N44

1.8K 324 86
                                    

USAI menunaikan solat Isyak, Wareesa terus berbaring di atas tilam tanpa menanggalkan telekung. Terlalu penat dah nak cabut. Biar lah. Kalau tertidur dalam telekung pun takpe. Nampak lah keayuan sedikit di situ. Tidur pun tutup aurat dengan sempurna. Hehehe.

Telefon yang ada di atas meja tepi katil dicapai sebelum Wareesa betulkan pembaringannya. Bagi belakang bersandar sikit pada dinding. Bantal pun letak atas perut, boleh jadi penompang masa nak main telefon nanti. Selesa sedikit.

Sudah rasa selesa, Wareesa buka telefonnya. Masukkan nombor pin kemudian data telefon dibuka. Memang sengaja dia tutup data sejak pulang ke rumah selepas Asar tadi. Tak mahu ada yang mengganggu walaupun memang jelas orang single macam dia ni takde siapa nak kacau. Huhuhu. Sedih bukan? Takpe. Asal ada crush, hidup kita bahagia awak.

"Let's see." Omel Wareesa kecil sambil jari laju menyentuh skrin telefon. Dia nak cari nama Yara di ruang sembang WhatsApp. Untuk majlis hari Sabtu ini, dia mahu ajak Yara plus nak minta tolong gadis itu. Dia perlu seseorang yang boleh conteng muka dia. Dan dia rasa Yara orangnya. Free pun ya juga. Hehehe.

Dah jumpa nama Yara, terus dia menaip laju ucapan Salam. Penuh. Mana tahu, ia jadi mantera Yara terpikat. Tapi, walau dah dua minit berlalu, Yara masih belum balas. Pelik. Selalunya Yara cepat sahaja balas.

You
Hello. Yara?

Sekali lagi, pesanan dihantar. Tapi, masih sama. Dah dua minit menunggu, Yara masih belum online apatah lagi mahu membalas. Sudahnya, Wareesa letak tepi telefon. Tunggu sekejap sambil pandang siling rumahnya. Kosong. Rasa-rasa, macam cantik juga kalau dia tampal Glow In The Dark bentuk bintang di situ. Tapi, nampak macam budak-budak tak?

Memikirkan itu, Wareesa ambil semula telefon. Macam bijak pula idea yang tiba-tiba muncul. Lagipun, dah lama dia tak beli decor untuk rumahnya ini. Decor pun bertahun dah tak buat. Heh. Sebetulnya, tak pernah dibuat pun. Rumah kecil begini, mana boleh nak decor sangat. Sala buat, mahu nampak makin sempit.

Aplikasi Shoppe dibuka dan laju jari taip Glow In The Dark di ruang carian. Tak perlu tunggu lama, berderet pilihan yang keluar dengan pelbagai harga. Teruja pula Wareesa sampai terleka dia. Tak sedar dah banyak barang yang masuk dalam cart.

Ting!

Ya. Dan kalau tak kerana Pop-up Notification WhatsApp, mungkin dia akan terus hanyut.

Balasan dari Yara. Yeay untuk itu! Laju dari Shoppe beralih kepada WhatsApp. Tapi, senyum mati bila lihat balasan Yara. Lain benar dengan jawapan yang dia mahukan bahkan ia balasan yang tiada kena mengena langsung.

Yara
Masuk IG Live aku lah kalau nak sembang. Hehehe

"Merepek apa perempuan ni? Macam tak tahu yang aku ni tak suka expose diri begini." Bebel Wareesa sendiri.

Ting!

Nak tutup telefon, tapi pesanan Yara sekali lagi masuk.

Yara
Pleaseeeee. Aku tengah syok promote barang aku jual ni. Kau masuk lah tolong. Buat Live dengan aku meh.

Makin berkerut dahi Wareesa.

"Apa kena mengena? Macam kalau aku masuk laris aje jualan lipstick dia tu." Omel Wareesa, tidak bersetuju. Tapi, sekali lagi pesanan Yara masuk. Kali ini belum sempat dia buat keputusan tutup telefon lagi. Laju buat kerja memujuk mek seorang ini.

Yara
Pleaseeee. Kau kan ada beli lipstick aku. Banyak pula! Tolong laaahhh!!!

Wareesa hembus nafas kasar. Malas betul bila baca Please Yara. Macam tengiang-ngiang sekali suara gadis itu merayu please di tepi telinga. Dia pun bukan sejenis orang yang boleh tahan bila orang dah berterusan memujuk rayu.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now