N25

1.9K 243 30
                                    

WAREESA baru pulang dari kelas. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam pagar rumah, tanpa aba-aba dia ditarik menuju ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu secara paksa. Tak sempat nak cam siapa sebab dia sibuk bergelut dan terkejut.

Tapi, bila lihat Niliyyah yang menariknya, terus gelutan dihentikan sebelum dia dengan berat langkah hanya mengekori. Mujur Niliyyah dan bukannya Hayyan. Jika tidak, mahu berlaku pergaduhan di situ.

Sampai sahaja di hadapan pintu utama, Niliyyah melepaskannya. Sempat gadis itu menjeling jengkel ke arahnya. Buat Wareesa pelik sendiri.

Dah kenapa pulak dengan perempuan ni? Datang bulan ke apa sampai nak moody tak tentu pasal. Sepatutnya dia yang moody tau, bukan Niliyyah. Yalah. Balik penat-penat, tiba-tiba kena heret. Kau rasa?

"Cepat lah!" Tiba-tiba Niliyyah mengarahnya kasar sebelum pintu utama dibuka luas. Berkerut dahi Wareesa. 

"Mental betul." Omel Wareesa perlahan sebelum dia hanya turut sahaja kehendak Niliyyah. 

Masuk sahaja ke dalam rumah, mereka berdua disambut Fara  dan Sara. Jelas dia nampak riak bingung dan terkejut Fara dan Sara.

Faham dengan riak mereka, Wareesa hanya menggeleng kecil sebagai jawapan yang dia sendiri tidak tahu apa yang sedang terjadi sekarang ini.

"Ambil lagi satu home slipper untuk Reesa. Cepat sikit." Arah Niliyyah tanpa melihat mereka bertiga. Mata gadis itu hanya tumpu kepada telefon di tangan.

Bila dengar sahaja arahan itu, mencicit lari Fara pergi manakala Sara pula ambil alih tugas seterusnya iaitu membawa barang-barang Niliyyah naik ke bilik tidur.

Senang betul jadi cik muda. Semua benda orang buatkan.

Pergi sahaja Fara dan Sara, Wareesa terus cekak pinggang pandang Niliyyah yang masih setia dengan telefon di tangan. 

"Kau buat apa ni?" Tanya Wareesa. Dia mahukan jawapan.

Melihat Niliyyah yang hanya jeling ke arahnya sebelah mata tanpa memberi jawapan, sumpah dia rasa Niliyyah mahu cari gaduh sekarang ini.

"Fine! Tak nak bagitahu, takpe. Sekarang aku boleh pergi lah kan memandangkan kau tengah buang masa aku yang sangat berharga sekarang ni." Kata Wareesa tenang sebelum dia pusing badan, mahu keluar dari rumah itu dan kembali ke rumahnya.

Namun belum sempat dia nak ambil langkah, begnya ditarik dari belakang sekaligus membantutkan langkahnya.

"Woi!" Marah Wareesa seraya badan dipusing kembali menghadap Niliyyah yang tersenyum sinis.

"Eh, Nil dan Reesa dah balik?" Teguran Tuan Fauhad mematikan hasrat Wareesa ingin menyembur Niliyyah. Sudahnya Wareesa ukir senyum kekok sahaja buat Tuan Fauhad yang sedang menghampiri mereka.

Niliyyah senyum sebelum dia menghampiri Tuan Fauhad lalu disalam dan dipeluk ayahnya itu tanda menyapa.

Wareesa hanya memandang sahaja. Sah perempuan tu badmood. Jika tidak, pasti dah bingit telinga dengar suara 'daddy, daddy' dia. 

"Cik Reesa." Hampir terloncat dia bila dengar Fara menegurnya sebelum sepasang home slipper diletakkan di hadapannya. Tak biasa lah dapat layanan begini. Kena berlakon pula tu. Argh! Sungguh dia tak suka.

Tuan Fauhad hanya tersenyum manakala Niliyyah dengan muka kosongnya hanya memandang. Wareesa pula sengih kecil sebelum kaki disarung masuk ke dalam home slipper itu. Dan bila Fara ingin mengambil barang-barangnya, cepat sahaja dia menggeleng tanda tidak mahu.

"Bagi lah Fara simpan barang Reesa dalam bilik. Pak cik dah lama tunggu Nil dan Reesa di meja makan, nak makan sekali. Kalau dibawa sekali barang-barang Reesa ke meja makan, tak ke tak selesa nanti." Teguran Tuan Fauhad buat Wareesa senyum kekok.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now