N1

10.7K 476 16
                                    

USAI membayar makanan di kaunter, Wareesa terus menuju ke sebuah meja kosong yang berdekatan. Tak mahu tunggu lama-lama memandangkan perutnya masih belum diisi sedari pagi lagi. Tambah lagi lauk Ayam Cili Berlada serta Ulam Raja segar bersama nasi putih yang masih hangat memang membuka seleranya.

Pinggan diletakkan di atas meja dan segera dia labuhkan duduk. Tak boleh mula makan tanpa meneguk seteguk dua air, Wareesa ambil keputusan untuk tunggu Teh Ais Limau yang dipesannya sampai dahulu. Sementara itu, bagi dia laporkan kepada 'pemandu'nya bahawa kelasnya hari ini sudah tamat. Tak perlu lah dia tunggu lama-lama nanti bila makan tengah harinya selesai.

"Nah, minuman yang Wareesa pesan." Kata-kata yang disertakan dengan segelas Air Teh Ais Limau di atas meja buat Wareesa mengangkat pandangan dari skrin telefonnya. Tersenyum dia kepada wanita yang baru menghantar minuman itu kepadanya.

"Terima kasih, Kak Iffa." Ucap Wareesa. Telefon dimasukkan ke dalam tote bag kepunyaannya sebelum dia betulkan duduk, bersedia menikmati makan tengah harinya.

Iffah yang melihat Wareesa begitu, tak tunggu lama terus ukirkan senyum. Kerusi kosong di hadapan Wareesa ditarik dan duduk dilabuhkan. Wareesa yang sudah mula menikmati suapan pertamanya dipandang.

"Hari ni Wareesa seorang?" Tanya Iffah. Tercari-cari juga kawan Wareesa. Selalunya, ada juga peneman gadis ini. Hari ini dia berseorangan pula.

Wareesa angguk. Kunyahannya ditelan dahulu sebelum dia dapat beri jawapan secara lisan kepada Iffah.

"Seorang aje, kak. Tadi ingatkan nak ajak kawan tapi dia sibuk pula. Kena balik awal. Tu yang saya makan seorang aje." Balas Wareesa.

Walaupun sudah hampir setahun lebih dia belajar di universiti tempatan ini dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dia boleh gelar dirinya sebagai lone ranger. Mana-mana pun seorang diri sahaja melainkan ada yang tawarkan diri nak teman dia ke mana-mana.

Iffah hanya mengangguk sahaja. Wareesa yang makan penuh dengan selera itu dia pandang lagi. Wareesa hanya membiarkan. Dia tak kisah pun. Lagipula, Iffah memang sering datang berbual dengan dia bila dia makan bersendirian di kafeteria. Dia pun layankan aje.

"Emm, akak nak tanya satu soalan boleh? Tapi, Wareesa jangan terasa pula dengan soalan akak ni." Pinta Iffah berhati-hati.

Wareesa hanya tenang dan memgangguk tanda dia okey sahaja.

"Wareesa memang takde kawan ya?"

Berkerut dahi Wareesa. Kunyahan pun jadi makan perlahan. Bagi dia brain kejap soalan Iffah tadi.

Melihatkan riaksi Wareesa, Iffah terus gelak kekok.

"Maksud akak, Wareesa takde kawan tetap ke? Macam kawan baik? Sebab akak selalu nampak Wareesa dengan lain-lain orang." Terang Iffah. Dan mendengarkan itu, Wareesa lepaskan gelak kecil. Entah kenapa dia rasa kelakar.

"Akak ni... Terasa play girl pula saya. Hahaha!" Balas Wareesa ceria. Dia tak ambil hati, cuma alasan Iffah bertanya itu buat perutnya bagai digeletek. Geli. Kelakar.

Iffah menggeleng kecil.

"Eh, bukan tu maksud akak!"

Wareesa mengangguk. Mulut ditutup seketika sebelum dia ambil minumannya dan minum sedikit.

"Ya, kak. Saya faham apa yang akak tanya. Cuma saya rasa kelakar aje." Balas Wareesa. Tangan kiri yang masih bersih terus capai tisu dan hujung bibirnya dilap perlahan.

Meh, nak sembang betul-betul walaupun makanan masih belum habis.

"Macam ni." Duduk dibetulkan seketika sambil mata lurus memandang Iffah.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now