cp 1

2.2K 194 10
                                    

Kring, kring, kring!!!

Aku membuka mata ku sikit demi sedikit akibat terdengar bunyi jam loceng itu. Sinar matahari dari arah tingkap masuk ke dalam mata ku. Aku menggosok mata akibat sakit terkena sinar tersebut.

Jam loceng ditutup dan aku terus berjalan menuju ke bilik mandi. Aku bersiap dalam 10 minit. Baju uniform sekolah baharu ku dipakai lalu aku terus duduk di meja yang berdekatan dengan katil ku untuk menikmati sarapan pagi.

Sudah 2 hari sejak aku mengambil ujian kemasukan murid pindahan di sekolah ini. Dan hari ini adalah hari pertama aku bersekolah di sini.

Mungkin agak hairan kenapa aku ada di sekolah muzik ini. Yelah, aku dulunya berlajar di sekolah muzik yang cukup terkenal dipersada dunia tapi aku pindah dari situ pergi ke sekolah muzik ini.

Bukannya sekolah ini tidak bagus tapi aku lebih suka sekolah lama ku. Sekolah lama ku adalah sekolah muzik utama, tidak seperti sekolah ini hanyalah sekolah muzik yang lahir dari sekolah lama ku. Boleh dikatakan sekolah ini adik kepada sekolah lama ku.

Tapi aku nak tukar sudah tak boleh sebab aku sudah bersetuju untuk menolong keluarga angkatku untuk bersekolah dan menolong mereka mengenai sekolah ini.

Selesai aku sarapan aku terus mengambil beg sekolah ku dan terus keluar dari bilik asrama tersebut. Pintu dikunci lalu aku terus berjalan menuju ke arah bilik pentadbiran sekolah ini untuk mendaftar masuk ke kelas.

Bilik itu tidak lah jauh sangat dari asrama. Hanya mengambil masa 7 minit berjalan kaki. Aku membuka pintu bilik itu lalu berjalan masuk ke arah satu meja yang terdapat seorang wanita berambut pendek duduk.

"Maafkan saya, saya datang nak daftar diri," ujarku memandang wanita dihadapan ku.

Wanita itu mengangkat muka lalu tersenyum kepada ku. Dia mengambil satu fail di belakangnya lalu memberikannya kepada ku. Dia menyuruh ku menandatangan borang di dalam fail itu dan dengan mudah aku melakukan semua ini.

"Ini id card kamu. Tolong jangan hilang sebab benda ini penting untuk kamu masuk ke setiap bilik di sekolah ini," aku mengambil card itu dari tangan wanita tadi.

Aku membelik-belik card itu untuk melihat rupanya. Tidaklah beza sangat dari id card sekolah lama ku. Aku menyimpan card itu di dalam poket ku. Tidak mahu hilang nanti.

"Selamat datang ke ERWA MUSIC ACADEMY," ucap wanita tadi.

Aku hanya diam melihatnya. Tidak tahu apa reaksi yang patut aku tunjukkan. Hanya dapat menunjukkan poker face ini sahaja.

"Saya Emma, guru kelas kamu. Selamat berkenalan."

Jadi dia ni rupanya guru kelas aku. Patutlah kenal aku waktu datang sini tadi. Tapi tidak hairan juga kalau guru lain tidak tahu aku.

Ini semua angkara aku datang daripada sekolah utama. Mana ada pelajar sekolah utama mahu pindah ke sekolah kedua seperti ini. Jikalau ada memang terkenallah orang itu.

"Waktu kelas sudah nak mula. Mari saya tunjukkan kelas kamu," dia berjalan menuju ke arah pintu keluar tadi.

Aku hanya mengikuti saja dia dari arah belakang ku. Baru saja aku keluar dari bilik itu aku terlihat seorang lelaki gemuk yang berusia. Aku dan guruku tadi berhenti apabila melihat lelaki itu. Guruku menundukkan kepala memberi perhormatan kepadanya.

"Tuan, inilah pelajar baru tu," ujar guruku menunjuk ke arah aku.

Aku pula hanya membuat poker face. Malas nak senyum dengan lelaki ini.

"Ouh, kamu lah yang datang dari main school tu. Terima kasih sebab bersekolah di sini. Saya pengetua sini. Selamat berkenalan." Aku hanya mengangguk mendengar kata lelaki itu.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now