N48

2.1K 331 99
                                    

LANGKAH diatur menuju ke dewan semula. Duduk lama-lama dengan Waseem pun, bukan ada faedah. Buat dia sakit jantung dan makin tak nomal ada lah. Dalam kaki melangkah, kepala sibuk memutarkan kembali apa yang ditutur Waseem di tepi kolam renang tadi.

"You beautiful. Thank you for stealing my eyes from the crowd."

Wareesa tersenyum kecil. Mula rasa malu semula.

"You're kind of weird. Takde lah. Bukan apa. Kulit awak macam ada suis. Sekejap kulit awak putih, sekejap kulit awak merah. Sekejap awak biasa-biasa, sekejap awak cantik, sekejap lagi awak makin cantik. Pelik."

Senyum makin melebar. Pipi yang terasa hangat disentuh perlahan.

"Mengada lah dia." Omel Wareesa malu-malu.

"It's weird. But I kind of like it."

Wareesa berhenti berjalan. Dan tidak semena-mena dia duduk mencangkung di situ sambil tangan rapat menekup wajah sendiri. Kyaaa! Dia rasa nak menjerit. Dia nak menjerit boleh tak? Dia happy sangat ni! Dia dinotice oleh Waseem, Encik Crush. Bukan itu sahaja, malah Encik Crush kind of like it dengan dia. Kyaaa!!! Single people like her can't relate walau perkara ini telah pun terjadi kepada dirinya!

Tangan dilepas dari menekup muka sendiri. Senyum melebar. Gembira tak terkata lah dia sekarang ini! Sumpah dia nak kongsi cerita dengan Yara sekarang ini. Okey, jom masuk jumpa Yara sekarang ini.

Tapi, baru nak bangun, sepasang kasut berwarna merah pekat muncul di hadapannya. Terus Wareesa angkat wajah pandang pemilik kasut merah itu. Terus mati senyuman Wareesa melihat Cik Puan Tihani memandangnya bengis Terus Wareesa bangun dari cangkungan.

Mata bertentang mata dan semestinya Cik Puan Tihani memandang marah ke arahnya.

"Where do you think you're going?"

Wareesa hanya diam. Pandangan dihalakan ke arah lain. Tak mahu bertentangan mata dengan Cik Puan Tihani.

Cik Puan Tihani melangkah mara ke arah Wareesa dan Wareesa laju mengundur ke belakang. Walau Wareesa cepat, Cik Puan Tihani lebih cepat menangkap lengan Wareesa. Cengkaman menjadi kuat, membuatkan Wareesa mengaduh sedikit. Pandangan pun terus terhala ke arah Cik Puan Tihani.

"Mak cik..."

"Siapa mak cik kau?" Dingin suara Cik Puan Tihani. Sedingin pandangannya kepada Wareesa.

Wareesa pejam mata erat bila rasa cengkaman tangan Cik Puan Tihani makin erat dan kuat. Sakit dan pedih terasa.

"Cik puan..." Dengan nada yang menahan sakit, Wareesa tukar panggilan yang 'sepatutnya' dia panggil.

Cik Puan Tihani tersenyum sinis. Wareesa yang sedang menahan sakit itu dia pandang dengan pandangan penuh benci. Terbayang terus bagaimana tetamu-tetamu tadi berbisik sebaik sahaja melihat apa yang berlaku kepada Wareesa di tempat makanan tadi. Benci dia! Wareesa dah rosakkan majlis dia! Dia nak mengaku itu anak sedaranya pun malu dibuatnya.

"Kau memang suka malukan aku." Kata Cik Puan Tihani dengan nada yang tertahan-tahan. Cukup dia malu di dala dewan tadi. Dia tidak mahu malu untuk kali yang seterusnya di luar ini pula.

Wareesa pandang Cik Puan Tihani.

"Bukan saya yang buat." Kata Wareesa, membela diri.

"Yang kau ada kat situ kenapa?" Tanya Cik Puan Tihani sedikit berang. Geram sebab Wareesa bersuara dan membela diri.

Wareesa tercengang sendiri mendengar soalan Cik Puan Tihani. Apa dia tak boleh berada di situ kah? Eh, ketidak warasan apakah ini? Siapa boleh beritahu dia? Dia memang tak boleh nak ada di situ ke tadi? Ada ditetapkan waktu ke dia kena ada di situ pada am sekian-sekian? Sesiapa tolong dia. Dia tak boleh nak hadam.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄حيث تعيش القصص. اكتشف الآن