. Sambil itu, tersenyum dia menyapa keoada Fara yang berdiri menyambut kepulangan mereka berdua di ruang tamu.

Cik Puan Tihani tahan geram sendiri dengan perlian Tuan Fauhad. Tas tangannya diberikan kepada Sara sebelum dia tolong bukakan kot yang dipakai Tuan Fauhad lalu diserahkannya kepada Sara juga.

"Abang ni bercakp macam saya tak pernah jalankan tugas seorang isteri pula." Rungut Cik Puan Tihani. Tuan Fauhad dibawa ke sofa untuk duduk dan berehat.

Tuan Fauhad gelak kecil seraya melabuhkan duduk di sofa. Remote control yang diberi Cik Puan Tihani dicapai dan punat on ditekan suapaya TV di hadapanyya menyala dan terbuka.

"Bukan lah. Cuma selalunya awak bagi Cik Zee buat kan." Kata Tuan Fauhad tanpa memandang si isteri. Mata sudah tumpu pada TV, ingin mencari rancangan sesuai untuk ditonton.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now