N29

1.8K 266 91
                                    

PINGGAN yang penuh berisi nasi panas dan lauk-pauk kampung diletakkan di atas meja sebelum kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan. Tote bag serta beg galas diletakkan di atas kerusi kosong di sebelahnya.

Sementara menunggu Iced Lemon Tea yang dipesan sampai, telefon dikeluarkan dari poket seluar.

Mata melilau seketika memandang kafeteria sebelum dia halakan pandangan seratus peratus pada skrin telefon.

Wareesa perlu mesej Yara. Gadis itu kata mahu makan tengah hari bersama di sini. Tapi, sampai sekarang pun batang hidung gadis itu tidak kelihatan.

"Mana dia ni?" Soal Wareesa perlahan sambil laju tangan menari di atas papan kekunci.

You
Kau kat mana? Aku dah ada kat kafe.

Butang send ditekan tapi, bila lihat hanya satu grey tick sahaja, Wareesa hembuskan nafas perlahan.

"Tak buka data pula." Omelnya serata mendail nombor telefon Yara.

Tut... Tut...

Sedang dia menunggu panggilannya berjawab, tepat masa pula Iced Lemon Tea yang dipesan tiba di meja.

Alhamdulillah, asbab penghilang dahaganya sudah sampai. Tak berlengah, minumannya disedut perlahan.

"Hello."

Panggilannya dijawab, memaksa Wareesa berhenti daripada menyedut terus minuman kegemarannya.

"Yara. Kau kat mana? Kata nak lunch sekali. Aku kat kafe dah ni. Siap dah aku punya makanan. Tinggal nak makan aje ni." Beritahunya. Sambil itu mata pandang pintu masuk kafe. Kot kot lah Yara ada di situ. Boleh dia angkat tangan tanda menggamit.

"Kejap, kejap. Aku kena settlekan few things up. Kau makan aje dulu. Nanti aku datang. Sikit lagi ni nak siap." Beritahu Yara. Dengar macam kalut semacam sahaja gadis itu.

Wareesa mengangguk kecil tanda mengerti.

"Okey lah kalau kau cakap macam tu. Ni, nak aku orderkan makanan siap-siap tak?" Soalnya ingin membantu.

Yara diam dan hmmm panjang.

"Boleh kut. Kau orderkan aku Nasi Goreng Kampung, boleh? Minum nanti aku order sendiri bila dah sampai." Pinta Yara. Dah orang nak mudahkan kerja. Takkan dia nak menolak. Lagipula dia benar-benar lapar. Kalau order sekarang, tak perlu dia menunggu lama di kafe nanti.

"Okey. Kau jangan lambat pula. Sejuk makanan nanti." Pesan Wareesa sebelum mereka membalas salam dan mematikan talian.

Letak telefon di tepi, Wareesa angkat tangan menggamit Luqman, pekerja kafeteria untuk datang ke mari.

"Ya, kak."

Wareesa senyum sebagai mukaddimah.

"Nak bungkus Nasi Goreng Kampung satu." Order Wareesa.

Luqman seperti teragak-agak nak ambil pesanan yang dibuat. Sebabnya pastilah pinggannya yang masih yang masih tidak bersentuh. Banyak lagi makanan, takkan nak order order baharu kut?

"Akak makan seorang, kan?" Soalan itu buat Wareesa senyum kecil.

Patut pun budak ini pelik. Dah biasa nampak dia makan seorang diri rupanya.

"Tak. Nanti ada kawan nak join sekali. Jadi, Nasi Goreng Kampung satu. Minum nanti kawan akak order sendiri." Beritahu Wareesa. Tenang aje.

Luqman mengangguk faham lantas bergerak pergi.

Wareesa tak tunggu lama selepas itu. Terus dia tadah tangan baca doa sebelum sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya. Terpejam mata dek keenakan nasi panas yang masuk dalam mulut.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now