N45

1.8K 280 30
                                    

YARA menoleh pandang belakang bila dengar pintu bilik mandi terbuka. Nampak sahaja Wareesa di situ, terus jatuh rahangnya. Mata sudah tidak berkelih malah membulat dan bergerak atas bawah melihat Wareesa sepenuhnya. Dari duduk, dia auto terbangun perlahan-lahan sebelum lambat-lambat juga dia menghampiri Wareesa.

Wareesa yang sudah tidak selesa menerima pandangan begitu terus jauh ke belakang. Namun, cepat sahaja Yara menangkap lengannya sekali gus mengentikan dia dari terus berundur ke belakang. Terkelip-kelip laju kemudian dia pandang Yara yang seperti masih belum hilang terkejutnya.

"Kau okey tak ni?" Tanya Wareesa. Pegangan Yara di lengannya ditepis sebelum dia tolak Yara ke tepi. Dia nak ke meja solek, tempat Yara akan membantunya selepas ini.

Yara yang masih dengan riak wajah terkesima yang sama, kembali menghampiri Wareesa. Betenggek di meja solek, dia pandang sekali lagi Wareesa tanpa henti atas bawah, atas bawah. Sampai Wareesa tak tahan dan...

Pap!

"Aduh!" Menjerit kesakitan Yara sambil mengusap laju peha yang dah pedih kerana dipukul Wareesa sebentar tadi.

"Sakit lah!" Marah Yara tidak puas hati.

Wareesa hanya menggeleng kecil.

"Kau tu! Pandang aku macam tu kenapa?" Soal Wareesa tak puas hati. Sambil itu, dia cuba sembunyi rasa segannya. Gila tak segan kalau tak henti dia dipandang tak berkelip oleh Yara begitu. Itu baru Yara, belum lagi tetamu-tetamu di ball room nanti.

Eee! Malu!

Yara diam sebelum dia kembali pandang Wareesa sekali lagi. Dan itu buat Wareesa tekup wajahnya. Ya Allah! Malunya dia! Ini semua salah Niliyyah lah ni! Langsung tak beri dia pilih pakaian pilihannya. Habis tu yang bagi dia beli dress di butik tempoh hari buat apa kalau malam ini pilihan ala-ala pengantin tanpa lelaki ini juga yang dia kena pakai! Huh!

"Kau sure malam ni Majlis Ulang Tahun pak cik mak cik kau, bukan majlis wedding kau?" Tanya Yara. Dress putih yang tersarung di badan Wareesa dia belek. Macam baju pengantin. Cop! Bukan macam, tapi memang! Memang baju pengantin ya.

"Betul lah. Kau jangan nak merepek. Sekarang, tolong aku cepat!" Kata Wareesa tergesa-gesa sebab nak tutup malu. Segera dia ambil sebatang brush make-up lalu diserahkan kepada Yara.

Yara hanya patuh sambil tersenyum. Mata tak berhenti tilik wajah Wareesa. Bukan wajah, tapi satu badan. Atas bawah, atas bawah, tak berhenti.

"Kau ni, dengan dress pengantin macam ni..."

Wareesa menjeling tajam. Yara sengaja buat-buat gaya tutup mulut. Konon tersasul kata lah tu. Sekeh kepala yang dah cantik berhijab tu nanti, baru tahu meraung gadis seorang itu.

"Tak payah make-up pun cantik. Cuma pakai lipstick yang aku jual ni aje sebagai penyeri." Kata Niliyyah sambil angkat sebatang lipstick kepunyaannya.

Wareesa yang mendengar itu, terus bersinar biji mata tanda teruja. Ya Allah! Memang itu yang dia mahu. Tiada make up! Cukup lah baju dia sahaja yang over. Dia tak mahu warna dan contengan di mukanya juga over. Sudah lah tetamu yang buat dia gabra mungkin hadir malam ini. Haih!

Melihat riaksi Wareesa sebegitu, Yara senyum sinis.

"In your dreams!" Kata Yara laju sambil mengekek ketawa. Mengejek. Cemberut habis wajah Wareesa dibuatnya.

"Apa-apa aje lah. Cepat lah. Kalau lambat, nanti orang kena tunggu pula. Aku tak suka." Kata Wareesa. Cover ayat. Ayat yang sebenar: "Kalau lambat, peratus untuk aku kena dera sangat tinggi." Ya. Oleh Cik Puan Tihani semestinya. Atau mungkin Niliyyah juga. Ikut lah mood gadis itu, baik atau jahat.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα