N33

1.8K 279 46
                                    

KERETA yang dipandu telah pun berheti. Terus Wareesa angkat pandangan daripada telefon di tangan. Pak Tam yang baru sahaja tarik  handbreak naik dipandang dan bila lelaki itu menoleh ke belakang, mata mereka berembung. Terjongket kening bertanya dengan isyarat adakah mereka sudah sampai ke destinasi. Mungkin Pak Tam faham, sebab tu Pak Tam mengangguk memberinya jawapan.

Niliyyah dipandang. Gadis itu sedang betulkan pakaian yang tersarung di badannya. Kemudian, tanpa suara gadis itu sarungkan kaca mata hitamnya sebelum dia tarik nafas dan hembus perlahan.

"Rumah yang ni ke?" Tanya Niliyyah. Pak Tam dipandang kosong.

Wareesa mencebik.

"Kau ingat Pak Tam berhenti kereta nak isi minyak kereta ke? Tak nampak tu, khemah. Dah terpacak macam tu. Yalah ni rumah Nafis." Sarkastik sekali jawapan yang Wareesa beri bagi pihak Pak Tam.

Menerima jawapan Wareesa, Niliyyah cabut kaca mata hitamnya. Wareesa dipandang penuh geram. Rasa nak tarik sahaja mulut yang tengah mencebik kecil itu. Tak pun tumbuk bagi lebam mata yang tengah menjuling menyampah ke arahnya.

Eee! Apa masalah perempuan ini entah. Dia dari tadi duduk diam aje.

Pak Tam berdeham. Wareesa dipandang seraya kepala digeleng kecil. Menyuruh gadis itu berhenti memulakan pergaduhan dengan Niliyyah. Geram sangat gamaknya gadis itu terhadap cik muda. Tak hilang lagi geram menunggu tadi nampaknya.

Wareesa hanya menghembuskan nafas lemah sebelum dia jeling Niliyyah. Pak Tam yang sudah keluar untuk membuka pintu kereta buat Niliyyah tidak langsung dia endahkan.

Niliyyah sarungkan semula kaca mata hitamnya. Dia sudah pun bersedia untuk keluar saat Pak Tam membuka pintu kereta untuknya. Tapi, pegangan kejap Wareesa di lengannya mematikan pergerakannya. Sekali lagi dia jeling Wareesa sebelum lengannya direntap kasar. Sempat pula dia menyapu tempat yang disentuh Wareesa tadi. Seperti sedang membuang kekotoran yang melekap di situ.

Wareesa berdesis tidak percaya. Niliyyah nak kata pegangannya kotor ke tadi? Ingat gadis itu bersih sangat ke nak buat kat orang macam tu? Menyakitkan hati betul!

Tolak tepi rasa sakit hatinya, Wareesa terus susun kata untuk memberi arahan kepada Niliyyah.

"Ingat, eh! Kau behave sepanjang majlis. Jangan nak buat perangai perempuan mati laki dalam tu. Kalau kau start, kau tengok aku buat apa kat kau!" Selamba Wareesa mengugut. Macam dah terbalik aje. Siapa sebenarnya cik muda annoying sebenarnya? Dirinya atau Niliyyah.

Giliran Niliyyah pula berdesis tidak percaya.

"Berani kau ugut aku?" Sinis soalan Niliyyah.

Wareesa diam.

"Jangan terlalu yakin, girl. You don't want to know my action towards you later, right? Better be careful of what you're saying and what you're doing. Kau tak nak ada benda buruk berlaku kan?" Dingin Niliyyah mengugut Wareesa.

Wareesa masih diam, kawal riak mukanya dari tertayang bias gementar.

Melihatkan Wareesaa kaku begitu, Niliyyah senyum sinis sebelum dia beri flying kiss kepada Wareesa dan bolos keluar dari situ. Pintu ditutup kuat dengan sengaja hanya untuk buat Wareesaa terlompat kecil di tempat duduknya.

Keluar sahaja Niliyyah dari dalam kereta, Wareesa terus menumbuk angin melepaskan geramnya.

Gementar, tak gementar juga dia dengan ugutan Niliyyah tadi. Kalau dia silap langkah, silap kata, memang betul kena nanti. Sudah lah Cik Puan Tihani pun macam senyap sahaja beberapa hari ini. Takut pula bila Niliyyah mengadu, habis meletup kemarahan Cik Puan Tihani dan pasti lah dia tempat wanita itu melepaskan geramnya. Husih! Seram!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now