N92

1.7K 191 27
                                    

ERAT genggaman tangan Yara buat Wareesa tersenyum malu. Diperhati sahaja Yara yang sedang mengibas-ngibas wajahnya yang dah merah.

Bibir gadis itu pula tak lekang dari senyuman. Mata bersinar itu sesekali membulat memandangnya penuh teruja. 

"Serious lah Reesa? Kau dah pindah rumah?" Soal Yara entah untuk kali ke berapa. Dan untuk kesekian kalinya Wareesa mengangguk kecil dan lepaskan tawa.

"Oh my god! Wareesa! Ya Allah! I'm happy for you, girl!" Sorak Yara kecil sebelum ditarik Wareesa masuk ke dalam pelukannya. Erat tak mahu lepas sampai Wareesa tertawa kecil dalam mencari nafas.

Pelukan terlerai lalu Yara betulkan duduk. Selamba dia angkat kaki dan bersila di atas kerusi. Tak peduli dengan keayuan yang dijaganya.

Melihatkan itu, dahi Wareesa sedikit  berkerut. Terangkat kening minta Yara jelaskan kenapa dia berkelakuan begitu.

"Oh, jangan kau ingat dah selesai. Aku ni shipper terhebat kau tau!" Teruja suara Yara sambil tangan dan meramas kecil tanga Wareesa dalam genggamannya.

"Hah?" Wareesa loading. Belum faham penuh kehendak Yara. Tambah lagi dengan kafe yang mula ramai dikunjungi orang. Yalah. Waktu makan tengah hari. Tak ramai memang pelik lah.

Yara julingkan mata, sedikit menyampah. Entah Wareesa buat-buat blur atau memang blur. Pokoknya hati mahu tahu lebih lagi mengenai Wareesa dan Waseem. Tak jadi temu bual eksklusif jika dia bukan orang pertama yang tahu semua perkara. Hehehe!

"Kau ni! Cerita lah lagi! Aku nak tahu lagi. Comelnya. Mesti rasa macam dunia korang punya kan bila tinggal sebumbung berdua?" Yara dah mula dengan nada suara gedik menggeletisnya. Namun, itu hanya menerbitkan tawa kecil Wareesa sahaja.

"Nak cerita apa? Takde yang istimewa pun." Balas Wareesa malu-malu. Tangan mula lah naik menyentuh wajah sendiri untuk tutup segan. Pipi dah rasa hangat pada sentuhan tangan sendiri.

Yara tutup mulut yang dah sengih melebar. Mata pula dah mengecil. Atas bawah, atas bawah memandang Wareesa, tanda langsung dia tidak percaya dengan kata-kata Wareesa sebentar tadi.

Melihatkan Yara, perlahan Wareesa menolak bahu gadis itu. Buat terlepas tawa kecil Yara.

"Malu lah tu. Banyakkan sebenarnya perkara menarik yang berlaku." Jari telunjuk dah bergoyang mahu menyakat, buat Wareesa menggeleng kecil.

"Takde apa lah." Wareesa masih lagi menafikan. Walhal dalam kepala tak berhenti babak-babak manis Waseem berlegar dalam kepala.

Yara mencebik. Tengok pipi hangat Wareesa sahaja buat dia tahu yang Wareesa sedang berbohong.

"Kau tak payah nak tipu aku lah." Kata Yara sambil mencucuk perlahan pipi hangat Wareesa berkali-kali.

Wareesa gelak. Duduk dibetulkan dan badan dipusing menghadap Yara. Bersedia mahu kongsi beberapa episod pindah rumahnya yang menarik.

"Okey. Kau tanya aku soalan, aku jawab mana yang aku boleh jawab." Wareesa buka kaunter pertanyaan.

Yara terus bersorak kecil. Milo Ais yang masih berbaki suku gelas dihabiskan sebelum tumpuan kembali kepada Wareesa.

"Ready eh?"

Wareesa mengangguk.

"Okey. Soalan pertama. Rumah tu, Waseem beli sendiri?" Soal Yara ingin tahu.

Dengar-dengar daripada sepupunya, Waseem itu dari golongan have-have juga. Tapi tak tahu lah have-have tu tahap yang mana. Kalau beli rumah, kaya betul tu.

Wareesa geleng.

"Rumah tu rumah family dia. Family dia bagi sebagai hadiah kahwin." Jawab Wareesa.

Memang menganga juga bila Waseem ajak pindah. Mana datang duit banyak boleh beli sebiji unit apartment premium begitu. Bila Waseem bercerita ini hadiah kahwin daripada Ayah Yahya dan Ibu Ayunin, baru lah Wareesa angguk faham. Tapi, realiti yang Waseem itu dari golongan ada-ada tak dapat disangkal lagi.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now