N3

3K 354 10
                                    

SELESAI sahaja mandi di bilik Cik Zee, Wareesa terus bergegas ke rumahnya semula. Masa dia keluar dari pintu belakang dapur, masih dapat dia dengar keriuhan majlis Cik Puan Tihani. Sampai sekarang dia masih belum tahu untuk tujuan apa majlis itu diadakan. Biarlah atas tujuan apa sekalipun, asalkan kerja dia yang pertama sudah siap dan dia harap majlis itu tidak berakhir terlalu lambat supaya dia dan pekerja-pekerja yang lain dapat siapkan kerja seterusnya dengan lebih mudah dan cepat. Tapi, tu lah. Lihat dari gaya macam lambat aje lagi. 

Malas mahu sesakkan fikiran, Wareesa terus tutup pintu rumah dan kunci. Tuala yang tersangkut di kepala sebagai pengganti tudung dialihkan. Kipas meja dibuka dan terus dia keringkan rambutnya yang masih lembab di hadapan kipas. Segar lain macam jadinya bila dia dapat cuci dan shampoo rambutnya yang separas pinggang ini.

Tok tok tok!

Tangan yang sedang bergerak mengeringkan rambut menggunakan tuala terhenti. Berkerut dahi memandang pintu yang  baru sahaja diketuk sebentar tadi. Ke dia salah dengar?

Tok tok tok!

Okey dia tak salah dengar. Memang pintu biliknya diketuk. Kali ini lebih kuat dari tadi. Sementara dia nak kemaskan tuala atas kepala ni, bagi dia teka siapa.

Cik Zee? Bukan sebab Cik Zee tak pernah mengulang ketukan di pintu dengan kuat.

Sara dan Fara? Tak juga sebab selalunya dua pembantu rumah itu biasanya ketuk bersama memanggil namanya.

Cik Puan Tihani? Tak payah ketuk. Sebatu jauh dah dapat dengar suara nyaring itu memanggilnya.

Niliyyah, anak sulung Cik Puan Tihani? Dia tak rasa gadis itu ada masa untuk ketuk pintu rumahnya. Baik pergi bersosial.

Hayyan? Bukan ke lelaki tu dah bagi amaran kepadanya tadi? Tak habis lagi ke?

Tok tok tok!

"Wareesa Jameela!" Dengar suara geram Hayyan.

Wareesa julingkan mata. Lengannya dipandang. Memang sah lebam seperti yang dia jangkakan.

"Apa?" Balas Wareesa. Dia memang tak nak buka pintu kalau itu Hayyan. Mujur dia dah selak pintu juga tadi. Patut lah dia tak rasa puas dengan tekan kunci tombol sahaja. Ada hikmah rupanya.

"Buka pintu ni!" Suara Hayyan memaksa.

"Buat apa? Aku nak duduk dalam ni diam-diam. Tadi anak big boss kata aku tak boleh tonjolkan muka aku sepanjang majlis!" Kata Wareesa.

Alah, dengan sepupu- eh, anak majikan ni, boleh aje selamba. Takde masa lah nak berbaik-baik dengan hantu yang sama umur dengan dia tu.

"Hish!"

Wareesa hanya diam bila dengar dengusan kuat Hayyan. Apa? Apa?! 

"Keluar kau dari rumah ni!" Tersentak Wareesa dengar kata-kata Hayyan. Panas pun ya juga. Kipas pun tak boleh nak sejukkan. Terus dia tutup kipas. Apahal pula nak halau dia? Dia dah ikut apa yang semua orang nak. Dia tak rosakkan majlis seperti yang Cik Puan Tihani nak. Dan dia pun tak tunjukkan muka seperti yang Hayyan mahu. Dah kenapa kena keluar?

Bengang, Wareesa terus buka pintu. Hayyan yang dah bercekak pinggang di hadapan pintu dia pandang geram.

"Apahal pulak aku kena keluar?!" Tanyanya geram. Naik juga seoktaf suaranya. Bukan boleh buat main pasal rumah-rumah ni. Dia nak duduk mana kalau tak tinggal di sini? 

Hayyan pandang Wareesa tajam. Geram dia bila baru sekarang Wareesa mahu munculkan diri. Tangan bergerak mahu mencengkam lengan Wareesa, namun Wareesa lebih pantas bertindak. Dia boloskan diri masuk ke dalam rumah sebelum pintu dihempas dan dikunci segera. Bila dia berjaya buat begitu, terus dia dengar ketukan bertalu-talu dari luar.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now