N18

2.2K 264 20
                                    

USAI bersiap ala kadar, Wareesa terus tarik purse dusty pinknya. Tak lupa juga dengan telefon dan kad bilik hotelnya. Dia ingat dia mahu sarapan di luar sahaja. Tak nak lah ambil khidmat room service. Nanti kena bayar lebih. Semalam sahaja dia sudah belanja besar untuk 'sambut' hari malangnya.

Mengingatkan apa yang jadi semalam, sumpah Wareesa rasa semalan adalah hari yang paling memenatkan dalam sejarahnya pada bulan ini. Macam-macam drama. Haih.

Pintu bilik ditutup rapat sebelum laju kaki melangkah menuju ke arah lif. Butang ke tingkat bawah ditekan.

Sambil menunggu lif untuk berhentui di tempatnya, Wareesa hidupkan telefonnya. Senyum kecil diukir halus. Semalam, telefon ini dimatikan oleh Waseem bila lelaki itu perasan yang beberapa kali telefonnya itu bergetar dan menyala tanda ada mesej dan panggilan yang masuk.

Wareesa memang tak melayan pun sebab dia tahu siapa pelakunya. Tak lain tak bukan Hayyan lah tu. Lelaki itu pasti tidak puas hati sebab dia menolak arahan lelaki itu dan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan entah dengan lelaki mana.

Mengingatkan itu, Wareesa pelik sendiri.

"Dah kenapa dengan Hayyan? Tiba-tiba aje ubah perangai." Omel Wareesa sendiri.

"Sejak bila pula dia jadi macam tu? Selama ini elok sahaja. Aku lagi prefer dia jahat daripada pelik macam ni." Wareesa menambah lagi.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Wareesa terus melangkah masuk ke dalamnya. Tangan bergerak nak menekan butang G tapi ada tangan lain yang terlebih dahulu menekannya. Terangkat wajah Wareesa memandang pemilik tangan.

"Hi. Good morning."

Mulut Wareesa ternganga sedikit. Nafis yang sedang tersenyum sambil tangan melambai kecil kepadanya dipandang tidak berkelip. Kemudian mata beralih pula memandang Waseem yang langsung tak ambil peduli dengannya. Sibuk dengan telefon di tangan.

"Wareesa?"

Nafis dipandang semula.

"Errr... Selamat pagi." Wareesa membalas. Senyum kekok terukir di bibir. Macam mana pulak dua lelaki ini boleh ada di sini?

Nafis senyum. Waseem dipandang sekilas sebelum dia pandang Wareesa semula.

"Lena tak tidur awak semalam? Siapa... Hayyan eh? Hayyan ada ganggu awak ke?" Nafis bertanya.

Wareesa kemam bibir. Waseem dipandang namun cepat sahaja dia alih arah mata bila nampak lelaki itu mengerling kepadanya. Pipi dah mula menghangat. Terus dia pusing ke hadapan, menghadap pintu lif. Nak cover pipi punya pasal.

"Lena. Korang buat apa kat sini?" Tanya Wareesa. Dipandang pintu lif. Dapat dia lihat Nafis dan Waseem berpandangan sesama sendiri dari situ. Tapi tak jelas pula riaksi bagaimana yang mereka berikan. Ah, Wareesa tak mahu ambil tahu.

"Buat apa Waseem kat sini?" Tanya Nafis. Dia dah menyiku lengan Waseem yang dah kembali beri tumpuan kepada telefon di tangan. Waseem bila dah dapat telefon, mana nak fikir benda lain.

Waseem angkat pandangaan. Dia diam seketika dan memandang Nafis yang dah bagi isyarat supaya dia bersuara. Besruara bagi pihak dirinnya yang malu nak cakap perkara sebenar, cakap apa yang dia rasa. Dasar. Apasal pula dia kena terlibat dengan cinta belum jadi mamat ni.

"Cepat lah tolong aku." Dia baca gerak mulut Nafis. Menyampah pula.

Waseem yang masih diam tak memberi jawapan itu buat Wareesa menoleh memandang lelaki itu. Lelaki itu masih pandang Nafis yang bercakap entah apa. Dia tak dengar. Ini ke sebab dia tak dapat jawapan apa-apa? Lelaki itu sibuk berbual senyap-senyap di belakangnya. Oh. Mengumpat dia ke macam mana?

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now