N54

1.6K 301 42
                                    

WAREESA buat persiapan tidur. Lilin terapi dinyalakan dan tersenyum dia sebaik sahaja bauan lembut lemon menusuk masuk ke rongga hidung. Tenang sedikit hati yang kesedihan dua hari ini.

Ya, dah dua hari berlalu namun Cik Puan Tihani masih belum beri kata putus bilakah dia boleh keluar dan jalankan harinya-harinya seperti sedia semula. Esok akan masuk hari ketiga dan esok dia ada kelas. Tak tahu lah bagaimana. Mungkin dia tidak hadir. Dan mengenangkan perkara itu, senyum Wareesa hilang.

Pintu rumah yang terkunci rapat dipandang. Bosan. Dia tak boleh sesuka hati buka dan tutup pintu itu. Hanya dua kali sahaja ia terbuka dan tertutup dalam sehari. Kalau terbuka pun, tak sampai 10 saat. Sebagaimana Cik Zee bukanya dengan cepat, begitu juga Cik Zee menutupnya. Nak tengok rumput pun tak boleh. Sedikit kepam Wareesa rasa. Tapi, apakan daya. Sudah nasib badan.

Menggeleng perlahan kerana tidak mahu perkara itu terus berlegar dalam kepala, Wareesa mula bergerak perlahan menuju ke mini fridgenya. Nak ambil ice bag. Kaki yang masih bengkak perlu dituam kalau dia tidak mahu terhinjut-hinjut berjalan keluar entah untuk hari ke berapa.

Dah ambil ice bag, Wareesa ambil langkah lambat ke tilam beradunya. Selak selimut, duduk berlunjur dan ice bag diletak di atas tulang keringnya. Meremang sekajap bulu roma kerana sejuk tapi lama-lama badan dah mula biasa.

"Haih." Wareesa melepaskan nafas lemah seraya bersandar pada dinding. Pintu dipandang kosong. Lama sebelum pipi terasa basah.

"Haih." Sekali lagi, nafas lemah terluah. Air mata diseka sebelum Wareesa pandang lengannya. Penuh lebam-lebam kebiruan. Kesan pukulan dan sepakan yang diterimanya dua hari lepas.

Air mata bertakung lagi.

"Aku takkan pernah suka kau."

"Kau hanya keluarga atas kertas!"

"Menyusahkan. Sama macam mak kau!"

Wareesa pejam mata, membiarkan air matanya terus mengalir. Tak boleh nak seka bila memori lama kembali mengetuk fikirannya.

Wareesa tak pernah tahu di mana salahnya sampai Cik Puan Tihani terlalu membenci dirinya. Bukan dirinya sahaja, bahkan membeci arwah mamanya juga. Sampai sekarang, semua itu menjadi teka-teki. Terasa ingin bertanya dahulu ketika dia dilemparkan kata-kata penuh benci itu, namun pukulan yang diterima menangguhkan segalanya. Tertangguh sehingga dia terbiasa dan biarkan ia berlalu.

Tangan naik menyeka air mata di pipi.

"Sudah lah, Reesa." Kata Wareesa perlahan. Otak mula mencari ayat supaya lidah dan mulut boleh menuturkan kata-kata semangat buat diri sendiri.

"It's okay. It's okay." Baki air mata diseka dan bibir ukir senyum. Lengan yang penuh dengan lebam dan bengkak dia usap perlahan.

"If you want the rainbow, you gotta put up with the rain." Pujuk Wareesa. Senyum makin melebar dan lengannya dikucup perlahan. Tiada siapa yang dapat mengembalikan sisi positifnya jika bukan dirinya sendiri. Tiada siapa yang akan lakukan itu untuknya sekarang. Jadi, dia yang perlu bangkit sendiri.

Tak menunggu lama selepas itu, Wareesa terus tutup lampu mejanya, hanya membiarkan cahaya lilin yang memalapi ruang rumahnya. Kemudian, selimut di badan dibetulkan dan dia baring terlentang. Tarik selimut sehingga paras dada dan dia bersedia untuk tidur.

"In shaa Allah, tomorrow will be better, Reesa." Kata Wareesa perlahan dan tersenyum kecil.

"In shaa Allah." Bisikinya seraya membaca doa tidur perlahan. Mata mula tertutup tenang dan bilik menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi bilah kipa syang berpusing sederhana laju sahaja menjadi halwa telinga Wareesa. Bagai satu irama yang membuat Wareesa makin dikuasai kantuk.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now