N91

1.9K 204 31
                                    

BAGASI ditolak masuk ke dalam bilik. Kemam bibir Wareesa untuk sorokkan senyum yang tak sudah ingin melorek lebar. Mata pula dah melilau memandang ruang bilik yang akan menjadi ruang beradunya mulai hari ini. Walaupun teruja dan gembira mengisi hati, rasa terharu lebih menguasai. Terharu kepada Waseem yang melakukan semua ini.

Mata tiba-tiba tak mampu menahan tangis. Basah juga tubir matanya namun cepat Wareesa seka saat dengar namanya dilaungkan Waseem. Tanpa lengah, terus dia atur langkah mendapatkan Waseem.

"Sayang." Waseem tersenyum lebar. Kotak barang Wareesa diletakkan di atas meja makan sebelum laju dia bergerak merapati Wareesa.

Wareesa senyum lebar. Tapi itu lah. Rasa terlalu terharu sehingga mata kembali bergenang. Tak dapat tahan. Semua salah Waseem!

"Awww, yayang." Terus Wareesa ditarik masuk ke dalam dakapannya. Erat dan hangat. Tangan pula bergerak mengusap lembut belakang Wareesa. Memujuk dengan pelukan hangatnya.

Dalam pelukan Waseem, Wareesa hanya hamburkan ketawa kecil. Namun, air mata merembes juga dari tubir mata. Ini namanya tangisan bahagia. Dan penyebab tangisan ini pastilah kerana seorang Waseem Ahda.

"Gembira ke sedih ni?" Pelukan dileraikan. Dua tangan naik menekup penuh sisi wajah Wareesa. Sesekali ibu jari bergerak menyahkan air mata yang masih bersisa di pipi kesayangannya itu.

Wareesa hamburkan tawa kecil sambil menggeleng perlahan.

"Gembira." Sepatah Wareesa beri jawapan seraya tangan berani merangkul leher Waseem.

Senyum lebar terus Waseem bila Wareesa berbuat begitu. Hidung dah berkerut sekali kerana senyum lebarnya. Mata pun dah terpejam rapat sambil kepala yang mengadah ke atas memandang syiling.

Lemah betul bila Wareesa yang mulakan bermanja dahulu. Baru niat nak jadi 'man' dah kena jadi 'boy' pulak.

Sekali lagi, Wareesa lepaskan tawa. Buat Waseem menunduk pandang wajah ceria itu.

Tak dapat tahan, terus Waseem rapatkan dahi mereka. Dan elok bibir jatuh mengucup antara dua mata Wareesa sekilas. Terhambur sekali lagi tawa kecil Warees jadinya. Suka. Bahagia. Dan pasti Waseem rasakan yang sama juga.

"Gelak aje. Cuba lah cakap thank you, i love you ke." Omel Waseem saat pelukan dileraikan. Tangan tarik tangan Wareesa bawa merangkul pinggangnya. 

Wareesa julingkan mata. Malas mahu layan Waseem. Macam lah lelaki itu tidak tahu. Bukan dia lah mahu nak ucap kata-kata begitu. Cukup dengan perbuatannya sahaja. Tak boleh lah nak samakan love language lelaki itu dengan love languagenya. 

Lihat julingan mata Wareesa, Waseem hanya hamburkan gelak sahaja. Tangan naik merangkul bahu Wareesa sebelum dia kawal arah tuju mereka. Ke bilik sebab Wareesa keluar dari situ tadi. Dan pasti ada kerja yang Wareesa mahu lakukan. Kemas pakaian mungkin.

Wareesa hanya mengekori sahaja. Dah sampai bilik, Wareesa bersila di hadapan almari manakala Waseem elok ambil bantal di katil sebelum dia bawa bantal di sebelah Wareesa. Campak bantal dan meniarap di situ. Betul-betul di sebelah Wareesa.

"Mengada." Komen Wareesa sambil geleng kecil. Bagasi dah dijatuhkan dan zip ditarik. 

"Ayang sepatutnya cakap terima kasih kat Seem sebab tak bagi ayang sorang-sorang kat sini." Bangga sahaja nada Waseem. Telefon dah dibawa keluar. Mahu main.

Senyum sinis, Wareesa tutur kata dengan nada sinis juga. "Terima kasih." 

Waseem angguk. Sinis atau tidak, dia terima sahaja. Asalkan Wareesa mahu melayan.

Wareesa mulakan kerja. Satu persatu pakaian kepunyaannya dibawa keluar dari bagasi. Sesekali mata mengerling Waseem di sebelah.

Seronok betul dengan telefon di tangan. Namun sesekali, mata mereka bertembung jua dan masing-masing hanya simpan senyum sahaja. Malu-malu, namun suka tu sampai ke hati.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now