N39

2K 298 49
                                    

BUKA sahaja pintu dewan, mulut Wareesa terlopong seketika. Kiri kanan dia pandang sebelum kaki mula menapak masuk ke dalam ruang dewan perlahan-lahan.

Lima langkah sahaja dia mampu ambil sebelum dia berhenti dan garu kepala sendiri. Hairan. Jam di tangan dia kerling. Macam tak salah.

Makluman malam semalam, kelas mula awal. Jam lapan pagi. Ini, apa kes dah lapan lima minit pun satu bayang manusia pun dia tak nampak?

"Aku kena scam ke macam mana ni?" Omel Wareesa perlahan lantas telefonnya dikeluarkan. Grup chat di WhatsApp bersama rakan sekelasnya dibuka.

Jumlah pesanan yang dihantar memang banyaklah dan selalunya mereka suka bualkan perkara yang tidak berkaitan dengan kelas pun. Sebab itu Wareesa malas buka dan baca.

Tapi, sekarang kena baca satu-satu semula sebab nak tahu informasi yang jelas dia ketinggalan. Haih.

Daus
Madam Atika cancelkan kelas. Family matters. Nanti aku bagitahu bila Madam nak buat kelas ganti.

Baca pesanan daripada Daus, buat Wareesa hela nafas berat. Nak salahkan orang lain tak boleh sebab salah diri sendiri tak baca pesanan-pesanan ini semua. Tanggung lah sendiri.

Wareesa pandang semula dewan yang kosong. Tangan diam-diam simpan telefon dalam poket seluar. Dalam pada itu, kepala sibuk berfikir apakah aktiviti yang sesuai dia buat sekarang selain bersarapan. Sebab sarapan itu memang pasti. Yang selepas-selepas itu.

Nak balik rumah? Oh, tidak. Jarang dia dapat peluang begini. Balik rumah bermakna dia akan jadi orang gaju dan dia tak nak itu buat sementara waktu.

Langkah dibawa keluar merayau entah ke mana sebab takde idea lagi. Dan buat masa sekarang, mungkin dia akan pergi McDonald sebab nak makan breakfast dan minum kopi. Yang selepas itu, boleh dibincangkan sambil gigit Crispy Chicken Muffin with Egg.

Tak lama. Hanya lima belas minit, Wareesa dah dapat apa yang dia mahu. Crispy Chicken Muffin with Egg dan Hot Teh Tarik. Lihat sekeliling, Wareesa tak boleh nak komen premis makanan segera ini terlalu lengang. Tapi, tidak juga terlalu padat dengan pengunjung. Biasa-biasa. Sedang-sedang. Yalah. Mungkin tak ramai yang ada kelas pagi begini. 

Tangan tongkat dagu bosan. Bosan dia sampai makanan pun tak disentuh lagi. Sambil itulu fikir, untuk tengah hari nak makan apa pula. Agak melapau, tapi apa-apa sahaja lah.

"Nak buat apa lepas ni?" Omel Wareesa perlahan dengan nada yang bosan. Makanan yang belum disentuh dipandang.

Lama dia pandang sebelum yang ada di atas meja dia ambil lalu tekan punat on. Instagram dibuka lalu dia pergi ke ruang Story. Meh lah kongsi pagi dia yang sendu ini. 

Jari laju gesek mencari filter yang sesuai. Dah jumpa, kamera dihalakan kepada makanan dan minuman di hadapan. Sudut yang paling cantik bagi dia diambil lalu punat kamera ditekan pada skrin. Tengok hasilnya, Wareesa angguk perlahan. Elok lah ni. Tak payah nak aesthetic sangat. Sebiji aje makanannya. Minuman pun satu cup aje. 

Sudah itu, terus dia upload ke ruang Story akaunnya tanpa tulis apa-apa kapsyen. Tak dapat fikir apa ayat cantik atau sedap. Alah, gambar dah molek okey lah itu. 

Selesai, Wareesa letak telefon di atas meja dan tegakkan duduk. Crispy Chicken Muffin with Egg diambil dan digigit sedikit. Kunyah-kunyah dan telan. Kemudian ulang sampai habis. Sesudah itu, dia hirup perlahan Hot Teh Tarik. Segar rasa bila cecair mans itu masuk ke dalam badan. Hangat. Dah tu, mula lah Wareesa feeling seorang diri sambil pandang ke arah luar tingkap.

Sedang dia begitu, tiba-tiba muncul satu wajah di hadapan cermin tingkap. Tersenyum dan melambai mesra ke arahnya. Berkerut dahi Wareesa. Tak ingat pula dia ada mana-mana kenalan berwajah mix begini. Siapa?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now